Menurut angka yang dikira berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) , hanya 5.7% dari rakyat malaysia masih terbelenggu dalam pusaran kemiskinan. Namun kiraan berdasarkan PGK ini adalah tidak tepat kerana ia merupakan indeks yang malar sejak puluhan tahun lalu. Mungkin pada tahun 70-an dan awal 80-an PGK itu relevan, namun apakah tidak kurang siuman sekiranya ia masih digunakan sebagai penanda aras tahap kemiskinan rakyat pada tahun 2009?.
Berdasarkan pengiraan pada tahun 2005, PGK untuk seluruh negara adalah RM691 bagi pendapatan bulanan, manakala bagi Semenanjung pula jumlahnya RM661, Sabah (RM888) dan Sarawak (RM765) dan pengiraan ini bagi satu keluarga seramai lima orang!. bayangkan sebuah keluarga dengan 3 orang anak dan pendapatan mereka adalah RM700 sebulan, mereka bukanlah dianggap sebagai miskin di negara ini. secara logikanya, apakah yang mahu ditelan oleh tenggorokan anak-anak kalau pendapatan ibu bapannya hanya RM700 sebulan?harga untuk membayar elaun hiburan bapak menteri atau YB satu malam jauh lebih tinggi. manakan tidak, kalau penghibur didatangkan khas dari Ulan Bhator atau Guangdong.
Mereka tidak pernah merasakan perit dan pedih perut anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang tidak tergolong sebagai miskin dalam PGK ciptaan mereka.
Ada Bapak menteri atau YB-YB yang pernah merasakan kemiskinan, sayangnya masa lampau mereka tidak mengajar mereka untuk membela nasib anak-anak bangsa yang saban hari berjuang untuk hidup dengan air kosong dan nasi berlauk kicap. lupa atau sengaja melupakan tentang skrip ibubapa mendodoi anak yang tidur berteman perut yang berkeroncongan.
Pengalaman mengikuti Ir. Radzi Jamaluddin, TYDP PAS Gopeng, menziarah dan meneroka rumah-rumah rakyat di pinggiran Ipoh, dalam ramadhan yang lepas, adalah pengalaman yang menginsafkan. sungguh-sungguh menginsafkan sehingga rasa bersalah menerjah setiap kali menyuap nasi ke mulut, terbayang apakah anak-anak di kampung yang dilawati tadi ada makanan untuk berbuka hari ini?
Mengetuk pintu rumah rakyat, yang tua uzur ditinggal anak-anak, yang janda menyara hidup anak-anak kecil, yang cacat, yang buta, yang bisu, yang pekak, yang gagap...segala mcam manusia disalami dan dimesrai, tidak dalam baju politik, tapi sebagai saudara. Yang hairannya setelah 50 tahun merdeka, seolah-olah negara melupakan mereka. dalam agenda koridor-koridor, wilayah pembangunan dan 1Malaysia, ada bangsa yang melarat miskin dalam rumah-rumah yang menunggu waktu menyembah ke bumi.
Namun sesuatu yang aku tak boleh lupakan, dalam satu ziarah ke rumah seorang ibu tunggal yang tinggal disebuah rumah yang tinggal separuh, separuh lagi telah roboh ditimpa pohon kelapa. Setelah memberi sedikit sumbangan dan zakat, kakak itu menangis, mengadu dalam sedu, bahawa YB yang diundi tidak sekali melawati atau bertanya khabar. Kenapa parti yang tidak digemarinya datang menyantuni tatkala syawal diambang. sebelum pulang, dia memberikan kami sebekas buah nangka.katanya " walaupun saya miskin harta, terimalah buah nangka ini, tanda terima kasih dari seorang rakyat miskin..."
Tuesday, May 19, 2009
Monday, May 18, 2009
Guru Pelita Hidup
Artikel ni aku ambil dari blog http://x-uppersixers99.blogspot.com/, blog budak-budak Form 6 SMK Sandakan. tribute dan ucapan terima kasih yang tidak berpenghujung kepada guru-guru SMK Sandakan yang mendidik kami tidak sekadar menjadi orang..tapi manusia yang menghayati erti insan..dan buat guru-guru yang pernah mendidik aku di SK Ulu Dusun, Sk Karamunting, SMK Batu Sapi dan teristimewa buat isteri , seorang guru, ibu, isteri dan teman yang sejati.. Guru pelita hidup..itu kata orang dulu, sebab masa tu api elektrik takde lagi, semua guna pelita sumbu, paling advance pun guna lampu kalimantang guna kuasa bateri, bateri plak kongsi ngan TV. kalau nak bukak TV kena offkan lampu, sebab klu tak off, gambar kat TV jadik "kurus". Kalau nak diumpamakan pada hari ini, bolehlah dikatakan guru umpama petrol. tanpa petrol kenderaan berenjin tidak boleh bergerak, Janakuasa elektrik yang guna petrol tak dapat nak supply kuasa elektrik dan yang paling penting tanpa petrol, negara boleh bankrap (tu kata menteri...singapura takdepun petrol, steady je aku tengok). jadik bayangkanlah kehidupan tanpa petrol macam mana, pasti dunia akan jadi kelam kabut, bergelap, statik dan tidak mampu menjana pertumbuhan ekonomi. Begitulah juga peranan seorang guru, tanpa pendidik anak bangsa tidak akan mampu mentadbir negara. Menteri, doktor, hakim, peguam, arkitek sehinggalah seorang buruh kilang sekurang-kurangnya pernah bersekolah dan mengambil peperiksaan. paling koman pun ambil periksa lesen L, dan sebelum ambil periksa kenalah belajar dulu ye tak. Takkan nak ambil test tak belaja kot. lainlah kalau nak test air kencing ke, test HIV ke atau test mengandung, tu memang takyah belaja. Tapi yang lain kena belajar baru test, jadi proses pembelajaran itu pastinya memerlukan seorang guru. Tak kiralah guru tu guru BM ke, guru PJ ke, guru memandu ke, guru memasak ataupun guru silat. Masa jadik budak sekolah dulu takdelah kita fikir sangat kepentingan guru ni. kalau cikgu takde lagi kita seronok. keseronokan akan bertambah kalau guru yang tak masuk tu guru yang poyo, gedebe ataupun kita tak siap kerja rumah, punyalah bersyukur, sampai siap ada yg nazar kalau cikgu tak masuk kelas. tapi bila dah besor ni, akal pun cerdik sikit baru kita tahu yang guru ni sebenarnya penting, kalau takde guru kita takkan jadik apa yang kita jadik pada hari ini. Kalau kelas aku, ada sorang cikgu yang paling ditakuti sekaligus tidak digemari, Cikgu Roslan Ahmad. Muka cikgu ni giler jarang senyum, kalau senyum pun senyum mcam senyuman komunis dalam drama lepas perang ngan askar, pastu dapat bunuh askar. kalau kerja rumah tak siap, siaplah punggung korang, ada gile budak besor macam kitorang kena rotan kat punggung, leh mandul wooo..paling best biler dia suruh berdiri atas meja. best dapat tengok awek berdiri atas meja...macam buat catwalk pun ada.tapi sebab dia garang dan tak sentimental, mnyebabkan pelajr tak leh main-main subjek dia. semua tetiba jadik pandai. semua kerja rumah tetiba siap. kira boleh tahan jugaklah daulat cikgu ni. tak silap aku, subjek Pengajian Am yg dia ajar, semua lulus. aku akan tulis lagi pasal cikgu-cikgu lain, sebab setiap guru ada feel dia masing-masing. ada yang ajar sampai nangis-nangis, ada yang baca je, ada yang tulis papan hitam tu tak henti-henti, belum jenis yang maki hamun je. tapi berkat guru-guru ni ramai yg berjaya, budak-budak tingkatan 6 SMK sandakan batch 98 ramai yang berjaya. kalau tak berjaya dari segi akademik pun, at least takde lagik yg aku dengar jadi pencuri, perompak, penyamun, buang anak atau jadi ahli parti politik yang rasuah atau MB haram. |
Friday, May 15, 2009
cerita Seorang kawan
entry ini entry sedih..cerita pasal nasib seorang rakan kami, x-uppersixers 1. kami tahu jalan hidupnya penuh kesukaran, aku tak ketemu perkataan yang sesuai untuk menceritakan masalah kawan kami ini. cukuplah aku katakan hidupnya seharian penuh kesukaran, dia menghidapi penyakit sawan. semasa belajar di form 6 dulu, beliau kadang2 menghadapi masalah penyakitnya di waktu sekolah, dan seperti yang diceritakan oleh rakan kami dalam satu peristiwa http://mylittleparade.blogspot.com/2009/02/kena-pikir-lama-lama.html , dan aku juga berada di situ, ia memberikan kesan yang terlalu mendalam kepada kami semua. dan setelah lebih sepuluh tahun, semalam aku dikhabarkan oleh mas, kawan kami ini telah pergi menemui tuhannya tidak lama selepas kami tamat pengajian di SMK sandakan. terkejut, tergamam, rasah bersalah datang menghambur dalam diri aku. rasa bersalah dan sedih berbaur semakin pekat dan likat, apabila diberitahu tentang bagaimana dia menghembus nafas terakhir..bersendirian..setelah terpaksa 'dikurung' oleh keluarganya kerana penyakit yang semakin menggila. dia mati dalam 'kurungan'...ahhh sukarnya kehidupanmu kawan... mudah-mudahan segala kesukaran dan kegetiran yang kau alami, memudahkan kau untuk bertemu dengan tuhanmu dalam tenang dan damai..Al-Fatihah |
Tuesday, May 12, 2009
Sandakan old town
Taiping adalah sebuah bandar lama yang terletak di utara perak. sebuah bandar lama yang dihiasi bangunan2 dengan seni reka lama. Bangunan2 model lama, hasil seni arkitek 60-70-an dominan pada reka bentuk bangunan. kedai-kedai dengan susunan lama dan menjual barangan yang 'rare' dan klasik, kedai-kedai yg seolah-olah berada pada zaman awal kemerdekaan, apek tua dan ah so yang selamber melepak di stesen2 bas. aku merasakan rindu yg teramat kepada bandar sandakan setiap kali menjejak kaki ke taiping.
satu perasaan yang tidak terungkap dengan kata-kata apabila menelusuri bandar sandakan, walaupun sudah ada sedikit perubahan, namun aku masih merasa mesra dengan bau dan suara-suara dari lorong-lorong sesaknya. manusianya aku kenal, tapi aku tidak tahu siapa. aku mesra, tapi tidak pernah berbicara.
anak-anak sandakan masih seperti dulu, rockers maut. di sandakan boleh sahaja ketemu dengan perlbagai aliran rokc keras. aku sendiri tidak tahu, kenapa rock mnjadi budaya yang malar di sandakan dan terus hidup walaupun budak2 shuffle bersepah menyakitkan mata.
berjalan di tamu ahad, seolah-olah menusuluri bazaar bundle terbesar. mahu cari apa, kasut, tie, anak patung, hatta stoking pun dijual bundle atau rombengan. kalau lok king di ipoh, jonker street di melaka terkenal dengan barang lamanya, pasar tamu ahad sandakan aku rasa wajar dilabel pasar bundle. orang berjualan mula 10 malam sehingga keesokan harinya, bagi yang gila bundle, sandakan adalah 'sorga'nya. anda boleh membeli barangan seperti 'mati' seperti barangan elektrik, buku2, baju, tudung atau barang2 yang hidup seperti anak ayam, anjing kucing, kura2 atau barang2 yang 'menghidupkan' umpama ubat kuat cap gorila.
tidak banyak yang berubah, yang paling obvious mungkin sandakan water front. kawasan yang dipenuhi dengan hotel, supermarket, bangunan kedai yang dibina atas runtuhan pasar gantung dan 'katong'. walaupun aku tidak membenci bangunan, tapi bagi aku tempat2 yang menjadikan sandakan punyai identiti tersendiri harus kekal begitu.
bas-bas lama, bas jalan leila atau jalan labuk, sesekali mengisi perutnya menggamit pada kenangan lama, seolah-olah dalam timetube yang meneroka kembali zaman anak-anak sekolah, bercinta, bergaduh kemudian bercinta lagi, di dalam bas itulah.
tribute dan terima kasih pada seorang teman lama, yang mengukir kekal wajah-wajah sandakan dalam hasil seni photonya. kalau satu hari nanti, sandakan akan menjadi bandar moden, gambar ini akan sentiasa membuatkan cintaku pada sandakan tidak luntur..
p/s- mas aku ciplak gambar2 yang ko amik, sekali lagi...hahah..sbb ko x letak copyright maka aku tak blehla bayar ko royalti
berjalan di tamu ahad, seolah-olah menusuluri bazaar bundle terbesar. mahu cari apa, kasut, tie, anak patung, hatta stoking pun dijual bundle atau rombengan. kalau lok king di ipoh, jonker street di melaka terkenal dengan barang lamanya, pasar tamu ahad sandakan aku rasa wajar dilabel pasar bundle. orang berjualan mula 10 malam sehingga keesokan harinya, bagi yang gila bundle, sandakan adalah 'sorga'nya. anda boleh membeli barangan seperti 'mati' seperti barangan elektrik, buku2, baju, tudung atau barang2 yang hidup seperti anak ayam, anjing kucing, kura2 atau barang2 yang 'menghidupkan' umpama ubat kuat cap gorila.
tidak banyak yang berubah, yang paling obvious mungkin sandakan water front. kawasan yang dipenuhi dengan hotel, supermarket, bangunan kedai yang dibina atas runtuhan pasar gantung dan 'katong'. walaupun aku tidak membenci bangunan, tapi bagi aku tempat2 yang menjadikan sandakan punyai identiti tersendiri harus kekal begitu.
bas-bas lama, bas jalan leila atau jalan labuk, sesekali mengisi perutnya menggamit pada kenangan lama, seolah-olah dalam timetube yang meneroka kembali zaman anak-anak sekolah, bercinta, bergaduh kemudian bercinta lagi, di dalam bas itulah.
tribute dan terima kasih pada seorang teman lama, yang mengukir kekal wajah-wajah sandakan dalam hasil seni photonya. kalau satu hari nanti, sandakan akan menjadi bandar moden, gambar ini akan sentiasa membuatkan cintaku pada sandakan tidak luntur..
p/s- mas aku ciplak gambar2 yang ko amik, sekali lagi...hahah..sbb ko x letak copyright maka aku tak blehla bayar ko royalti
kedai alat tulis yang terletak di bawah bangunan lama. kalau mahu beli alat tulis lama yang tidak terjual lagi, anda boleh cuba di sini.
tempat lepak anak-anak muda. penuh dengan aura cinta, keganasan, erotisma namun dihujungnya terletak masjid jamek sandakan. ironi?
sila fokus kepada bangunan lama di belakang awek yang sedang bersenaman mulut.
aliran rock keras adalah wajah-wajah yang memaparkan jiwa anarkis anak2 muda sandakan.
aliran rock keras adalah wajah-wajah yang memaparkan jiwa anarkis anak2 muda sandakan.
bangunan ini similar dengan bangunan2 dalam cerita incredible hulk, one million dollar man dan sheriff lobo.
Ini nadi sandakan, umpama jalan TAR
Monday, May 11, 2009
Jalan
kalau anda ada masa dan sedikit wang, datanglah ke sabah. anda mungkin pernah melancong ke gold coast yg terkenal dengan Surfer's Paradise dan disneylandnya, atau ke guangzhou ibu negeri guangdong yang ada Huanghuagang Martyrs Memorial Park, atau ke Bali mengunjungi Pantai Kuta, Pantai Sanur, puncak Bedugul, Pasar Seni Sukawati Gianyar, Ubud sehingga ke Lovina tapi negeri di bawah bayu tidak kurang enaknya.
Kalau anda mahukan pelancongan bertemakan laut, anda boleh memilih ke Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Manutik, Pulau Manukan atau mahu mencuba kelainan di Pulau Gaya. Atau mahu meneroka Kinabalu dengan keindahan gunungnya, hamparan lembah kundasang, atau merehatkan jasmani di kolam air panas poring. Mahu membeli barangan mungkin, khususnya kaum ibu dan bakal ibu, jemputlah ke pasar2 tamu , ke pasar filipina di KK, pasar gantung di sandakan, atau pasar indonesia di tawau. bagi yang berjiwa bundle, ada puluhan tempat menjual bundle atau rombengan di tawau dan sandakan. atau sekadar mahu menghargai kejelitaan sumandak kadazan-dusun dan keayuan anak-anak dara sungai.
cumanya kalau mahu menjelajah sabah anda perlukan masa yang panjang, bukan hanya kerana keluasan bumi sabah kira2 73997 kilometer persegi itu, tapi yang paling penting jaringan jalanraya yang agak usang dan menyedihkan. orang sabah tidak pernah mengenal tol, dan ada juga yang tidak tahu apa itu roadtax apatah lagi pemeriksaan puspakom.
di semenanjung, jalan-jalan hatta lorong-lorong kecil di tengah2 ladang getah sudah lama diturap. tapi di sabah jalan utama menghubungi bandar besar ke satu bandar besar yang lain, masih ada kelompangan dan tidak berturap atau beraspal. jalan yang berlopak dan berlubang di sana-sini, menjadikan perjalanan sungguh mencabar seumpama dihempas ombak yang ganas. jadi bagi yang menghidapi osteophorosis atau tulang reput, anda digalakkan menjalani pemeriksaan x-ray sekembali dari sabah.
selamat datang ke sabah.
Thursday, May 7, 2009
Haram Jadah!
Ada benda haram yang kadang2 diharuskan apabila keadaan terpaksa. Ada juga benda halal yang jadik haram kalau memudaratkan. Tapi ada benda yang memang haram jadah! dan hukumnya takkan berubah ialah umno!. Aku keluar awal pagi ni, mmg menjangkakan kesesakan dan jalan tutup. ofis aku mmg terletak sebelah SUK perak. tapi aku tak sangka plak polis2 ni pegi tutup jalan sampai orang nak masuk ofis pon x boleh. apa kejadahnya? orang nak gi keja dihalang dari memasuki kawasan pejabat. kalau macam ni dah lebih dari darurat, bank2 terpaksa ditutup, pejabat2 swasta tak dibuka, kedai2 makan tutup. ni dah lebih dari Zaman komunis ni. yang paling haram jadah apabila puak umno mngarahkan masjid2 dikunci utk menghalang orang ramai dari bersolat hajat. perangai lebih buruk dari yahudi. FRU ada kat mana2, sampai depan ofis aku pun dorang ada. Sahabat2, marilah sama2 kita berdoa agar Allah menghancurkan golongan yang mengunci rumah2 Allah. Allahuakbar! |
Wednesday, May 6, 2009
Nasi Lemak kami yang punya, Jangan cabar Hak kami!
Mamak Lambri memang bengang betul hari. Bengang tahap gaban.
" nasi lemak ni hak orang melayu, mencabar hak orang melayu samalah seperti mencabar hak mamak" kata lambri dengan penuh emosi kepada ahli-ahli Geng Mamak Halal.
Kebengangan Mamal Lambri ada asasnya. Sektor nasi lemak yang selama ini dinominasi oleh golongan korporat mamak telah cuba disaingi oleh Ni Sha, seorang cina mualaf.
" orang2 melayu harus bersatu mempertahankan hak kita, kita tak boleh biarkan cina merampas hak menjual nasi lemak. cina makan babi..korang tak dengar ke pasal selsema babi, salah satu medium penyebaran selsema Babi ialah melalui nasik lemak babi" Pidato Mamak Lambri penuh dengan fakta.
" err..bos. Orang kesihatan tak bagi sebut selsema babi, kena sebut virus AH1N1"
nasihat Dollah Buntong, ahli bersekutu Geng Mamak Halal.
" Ok. teman tarik balik..." Mamak Lambri buat muka confident.
" jadik bos, kita buat ape?" Tanya Prebet (B) Osman Jering. Osman Jering bekas ahli Persatuan Karipap Rangup, tapi berhijrah ke Geng Mamak Halal. Melalui sumber-sumber yang bolehlah dipercayai, beliau tak dapat komisyen dari hasil penjualan karipap rangup kumpulan lamanya.
" aku dah jumpa ngan Ketua Kampung Lan Laga, dia setuju back-up kita. Tok ketua akan keluarkan satu surat wajibkan orang kampung beli nasi lemak kita, sokong bisnes orang melayu" Kata Lambri.
" nasi lemak ni hak orang melayu, mencabar hak orang melayu samalah seperti mencabar hak mamak" kata lambri dengan penuh emosi kepada ahli-ahli Geng Mamak Halal.
Kebengangan Mamal Lambri ada asasnya. Sektor nasi lemak yang selama ini dinominasi oleh golongan korporat mamak telah cuba disaingi oleh Ni Sha, seorang cina mualaf.
" orang2 melayu harus bersatu mempertahankan hak kita, kita tak boleh biarkan cina merampas hak menjual nasi lemak. cina makan babi..korang tak dengar ke pasal selsema babi, salah satu medium penyebaran selsema Babi ialah melalui nasik lemak babi" Pidato Mamak Lambri penuh dengan fakta.
" err..bos. Orang kesihatan tak bagi sebut selsema babi, kena sebut virus AH1N1"
nasihat Dollah Buntong, ahli bersekutu Geng Mamak Halal.
" Ok. teman tarik balik..." Mamak Lambri buat muka confident.
" jadik bos, kita buat ape?" Tanya Prebet (B) Osman Jering. Osman Jering bekas ahli Persatuan Karipap Rangup, tapi berhijrah ke Geng Mamak Halal. Melalui sumber-sumber yang bolehlah dipercayai, beliau tak dapat komisyen dari hasil penjualan karipap rangup kumpulan lamanya.
" aku dah jumpa ngan Ketua Kampung Lan Laga, dia setuju back-up kita. Tok ketua akan keluarkan satu surat wajibkan orang kampung beli nasi lemak kita, sokong bisnes orang melayu" Kata Lambri.
"boleh pakai ke bos? bukanke Tok Ketua tak boleh campur soal bisnes2 ni. tu tak menghormati doktrin pengasingan kuasa bos" nasihat seorang peguam Geng Mamak Halal yang mendapat sjil CLP dari calcutta.
" boleh..kita cakaplah sapa tak setuju ngan arahan tok ketua, adalah penderhaka. menderhaka masuk neraka" Penasihat hal-ehwal agama & kepercayaan tok nenek Geng Mamak Halal, Mudin Naj melontarkan nasihat.
" Nak lagi power bos, kita minta Siak Wajibthalathah kuarkan fatwa, sapa2 yang menderhaka masuk neraka" tambah Mudin Naj.
"hahah..bijak..bijak Mudin Naj. Aku cadangkan slogan kita "Penderhaka Masuk Neraka. Belilah nasi Lemak saya'". Mamak Lambri cukup kagum dengan kebijaksanaa Mudin Naj. Tak sia-sia dia belajar agama kat Siam.
Ahli-ahli Geng Mamak Halal pun menjalankan Modus-operandii seperti yang dirancangkan. Surat pekeliling dari Ketua Kampung Lan Laga ditampal di setiap penjuru kampung. Klinik, Surau, pondok telefon sampailah ke rumah urut ditampal dengan surat pekeliling tersebut.
Fatwa Siak Wajibthalathah juga diwajibkan menjadi tajuk khutbah jumaat. mana-mana khatib yg dilihat berpotensi menjadi penyokong nasi lemak Ni Sha , diletakkan sebagai khatib simpanan. Terpaksalah siak-siak yang menjadi penyokong kuat Geng Mamak Halal jadi khatib minggu tu. Dilaporkan ada masjid yang terpaksa menangguhkan solat jumaat sebab nak tolong siak translate teks khutbah dari jawi ke rumi.
Lagi haru kat Masjid Pakistan. khatib yang selama ini berkhutbah dalam bahasa Urdu, dipaksa membaca teks dalam bahasa melayu. dilaporkan solat jumaat habis pukul 3 petang, kerana khatib pengsan 3 kali kerana tergeliat lidah.
" pasni syarikat jaga Kawal wiramas kena kerahkan semua anggota tangkap sapa-sapa beli nasi lemak kat ni sha lagi" Mamak Lambri memulakan taklimat.
" tapi bos, Ni sha masih meneruskan perniagaannya seperti biasa bos, macam takde apa je bos" luah Abg. Jem Memerang. rakan karib Prebet (b) Osman, dulu sama-sama jual karipap rangup.
" aii..takkan boleh jual lagi, korang tak buat kerja ke" mamak Lmabri mula tidak terkawal emosinya.
"kalau surat dari tok ketua tak jalan, fatwa tok siak pun tak makan, apa lagi kita nak buat ni bos?" Dollah Buntong mulai risau. sebab dialah orang yang paling banyak keluarkan kenyataan dalam akbar Silau mengutuk Ni Sha.
" Aku rase Ni Sha guna jinlah bos" Mudin Naj memberikan pandangannya.
" Jin? Jin dia lagi kuat dari Jins Sudin ke?" Mamak Lambri bertanya.
" Dia guna Jin Suva bos. Jin ni kebal bos, takat santau siam selamber dia tepis" Mudin Naj memberikan sudut pandangnya.
tiba-tiba, Midah serapat, exco kanan Geng Mamak Halal Menerjah masuk.
" bos..bos dah baca suratkhar belum?" tanya midah termengah-mengah. Osman Jering, Abg. jem Memerang dan Mudin Naj terpegun dengan kedatangan Midah Serapat. Mata mereka tak lepas dari dada Midah Serapat yang turun naik dengan dengusan nafas yang meruntun.
" Suratkhabar apa? Malaysian Nanban? " MamaK Lambry adalah pembaca setia akhbar tersebut.
" bukan bos. ni utusan Mamak."
" hah...nombor yang kita beli naikke?" Osman Jering bertanya longo.
" bukan. ni pasal eksais ni..eksais orang melayu diberasnasikan" Midah Serapat menunjukkan muka depan utusan mamak pada Lambri.
" ekuiti la midah...ekuiti bumiputera diliberasasikan. kata PeEm Bijan Zack". Lambri terduduk.
Liberalisasi ekonomi membolehkan sektor ekonomi dibuka kepada semua kaum. Kalau selama ini mamak lambri boleh menguasai sektor nasi lemak hasil dari dasar ekonomi baru, sekarang dia terpkasa bersaing di lantai yang sama rata dengan pengusaha-pengusaha nasi lemak yang lain, khususnya Ni Sha, yang baru menang jawatan timbalan pengerusi persatuan penjual nasik lemak kebangsaan (PANAS).
mamak Lambri terduduk, merenungi masa depannya yang kelam. Mudin Naj, Osman Jering dan Abg Jem, masih terpegun di dada Midah Serapat.
Monday, May 4, 2009
Aku Bukan Sosialis, tapi aku mahu bicara soal marhaen
orang yg dekat dengan aku sering meragui dan tertanya-tanya adakah aku ini kader sosialis. mereka kata, gaya bicara aku, content pidato aku, dan penampilan aku ada iras-iras aliran sosialisme. malahan lebih dari itu, ada yang meragukan idea-idea sosial dan liberal yg aku buahkan adalah benih sosialis yg cuba aku cambah dalam gerakan Islam.
aku bukannya peminat Proudhon, Karl Marx, Frederick Engels atau Bakunin, apatah lagi St. Simon yang diangkat sebagai The Godfather of Socialism. Aku juga tidak menelusuri hidup Mao Tze Dong, H.O.S. Cokroaminoto, K. H. Agus Salim, Bung Hatta,Syafrudin Prawiranegara, Nurcholis Madjid, Mubyarto ataupun tokoh-tokoh lokal seperti Abdullah C.D, Shamsiah Fakeh ataupun Hishamuddin Rais. Cuma kadang2 terpanggil untuk membaca novel karyawan sosialis Indonesia Mendiang Pramoedya Ananta.
Islam telah meletakkan kesempurnaan dalam akidah yg aku anuti. perjuangan rakyat, penentangan terhadap kezaliman, pergelutan kapitalis-marhaen, pembebasan budaya fikir, semuanya dimuatkan dalam ajaran sempurna ini.
tapi seperti pejuang Islam yang memilih perang, politik, seni, sastera, aku punya kecenderungan, aku mahu bicara soal rakyat miskin, soal perampasan tanah, perihal kapitalis rakus dan pembohongan aristokrat. bukan sosialisme, cuma suara rintihan rakyat yang perlu diperjuangkan.
Nukilan Surat Al-Taubah ayat 34-35 digambarkan betapa Islam mengutuk ketidakadilan sosial-ekonomi yang terdapat dalam suatu masyarakat :
“Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya banyak dari kalangan para rahib dan pertapa itu yang benar-benar memakan harta manusia dengan cara yang tidak benar dan menyimpang dari jalan Allah. Adapun mereka yang menimbun emas dan perak dan tidak menggunakannya di jalan Allah, maka peringatkanlah mereka itu dengan adanya siksa yang pedih. Yaitu ketika harta itu dipanaskan dalam api neraka, kemudian disetrikakan kepada kening, lambung dan punggung mereka. (lalu dikatakan kepada mereka) : “Inilah yang kamu tumpuk untuk kepentingan kamu sendiri di dunia, maka sekarang rasakanlah harta yang dulu kamu tumpuk itu”.
Ayat diatas membicarakan persoalan perilaku kapitalis yang menumpuk harta kekayaan dan menjadikan keuntungan sebagai akidah mereka. Sedangkan di dalam Islam, konsep zakat adalah perlambangan kepada keadilan sosial diwajibkan kepada manusia.
parti Islam harus lebih mengurangkan retorik dan pidato berapi kalau satu hari ditakdirkan menjadi pemerintah. kerana rakyat tidak kenyang hanya dengan pidato atau tazkirah. pemerintahn Tuan Guru Ni aziz di kelantan adalh contoh keadilan sosial yang diwajahkan melalui perkongsian kekayaan. kerajaan kelantan mungkin dilihat miskin , tapi kalau mahu mencari orang kaya, datanglah ke kelantan. orang kata SKMK..(Sampai Kelantan Mesti Kahwin).
dan aku akan terus bicara soal keadilan sosial ini, bukan kerana aku seorang sosialis, atau Islamis merah, tapi aku seorang rakyat yg pernah merasakan kemiskinan
Subscribe to:
Posts (Atom)