kalau anda ada masa dan sedikit wang, datanglah ke sabah. anda mungkin pernah melancong ke gold coast yg terkenal dengan Surfer's Paradise dan disneylandnya, atau ke guangzhou ibu negeri guangdong yang ada Huanghuagang Martyrs Memorial Park, atau ke Bali mengunjungi Pantai Kuta, Pantai Sanur, puncak Bedugul, Pasar Seni Sukawati Gianyar, Ubud sehingga ke Lovina tapi negeri di bawah bayu tidak kurang enaknya.
Kalau anda mahukan pelancongan bertemakan laut, anda boleh memilih ke Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Manutik, Pulau Manukan atau mahu mencuba kelainan di Pulau Gaya. Atau mahu meneroka Kinabalu dengan keindahan gunungnya, hamparan lembah kundasang, atau merehatkan jasmani di kolam air panas poring. Mahu membeli barangan mungkin, khususnya kaum ibu dan bakal ibu, jemputlah ke pasar2 tamu , ke pasar filipina di KK, pasar gantung di sandakan, atau pasar indonesia di tawau. bagi yang berjiwa bundle, ada puluhan tempat menjual bundle atau rombengan di tawau dan sandakan. atau sekadar mahu menghargai kejelitaan sumandak kadazan-dusun dan keayuan anak-anak dara sungai.
cumanya kalau mahu menjelajah sabah anda perlukan masa yang panjang, bukan hanya kerana keluasan bumi sabah kira2 73997 kilometer persegi itu, tapi yang paling penting jaringan jalanraya yang agak usang dan menyedihkan. orang sabah tidak pernah mengenal tol, dan ada juga yang tidak tahu apa itu roadtax apatah lagi pemeriksaan puspakom.
di semenanjung, jalan-jalan hatta lorong-lorong kecil di tengah2 ladang getah sudah lama diturap. tapi di sabah jalan utama menghubungi bandar besar ke satu bandar besar yang lain, masih ada kelompangan dan tidak berturap atau beraspal. jalan yang berlopak dan berlubang di sana-sini, menjadikan perjalanan sungguh mencabar seumpama dihempas ombak yang ganas. jadi bagi yang menghidapi osteophorosis atau tulang reput, anda digalakkan menjalani pemeriksaan x-ray sekembali dari sabah.
selamat datang ke sabah.
2 comments:
Sabah memang banyak tempat yang menarik..kenangan sepanjang 3 tahun disana tak mungkin akan dilupakan...tentang jalan itu..mungkin kerana terlalu jauh antara satu2 tempat menyebabkan sukar nak buat elok2 lgpun mukabumi nya berbukit sedikit...tp bandar KK memang berkembang pesat...
awesulong,
terima kasih. keluasan sabah hanya separuh dari keluasan semenanjung, knp jalan2 di smnnjung bolh diturp dgn baik, tpi tidak di sabah?
KK brkmbang pesat, tpi kemiskinan mmnuhi isi perutnya.
Post a Comment