Wednesday, April 15, 2009

wa salute la

shuffle..org dulu2 panggil breakdance. kalau tnya budak2 skrng confirm dorng lebih tahu pasal shuffle dari hukum tajwid. kalau pegi mana2 pun nampak budak2 muda tgh menari shuffle.kadang2 best gak performance dorang, tapi banyk yg aku geli. muka ganas giler, tapi menari tepi jalan, apa barang beb.


zaman aku, breakdance dah mati, rap pun dah x berapa dah. masa tu lagu2 eddie hamid tgh naik. giler lentok, kalau nyanyi sekali dgn emosi, leh menangis woo..band2 mcm UK's, slam, scoin, spoon dll mmg leh carik makan masa tu. nyanyi jiwang sket, pastu wat muka sedey, air mata mcm nak leleh, confirm leh jual album.tpi kalau dengar lagu2 tu balik, leh tergelak sorang2. punyalah poyo lirik dia.


masa kat sekolah dulu ada gak beberapa mkhluk yg layan muzik ni. masa tu aku mmg tak into sgt bab2 muzik mainstream ni. paling mainstream pun aku pernah layan OAG..hahah..tu mainstream ke? nirvana (masa tu curt cobain baru mati), snakepit, cromok, as-sahar, megadeath , tu kumpulan2 yang kadng2 aku dengar gak lagu dia, tu pun sbb roomate aku kutu metal.


bagi aku, muzik ni cuma alternatif hiburan. kalau ko rasa muzik lebh mendamaikan dari bacaan ayat al-quran, lantaklah..tpi yg pening bila ada plak yg jadikan muzik ni sebagai cara hidup dorang. tu yg ada smpai amik punk, metal, blackmetal sebgai agama dorang. yang pkai baju ala2 penyanyi rap, ghotic, makan sampah, cakp mencarut, sbb nak menghayati muzik aliran dorang. yang ni jenis mmg fanatik giler, snggup mati demi muzik yg dorang perjuangkan. dlu satu masa kat malaysia pun ada..geng 4U2C vs KRU..macam hampeh..ntah apa2.




tapi x semua pengaruh muzik ni x elok. kalau korang tengok lagu otai2 nasyid macm raihan, rabbani, qathrunnada, dorang pun bawa budaya islamik melalui muzik. kopiah, baju melayu, muzik islami, ni adalah pengaruh dari muzik dorang.



sbb tu aku support sgt saranan tuan guru nik aziz utk mnjadikan muzik sebagai saluran utk dakwah. bila geng2 otai rock mcm amy, renggo, eto, akil (ni org kmpung aku ni..hahah) dekat dgn PAS, tuan guru mengalu2kan kehadiran dorang. bahkan tuan guru sampai tangkap lelehlah bila amy nyanyikan lagu rock berunsur ketuhanan.


kata tuan guru " saya nak orang tengok dalam PAS semua ada..tok guru buat cara tok guru..penyanyi rock buat cara penyanyi..yang penting semua menyeru kepada Islam../

3 comments:

Cikgu Metal said...

Dulu ketika masih di SMK Sandakan, aku pernah mengeluarkan pendapat (berdebat?) dengan seorang ustaz yang sama juga mengajar di situ. Aku kata, mengapa kita tidak gunakan sahaja muzik untuk menarik para pelajar dekat kepada Islam? Ustaz tu kata,"Tak boleh, muzik hukumnya haram". Noktahnya di situ.

Aku kata "Kalau mahu mengajak mereka naik ke surau mendengar ceramah agama, susah ler. Kalu pelajar macam Haris tidak ada masalah. Tapi kalau macam .....(Nama rahsia ler..heheheh)sampai hujung usia bumi pun belum tentu lagi dia mahu ikut serta."

Ustaz itu diam.
Dan aku terus dengan pendekatanku, mendekati pelajar dengan sesuatu yang menyenangkan mereka, kemudian aku jentik sukma mereka dengan pancuran agama, tidak terlalu formal, tetapi cukup sekadar dengan apa-apa yang aku ada.

Nota tumit kaki : wa respek habis dengan ustaz itu, tak pernah marah walaupun cikgu wan zul pernah bergurau dengan mengatakan janggut ustaz tu seperti janggut Firaun. Wah, lu rock ler brader!!!!

Anonymous said...

tu la pasal cikgu, cikgu bukn x tau budak2 sandakan mcm mana kan..azan pun dorang masukkan unsur2 metal..dalam bab muzik ni, ulama' berbeza pndangan ttg hukumnya.
saya dulu nmpk mcm budak baik ke?ahhaha..

Si Pekik A.K.A Si Pekak said...

Haha.. Love it!!
Shuffle tu cume tari dongeng budak2 kampung / separa urban jek! Heh, nice thot

Check this out - http://sarangsenipekik.blogspot.com/2009/03/hip-hop-vs-shufflers.html

Lets integrate dude!!