aku ada sorang kawan, budak pandai. cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum. best studentlah. keputusan exam STPM mmg superb, kalau minta mana2 course pun xde masalah. tapi dia tak bleh nak lanjutkan pelajaran, dia kena stop sampai takat tu . sebab dia xde IC.. benda ni adalah perkara biasa dan sering berlaku di sabah. ramai pelajar yang cemerlang dari segi akademik gagal untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana masalah dokumen pengenalan diri. dorang ni bukan pendatang, cuma mak bapak dorang je yg pndatang. dorang adalah anak2 yang lahir di bumi bertuah ini, tapi nasib mereka malang kerana tidak dilahirkan bersama-sama sebuah kewarganegaraan. berbeza dengan rakan2 yg mempunyai IC, keberadaan mereka sebagai warga tempatan menyebabkan sindrom 'pribumi malas' melingkari budaya hidup mereka. rasa selesa menyebabkan deria pergelutan untuk kecemerlangan menjadi lemah. ramai yang tidak mampu untuk bersaing dengan pelajar2 dari bangsa pendatang. aku tak kata semua.... akhirnya timbul prasangka dan prejudis apabila bilangan pelajar dari bangsa pendatang melebihi jumlah pelajar warga pribumi di IPT. itupun selepas ditolak sebilangan mereka yang tidak mempunyai IC aku pun tak tahu apa penyelesaian bagi masalah ini. anak2 cemerlang ini akhirnya mensia-siakan atau lebih tepat disia-siakan potensi mereka. apakah ada lagi harapan bagi masa depan mereka...atau mereka meneruskan kehidupan sebagai gelandangan... |
Thursday, April 16, 2009
IC?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Haris,
Selain masalah pengenalan diri banyak lagi masalah yang memerlukan kepada penyelesaian yang tuntas. Antaranya:
1. Penghayatan terhadap agama Islam. Ini yang paling asas. Di SMK Sandakan, aku pernah mendidik seorang pelajar yang bernama Charles. Bila aku tanya akan agamanya, dia hanya menjawab dengan pandangan mata yang menampakkan kekeliruan. Lalu kawan di sebelahnya memberitahu: "Kadang-kadang dia pergi masjid pada hari Jumaat, kadang-kadang dia pergi gereja pada hari Ahad". Rupa-rupanya dia dilahirkan dalam keluarga yang bercampur-aduk, ibunya Muslim, manakala ayahnya seorang Kristian.
Aku juga pernah mendidik seorang pelajar yang bernama Siti Aishah, Azlina Awang, Irwan Haji Osman, tapi semuanya Kristian. Bila diselidiki, mereka dilahirkan sebagai muslim, tetapi kehancuran rumah tangga ibu bapa mereka menyebabkan mereka jauh tergelincir. Irwan, si pelajar Kristian ini pandai baca Quran, katanya pernah khatam Muqadam, seorang pelajar yang cemerlang, begitu hormat akan guru-guru, tetapi sayangnya telah beralih kiblat.
2. Masalah pengenalan diri; masalah yang tipikal. Banyak anak didikku yang mempunyai masalah ini. Yang datang dari kawasan Kinabatangan, Pamol, Penanggah, Suan Lamba, Gomantong (sekadar menyebut beberapa nama tempat terpencil), mereka bermasalah untuk mengutip pengenalan diri lantaran ibu bapa yang buta huruf dan tidak tahu bahawa hidup di muka bumi ini ada peraturannnya. Ada masalah peneganalan diri yang kadang-kadang nampak melucukan, tetapi amat menyaklitkan hati: ayah dan ibu mempunyai IC biru, abang dan kakak juga punya IC biru, tetapi "aku" tidak layak untuk memperoleh IC walau apa warna sekalipun. Terlalu aneh!
3. Masalah kewangan dan ekonomi yang menghimpit; banyak juga anak didikku yang terpaksa menyembelih masa depan mereka lantaran masalah kewangan. Ada guru yang tidak memahami, lalu saban hari menuntur agar dibayar yuran sekolah dan juga yuran peperiksaan. Jumlahnya terlalu besar bagi "baliau" yang hanya menjadi buruh kasar di kem2 pembalakan. Apabila si guru selalu menyebut2 di depan kelas tentang yuran dan pembayaran yang tertunggak, maka si pelajar ini berasa malu, lalu mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. Ada yang sempat aku pujuk, Alhamudillillah, meneruskan persekolahan seperti biasa. Ada juga,dalam diam aku melunaskan yuran mereka (pembaca blog ini sahaja yang tahu akan rahsia ini sebab aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa, kerana bagiku itu adalah JIHAD kepada anak bangsa, tetapi ramai juga yang terus menjauhkan diri.
4. Matador, Rambo, Kitaro dan entah apa-apa lagi.
5. Perkauman dan Assabiyah yang terlalu tinggi. Sekitar '97 (kalau aku indak silap) Bugis dengan Suluk "bertempur" di BDC, TB Ward dan Kg Forest. Dan masing2 berbangga dengan suku kaum masing2, bukan hanya dalam kalangan pelajar, malah guru2 tempatan pun sama. AKu hanya mengeleng-gelengkan kepala...
Lalu Haris, aku selalu berpesan kepada mana-mana anak didikku yang berkesempatan, bila sudah berkemampuan dan berilmu, berbaktilah kepada anak bangsa sendiri. Ubahlah nasib rakan seagama dengan kita, tak kira Bugis, Suluk, Sungai, Bajau, Cocos, dan entah apa-apa lagi. Di Telupid, masih ada lagi anak-anak yang berkaki ayam pergi ke sekolah, sedangkan situasi itu hanya berlaku pada tahun 60-an sahaja di bumi semananjung.
Haris, berjuanglah!
Post a Comment