Tuesday, May 12, 2009

Sandakan old town

Taiping adalah sebuah bandar lama yang terletak di utara perak. sebuah bandar lama yang dihiasi bangunan2 dengan seni reka lama. Bangunan2 model lama, hasil seni arkitek 60-70-an dominan pada reka bentuk bangunan. kedai-kedai dengan susunan lama dan menjual barangan yang 'rare' dan klasik, kedai-kedai yg seolah-olah berada pada zaman awal kemerdekaan, apek tua dan ah so yang selamber melepak di stesen2 bas. aku merasakan rindu yg teramat kepada bandar sandakan setiap kali menjejak kaki ke taiping.



satu perasaan yang tidak terungkap dengan kata-kata apabila menelusuri bandar sandakan, walaupun sudah ada sedikit perubahan, namun aku masih merasa mesra dengan bau dan suara-suara dari lorong-lorong sesaknya. manusianya aku kenal, tapi aku tidak tahu siapa. aku mesra, tapi tidak pernah berbicara.

anak-anak sandakan masih seperti dulu, rockers maut. di sandakan boleh sahaja ketemu dengan perlbagai aliran rokc keras. aku sendiri tidak tahu, kenapa rock mnjadi budaya yang malar di sandakan dan terus hidup walaupun budak2 shuffle bersepah menyakitkan mata.

berjalan di tamu ahad, seolah-olah menusuluri bazaar bundle terbesar. mahu cari apa, kasut, tie, anak patung, hatta stoking pun dijual bundle atau rombengan. kalau lok king di ipoh, jonker street di melaka terkenal dengan barang lamanya, pasar tamu ahad sandakan aku rasa wajar dilabel pasar bundle. orang berjualan mula 10 malam sehingga keesokan harinya, bagi yang gila bundle, sandakan adalah 'sorga'nya. anda boleh membeli barangan seperti 'mati' seperti barangan elektrik, buku2, baju, tudung atau barang2 yang hidup seperti anak ayam, anjing kucing, kura2 atau barang2 yang 'menghidupkan' umpama ubat kuat cap gorila.

tidak banyak yang berubah, yang paling obvious mungkin sandakan water front. kawasan yang dipenuhi dengan hotel, supermarket, bangunan kedai yang dibina atas runtuhan pasar gantung dan 'katong'. walaupun aku tidak membenci bangunan, tapi bagi aku tempat2 yang menjadikan sandakan punyai identiti tersendiri harus kekal begitu.

bas-bas lama, bas jalan leila atau jalan labuk, sesekali mengisi perutnya menggamit pada kenangan lama, seolah-olah dalam timetube yang meneroka kembali zaman anak-anak sekolah, bercinta, bergaduh kemudian bercinta lagi, di dalam bas itulah.

tribute dan terima kasih pada seorang teman lama, yang mengukir kekal wajah-wajah sandakan dalam hasil seni photonya. kalau satu hari nanti, sandakan akan menjadi bandar moden, gambar ini akan sentiasa membuatkan cintaku pada sandakan tidak luntur..



p/s- mas aku ciplak gambar2 yang ko amik, sekali lagi...hahah..sbb ko x letak copyright maka aku tak blehla bayar ko royalti

kedai alat tulis yang terletak di bawah bangunan lama. kalau mahu beli alat tulis lama yang tidak terjual lagi, anda boleh cuba di sini.


tempat lepak anak-anak muda. penuh dengan aura cinta, keganasan, erotisma namun dihujungnya terletak masjid jamek sandakan. ironi?


sila fokus kepada bangunan lama di belakang awek yang sedang bersenaman mulut.


aliran rock keras adalah wajah-wajah yang memaparkan jiwa anarkis anak2 muda sandakan.

bangunan ini similar dengan bangunan2 dalam cerita incredible hulk, one million dollar man dan sheriff lobo.


for sale!

stesen bas sandakan.





bundle, disini sorganya

ah so ini senang melepak di tengah bandaraya sandakan
.

Ini nadi sandakan, umpama jalan TAR


10 comments:

Cikgu Metal said...

Yang dapat aku camkan dalam foto kamu ialah stesen bas, jalan di hadapan pasar (masih ada lagi ke pasar tu), dan jalan yang menuju ke masjid jamek. Yang lain2 tu nampak macam berubah sudah.
Pasar payung-payung tempat aku selalu membeli telur penyu, ada masih ka?

Awesulong said...

semasa meninggalkan sandakan..sandakan waterfront hanya lah ada pada signboard baru..belum ada tanda2 pembinaannya..mungkin sekarang sudah siap kot..tp masjid atas bukit tetap dikenang kerana disitulah tempat persinggahan setiap kali kesandakan....bah..

haris said...

cikgu,
pasas payung-payung tiada sudah, dikasi rubuh sama MPS, digantikan dengan sandakan waterfront , moden dan indah, tapi saya tertanya2..di mana melayu..?

awe,
skrng dah separuh siap, tpi dah ada kedai yg buka,espclly bahagian blakng dah jadi sidewalk tepi pantai n tmpt makan yg selesa.

Perempuan Pemimpi said...

wahhh hariss,, bukan main ko kidnap hah? hahahahha..nasib baik ko ada mentioned nama aku kat sini. kalau tak, aku sue ko karang. tak takut langsung ko loyerrr...waahahaha...anyway, thanks kerana menghargai gambar-gambar aku. DOnt wori, nanti aku kipidap dengan gambar2 Sandakan yang baru. Tempat yg lama, dan yang baru. Aku pasti hati ko 'begagar' rindukan Sandakan kan. O ya, ari tu aku jumpa Jamila, dan Rosemerah masa interview terbuka di Jab. Pelajaran. EH, Masni budak kelas aku yang ada penyakit semacam tu dah meninggal eh Haris. Rosemerah cerita kat aku, Masni meninggal tak lama selepas kita STPM ari tu. Penyakit dia menggila, dan mak dia kurung bawah rumah.Tak lama lepas tu, dia meninggal. (kalau cerita aku tak betul, maafkan aku). Ada cer?

Perempuan Pemimpi said...

oh ya, awek yang ko kata sedang bersenam mulut tu, adik aku ya! Sandakan made! wakakak

haris said...

masni dah meninggal...?aku serius x tau cert...innalillahi wa inna ilaihi raji'un.. mudah2an dia temui kebahagiaan di sana..

Cikgu Metal said...

Mas,
Bila kamu sebutkan nama si Masni, aku ingat-ingat lupa suda. Tapi rasanya kalau aku cuba meningatinya betul2, mungkin bayangannya akan dapat aku ingat.

Kalau Masni itu ialah Masni yang aku ingat, maka bertambah lagi seorang anak yang pernah aku kenali pergi menghadap Pencipta.

Unknown said...

wawaawa rindunya katong hehe tempat melipak d lepasskula huhu

Anonymous said...

Saudara,

nk tanya ble...
klu nak sewa kedai kat sandakan, mcm mn yek n brapa average sewa kat bandar sandakan...

TQ

Perjalanan seorang Wanaz said...

rindu nya aku pada sandakan..yg meniggalkan banyak memori..yg tak munkin aku lupakan..
terima kasih atas perkongsian ini