Tuesday, April 28, 2009

Cina Islam

korang pernah terbayang, masa baca tahlil kat rumah melayu, orang cina yang lead?

pernah terbayang, yang baca talkin kat kubur melayu imam bangsa cina?

korang pernah pernah jadik makmum blkng sorang cina mualaf?

ni yang berlaku pada aku dalam dua kejadian dua mnggu lepas. muktamar dewan pemuda pas kawasan gopeng dirasmikan oleh sdr K.Y Tiang Abdullah. dia ni exco pemuda pas perak n setiausaha khas MB sah perak. aku sebak sedikit bila dia baca ayat-ayat al-quran dan memberi ucapan dalam bahasa melayu yang pelat cina. bukan apa, Allah Maha Besar, menciptakan manusia dari berbilang kaum dan bangsa, alangkah indahnya kalau lebih ramai cina yang menerima Islam sebagai aqidah mereka di negara kita. alangkah janggalnya aku melihat dalam puluhan manusia melayu, seorang cina mengajarkan Islam kepda mereka. dalam sedu aku panjatkan doa, agar lebih ramai lagi bangsa bukan melayu menjadi pemimpin Islam di negara ini..kerana Melayu sudah mula menanggalkan pakaian agama dan nilai mereka, mereka lebih berbangga dgn fesyen dan budaya luar, walaupun fesyen itu memaksa mereka berbogel.

dan aku bertanya, mengapa dalam 50 tahun negara ini diperintah oleh BN, tidak ramai org cina yang memeluk Islam? mungkin dakwah kita tidak sampai kepada mereka..

Orang cina ini resamnya adalah membaca..namun malangnya apabila mereka berjinak2 mahu membaca al-quran ada mufti yang mengatakan itu haram, ada puak yg melaporkan ke pihak berkuasa , kata mereka adalah berdosa dan satu jenayah bila kafir membaca ayat2 al-quran.
apakah mereka lupa, dalam 50 tahun pmerintahan mereka, berapa kerat dari sahabat2 mereka mampu membacakan al-quran dan terjemahannya.

tiada yang hina apabila seorang cina kafir membaca ayat al-quran dgn fasahah dan tajwid yang tak betul, kerana jutaan lagi melayu buta al-quran. yang hina, yang haram dan berdosa..adalah mereka yang menafikan perintah perlaksanaan undang2 Allah yang terpahat di dalam al-quran

3 comments:

`S3R4CURlYl4` said...

`em.. aku setuju.."tiada yang hina apabila seorang cina kafir membaca ayat al-quran dgn fasahah dan tajwid yang tak betul, kerana jutaan lagi melayu buta al-quran. yang hina, yang haram dan berdosa..adalah mereka yang menafikan perintah perlaksanaan undang2 Allah yang terpahat di dalam al-quran "

Cikgu Metal said...

Dulu-dulu, pelajar-pelajar bukan Islam dibenarkan untuk mengambil mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. Masa aku sekolah dahulu, ada seorang amoi cina(tentunya non-muslim) yang mengambil kertas pendidikan islam. Amoi ni memang pintar orangnya. Dia mengambil mata pelajaran pendidikan islam semata-mata untuk mencantikkan gred peperiksaanya. Dia ingin mengumpulkan sebanyak yang mungkin "A" dalam sijilnya. Hasilnya dia memperoleh "A" untuk mata pelajaran pendidikan islam. Rentetan dari itu, dia lebih mengenali islam. Akhirnya dia memperoleh gred "A+++++" apabila dia memilih untuk menjadikan islam sebagai landas hidupnya.

Tapi sekarang ini, pelajar2 non-muslim tidak dibenarkan untuk belajar mata pelajaran agama islam dan mengambilnya sebagai mata pelajaran dalam peperiksaan. Alangkah ruginya setelah kerajaan AMENO membunuh tulisan jawi, disembelihnya pula dakwah yang paling senang tetapi ampuh.

gopenghagen said...

S3R4CURlYl4`
tx for visit

cikgu,
smasa di ukm, salah satu subjek yg wajib kami ambil utk llus LLB adalah bahasa arab, malahan setiap plajar trmasuk non-muslim wajib lulus subjek ni. dan mereka juga trpaksa menggunakn ayat2 al-quran utk mnjawab soalan2 subjek undng2 Islam, dan mereka kena berhujah menggunakn ayat2 al-quran. cuma mngkin x ramai yg masuk Islam, sbb apa yg mereka bljar, tidak terpakai di negara kita