Thursday, March 19, 2009

Takut kalau tuhan sudah bicara bahasa bala...

Sekumpulan remaja sedang mabuk-mabukan di tembok sandakan, pelacur-pelacur kecil di lorong-lorong kusam belakang bangunan jalan 1 dan 2, remaja-remaja yang berfesyen budaya ghotic, punk-rock dan segala macam yang ganas-ganas, pakcik-pakcik tua menjadi tetamu pusat 4D STC, penguasa yang mebutakan mata terhadap segala macam perlanggaran undang-undang( kecuali MPS dan polis trafik yang tekun menyaman pemandu yang memparkir kereta di kawasan larangan), pemimpin yang tuli dan bisu bersuara tentang hak rakyat dan masjid-masjid yang lengang dan usang....itu gambaran kehancuran satu masyarakat, lambang keruntuhan tamadun dan peradaban.

Dulunya , 10 tahun lalu, aku tidak merasakan apa-apa kerana aku hidup dalam masyarakat itu. Bila kembali 10 tahun kemudian, aku melihat dari kacamata orang luar, aku sendiri tiba-tiba merasa asing dengan tanah ibunda ini.

Kehancuran moral, kebejatan akhlak, kesongsangan akidah dan kelesuan budaya ilmu begitu menebal sehingga debu-debu jahiliyah menutupi jalan-jalan yang kusam dengan cahaya aqidah. Apakah pemimpin yang dilantik hanya bersuara tentang pembangunan, jalanraya yang tidak diturap, jambatan yang hampir roboh, bekalan api dan elektrik yang tidak terurus, tapi membiarkan keruntuhan akhlak terus membarah dan hampir-hampir membunuh masyarakat.

Yang lebih celaka majlis agama berbudaya feudal, berat punggung untuk diangkat dari kerusi empuk dan mendakwahi anak-anak jalanan yang rosak akidah dan iman. masjid yang dikebiri hanya berkhutbah hal-hal remeh yang diulang tiap jumaat. mimbar dan khatib seolah-olah bisu sedangkan umat jauh tersesat dan tersimpang. celaka lagi masjid hanya menerima tetamu pada hari jumaat sahaja!

Kalau bala dari tuhan ditimpakan pada manusia yang ingkar dan sesat, aku yakin sandakan akan dipilih antara bandar terawal menerima hukuman tuhan. katakan dosa apa tidak ada? cuma mungkin tuhan belum mahu bicara dengan bahasa bala..


Untungnya ada manusia-manusia yg masih mahu mengajak kepada kebaikan, mengajak kembali mengenal tuhan Yang Esa...dan kebanyakannya orang luar..dan orang-orang sandakan, seperti aku, ramainya hanya mampu mengeluh..seperti yang baru aku catat diatas..

2 comments:

Imran Bin Hj Ibrahim said...

Hamba sudah menjadi tuan,wanita sudah dicabut sifat malunya,lelaki sudah hancur imannya, pemimpin gila harta,gila pangkat,gila kuasa,
akhirnya syaitan ada dimana-mana, mudah menyesatkan sesiapa saja

Pemuda Tawau said...

Akhir zaman... huhu

Pemuda Tawau @ http://pemuda-tawau.blogspot.com