Wednesday, March 25, 2009

Coto

balik ke sandakan hari tu, aku dah sematkan satu cita-cita. Cita-cita yang perlu dilangsaikan dengan penuh kecekalan dan kekuatan. Aku mahu makan coto makassar puas-puas.... Alhamdulillah, cita-cita itu aku jayakan dengan gemilangnya. i lost count how many mangkuk of coto makassar aku habiskan dalam tempoh 10 hari aku kat sana. Aku rasa abang yg jual coto sebelah Sabanah tu pun pelik tengok aku. aphal budak ni, pepagi lagi dah tercongok depan kedai dia.



Kesedapan coto makassar ini bagi aku terletak pada kuahnya. Kalau pekat sangat tak sedap, kalau yang 'cayor' jagn citerlah. pastu cara daging , perut, ayam dimasak. aku suka makan coto perut, so kita boleh tahu kalau yg masak tu expert atau sekadar melepaskan batuk di tangga.



sebenarnya dari sudut ekonomi makanan ini kalau dipromosi dengan serius boleh menjadi satu makanan trademark kepada sandakan. kat semenanjung ni takde lagi aku pernah jumpa org jual coto makassar. imagine kalau ada yg buka business ni, perghhh..bleh jadi kaya beb.



mulai hari ini, aku akan mempromosikan pada member2 yang nak pegi sabah, "kalau korang pegi sabah, korang x makan coto makassar sandakan, baik x payah pegi!

Monday, March 23, 2009

Marilah bergabung dengan umno...

Ada suara-suara yang mengajak kepada penubuhan unity government, walaupun Tuan Guru Nik Aziz dah bagi sound direct, puak-puak ni masih lagi dengan keghairahan mereka.


Aku tak mahu komen banyak, cuma sekadar bertanya..kalau ada balu-balu dari syuhada di Memali dan Lubuk merbau datang bertanya..kenapa bergabung dengan umno tuan guru? tidak bernilai lagikah darah suami dan anak-anak kami utk mempertahankan Islam di tanah ini..tuan guru mungkin lupa, tapi air mata kami mungkin boleh melebutkan hati tuan guru...

Friday, March 20, 2009

Al-fatihah kepada Ketua pemuda PAS Tampin

Aku petik artikel ni dari blog chegu bard. mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau....
Aku ambik artikel ni dari blog chegu bard.


Ust Khairul Azhar mungkin bukan nama besar. Tapi ceGubard kenal secara peribadi dia tidak pernah letih dalam usaha dakwah. Dia orang yang pernah menitis air mata memikirkan nasib anak muda bangsa.Ketua Pemuda PAS Tampin, Khairul Azhar Kamaruddin, 35 meninggal dunia akibat serangan denggi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban, Negeri Sembilan.

Beliau kembali ke rahmatullah jam 11 malam semalam dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di perkuburan Masjid Paroi hari ini.

Solat jenazah akan ditunaikan di masjid berkenaan dan pengkebumiannya akan dilakukan di makam Masjid Paroi.

Semalam cheGuBard mengisi sebagai penceramah pertama sebelum Datuk Seri Nizar (MB Perak) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gantang. Sebaik sahaja selesai berceramah satu sms telah masuk ke telefon. Kudin (Pegawai YB Taufek) memaklumkan Ust. Khairul kritikal dan kini di ICU. Oleh kerana esoknya juga (hari ini) akan bertolak ke Sarawak maka selepas ceramah terus minta diri cadangnya ingin terus ke Seremban menziarahi Ust. Khairul.
Seperti biasa keletihan dalam kereta sering terlelap sekejap-sekejap sambil melayan Yasir membawa kereta. Namun mengantuk terus hilang diragut sms Kudin yang menyatakan Ust. telah meninggal ........

Terus meningkatkan kelajuan kenderaan dan sampai ke Seremban (rumah mertuanya) sekitar jam 3.00 pagi.

Terkejut dengan berita itu. Rasanya baru sangat mendengar ceramah Maulidur Rasul beliau ketika Majlis Maulidur Rasul anjuran Keadilan Rembau minggu lepas. Dua hari lepas semasa cheGuBard berceramah bersama Hj Mohamad Sabu beliau menjadi pengerusi Majlis. Memang beliau kata beliau demam. cheGuBard bergurau dengan dia selepas dia mula naik pentas untuk pembukaan.

"Demam apanyer mengaum macam harimau berantai" kata padanya.

Dia jawab dengan senyuman dan mata yang sikit kuyu.

Isteri beliau sedang menunggu hari untuk bersalin anak ketiga dan anak sulungnya baru berusia 4 tahun.Sama-samalah kita mendoakan rohnya dan kesejahteraan keluarganya
Khairul dikejarkan ke hospital berkenaan semalam selepas jatuh pengsan di Klinik Ampangan ketika mendapatkan rawatan susulan di klinik berkenaan sejak tiga hari lalu.

'Perginya' juga dalam keadaan mulia, walaupun dalam keadaan amat lemah dia meminta dibawa ke bilik air hospital untuk berwudu'. Selesai berwudu' dia ditolak isterinya atas kerusi roda. Tiba di katil dia telah dipanggil dalam keadaan berwudu'....

Menurut salah seorang ahli keluarganya, pihak doktor mendapati buah pinggang Khairul kini gagal berfungsi, selain hati membengkak dan darahnya dimasuki kuman. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para Anbiya' syuhada' dan solohin. Sejambak Al-Fatihah buat Allahyarham dari kita semua..

Thursday, March 19, 2009

Takut kalau tuhan sudah bicara bahasa bala...

Sekumpulan remaja sedang mabuk-mabukan di tembok sandakan, pelacur-pelacur kecil di lorong-lorong kusam belakang bangunan jalan 1 dan 2, remaja-remaja yang berfesyen budaya ghotic, punk-rock dan segala macam yang ganas-ganas, pakcik-pakcik tua menjadi tetamu pusat 4D STC, penguasa yang mebutakan mata terhadap segala macam perlanggaran undang-undang( kecuali MPS dan polis trafik yang tekun menyaman pemandu yang memparkir kereta di kawasan larangan), pemimpin yang tuli dan bisu bersuara tentang hak rakyat dan masjid-masjid yang lengang dan usang....itu gambaran kehancuran satu masyarakat, lambang keruntuhan tamadun dan peradaban.

Dulunya , 10 tahun lalu, aku tidak merasakan apa-apa kerana aku hidup dalam masyarakat itu. Bila kembali 10 tahun kemudian, aku melihat dari kacamata orang luar, aku sendiri tiba-tiba merasa asing dengan tanah ibunda ini.

Kehancuran moral, kebejatan akhlak, kesongsangan akidah dan kelesuan budaya ilmu begitu menebal sehingga debu-debu jahiliyah menutupi jalan-jalan yang kusam dengan cahaya aqidah. Apakah pemimpin yang dilantik hanya bersuara tentang pembangunan, jalanraya yang tidak diturap, jambatan yang hampir roboh, bekalan api dan elektrik yang tidak terurus, tapi membiarkan keruntuhan akhlak terus membarah dan hampir-hampir membunuh masyarakat.

Yang lebih celaka majlis agama berbudaya feudal, berat punggung untuk diangkat dari kerusi empuk dan mendakwahi anak-anak jalanan yang rosak akidah dan iman. masjid yang dikebiri hanya berkhutbah hal-hal remeh yang diulang tiap jumaat. mimbar dan khatib seolah-olah bisu sedangkan umat jauh tersesat dan tersimpang. celaka lagi masjid hanya menerima tetamu pada hari jumaat sahaja!

Kalau bala dari tuhan ditimpakan pada manusia yang ingkar dan sesat, aku yakin sandakan akan dipilih antara bandar terawal menerima hukuman tuhan. katakan dosa apa tidak ada? cuma mungkin tuhan belum mahu bicara dengan bahasa bala..


Untungnya ada manusia-manusia yg masih mahu mengajak kepada kebaikan, mengajak kembali mengenal tuhan Yang Esa...dan kebanyakannya orang luar..dan orang-orang sandakan, seperti aku, ramainya hanya mampu mengeluh..seperti yang baru aku catat diatas..

Wednesday, March 18, 2009

UNITY GOVERNMENT- I SUBSCRIBE TO TUAN GURU NIK AZIZ’S VIEW - Hanipa Maidin

Isu ni dah cool down sekejap dulu, sebab ada pemimpin PAS yg kantoi jumpa pemimpin umno cara backdoor. Tup-tup dalam umno tengah terajang, sepak, tomoi, tinju PAS, cadangan ni tetiba timbul balik. Anehnya idea ni datang dari 'puak' yang kantoi hari tu.
Pelik gak apsal ada lagi orang PAS yg bagi idea mcam ni. aku dapat maklumat ada sorang mamat yg rapat dgn Tuan Guru Ust. Hadi yg jadi match-maker antara PAS dan umno. kalau umno ikhlas nak bekerjasama dengan PAS untuk menghadapi gelombang kehancuran ekonomi kapitalis, kenapa tak ajak DAP sekali. DAP bukan parti malaysia ke?
lagi satu masalahnya bukan terletak pada PAS, tapi umno. Umnolah yang selama ni menafikan hak dan peranan PAS dan parti pembangkang lain dalam menentukan hala tuju negara.
Pembangkang yang sepatutnya diberikan peranan untuk menegur dan mengkritik dituduh cuba menghancurkan ekonomi negara dan tidak patriotik. come on lah pas guys...klu betul2 nak tolong negara dengan cara bekerjasa dgn uno, tak tubuh kerajaan perpaduan pun takpe.
lainlah kalau ada yang kemaruk sangat nak berpeluk dengan isteri rosmah.
ni aku copy kenyataan dari blog Bro. Hanipa Maidin. Aku rasa kebanyakan anak muda sependapat dengan beliau dan Tuan Guru Nik Aziz, kecuali orang muda yang berfikir macam orang tua..

On March 15, 2009 , Bernama reported that Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat stressed he was against the idea of a Barisan Nasional (BN)-PAS unity government as mooted by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"It's been tried before but did not work out. PAS was not appreciated in the coalition and I have many misgivings about this," he told reporters when met at the home of Nik Nur Madihah Nik Mohd Nor, 18, who scored 20As in last year's Sijil Pelajaran Malaysia examination, in Kampung Parang Punting, near here.

However, Nik Aziz said he was only expressing his personal opinion and that the matter needed to be deliberated at PAS' Muktamar (annual general assembly) in June.Following the suggestion for a unity government by Abdul Hadi, Umno vice president Tan Sri Mahyuddin Yassin asked PAS to outline in detail what it had in mind.

PAS Youth or rather its deputy chief , Ustaz Nasharuddin Tantawi ( I was told that PAS Youth did not discuss the issue in its last meeting held in Kota Bharu ) voiced his support for the move saying it was timely.

Frankly speaking I am with Tuan Guru Nik Aziz on this issue. I really don’t understand why should have this issue appeared in the first place. Even if the idea is good, it is not a good time to throw such an idea.

As far as I am concerned , when Umno is in its weakest position ,PR leaders should refrain from making any statements which may be seen as giving some hope to this hopeless party. The present scenario only suggests one thing that is the people want PR government and not a unity government. Period

Tuesday, March 17, 2009

Rumah baru

dulu masa kat sekolah, takde matapelajaran khusus utk komputer. yang adapun kelab komputer, apa barang masuk kelab-kelab macam tu kan. dah lah kena kongsi sebijik komputer, persatuan pun x rugged. ahli semua budak-budak skema. satu-satunya alatan berteknologi tinggi yang aku layan masa tu vidoe games, orang sandakan panggil ting tong. masa tu tak terbayang lagi kepentingan komputer ni, masa tu tak ramai lagi ada komputer,calculator banyaklah. bahana dari itu aku mnjadi insan yang agak kabur-kabur mengenai komputer, microsoft word pun kekadang bleh confuse. jadik bila terjadi masalah2 seperti kesilapan coding, error code atau ntah apa-apa lagi istilah aku malas nak fikir. (sebenarnya lebih kepada tak tahu ) jadi aku ambil mudah untuk berpindah blog. hari ini, i lost count kali ke berapa aku bertukar blog. so guys, ni lah blog baru aku, putih je, senang, mals nak letak template bunga2..kang jadik apa2 kena pindah plak.