Friday, September 4, 2009

Siakap Senohong

Mak aku kata " Siakap senohong, gelama ikan duri, kalau pandai berbohong lama-lama jadi pencuri"
Tapi bagi aku " Siakap senohong, gelama ikan duri, mesti pandai bohong, kalau nak jadi menteri"




Harga petrol RON97 naik 20 sen

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 12 Mei - Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.

Langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.

Ia bagi menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas tarikh berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan termasuk yang berkuasa tinggi tidak perlu risau dengan kenaikan RON97 kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan minyak RON95.


Harga minyak naik?
31/08/2009 11:32am

OLEH ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa portal berita seperti Malaysia-instinct.com telah pun mula memaparkan mengenai peningkatan harga minyak itu sejak semalam.

- Utusan

No comments: