Wednesday, March 25, 2009

Coto

balik ke sandakan hari tu, aku dah sematkan satu cita-cita. Cita-cita yang perlu dilangsaikan dengan penuh kecekalan dan kekuatan. Aku mahu makan coto makassar puas-puas.... Alhamdulillah, cita-cita itu aku jayakan dengan gemilangnya. i lost count how many mangkuk of coto makassar aku habiskan dalam tempoh 10 hari aku kat sana. Aku rasa abang yg jual coto sebelah Sabanah tu pun pelik tengok aku. aphal budak ni, pepagi lagi dah tercongok depan kedai dia.



Kesedapan coto makassar ini bagi aku terletak pada kuahnya. Kalau pekat sangat tak sedap, kalau yang 'cayor' jagn citerlah. pastu cara daging , perut, ayam dimasak. aku suka makan coto perut, so kita boleh tahu kalau yg masak tu expert atau sekadar melepaskan batuk di tangga.



sebenarnya dari sudut ekonomi makanan ini kalau dipromosi dengan serius boleh menjadi satu makanan trademark kepada sandakan. kat semenanjung ni takde lagi aku pernah jumpa org jual coto makassar. imagine kalau ada yg buka business ni, perghhh..bleh jadi kaya beb.



mulai hari ini, aku akan mempromosikan pada member2 yang nak pegi sabah, "kalau korang pegi sabah, korang x makan coto makassar sandakan, baik x payah pegi!

4 comments:

۩ ۞ Rãm£ãH ۞ ۩ said...

tumpang komen ya..pasal coto makassar ini ehehe akupun orang sabah dan sukakan coto letak sambal lada ...kalau nak cuba gi batu 25 sana pun coto sedap...telan liur aku nak makan ahaha

nizamtoha said...

wah tak sabar nak gi sabah ni...

gopenghagen said...

ramlah,
perghhh...klu di batu 25, makan dengan burasa, satu mangkuk tak cukup
nizam,
mai la...

sangkatarsis said...

Sudah hampir 9 tahun meninggalkan sandakan. Keenakan coto makasarnya memang menikmatkan. Selalunya, aku nikmatinya di restoran subur (?) di BDC. BDC dengan Grand View tidaklah terlalu jauh. Aku gemar berada di BDC, pelajar-pelajarku ramai yang menetap di situ. Kadang-kadang bersembang-sembang dengan para baliau di situ. Tapi yang aku dengar, BDC sudah lenyap ditelan pembangunan.
~cikgu metal~ SMK Sandakan '92-200