Monday, May 18, 2009

Guru Pelita Hidup

Artikel ni aku ambil dari blog http://x-uppersixers99.blogspot.com/, blog budak-budak Form 6 SMK Sandakan. tribute dan ucapan terima kasih yang tidak berpenghujung kepada guru-guru SMK Sandakan yang mendidik kami tidak sekadar menjadi orang..tapi manusia yang menghayati erti insan..dan buat guru-guru yang pernah mendidik aku di SK Ulu Dusun, Sk Karamunting, SMK Batu Sapi dan teristimewa buat isteri , seorang guru, ibu, isteri dan teman yang sejati..


Guru pelita hidup..itu kata orang dulu, sebab masa tu api elektrik takde lagi, semua guna pelita sumbu, paling advance pun guna lampu kalimantang guna kuasa bateri, bateri plak kongsi ngan TV. kalau nak bukak TV kena offkan lampu, sebab klu tak off, gambar kat TV jadik "kurus". Kalau nak diumpamakan pada hari ini, bolehlah dikatakan guru umpama petrol. tanpa petrol kenderaan berenjin tidak boleh bergerak, Janakuasa elektrik yang guna petrol tak dapat nak supply kuasa elektrik dan yang paling penting tanpa petrol, negara boleh bankrap (tu kata menteri...singapura takdepun petrol, steady je aku tengok). jadik bayangkanlah kehidupan tanpa petrol macam mana, pasti dunia akan jadi kelam kabut, bergelap, statik dan tidak mampu menjana pertumbuhan ekonomi.

Begitulah juga peranan seorang guru, tanpa pendidik anak bangsa tidak akan mampu mentadbir negara. Menteri, doktor, hakim, peguam, arkitek sehinggalah seorang buruh kilang sekurang-kurangnya pernah bersekolah dan mengambil peperiksaan. paling koman pun ambil periksa lesen L, dan sebelum ambil periksa kenalah belajar dulu ye tak. Takkan nak ambil test tak belaja kot. lainlah kalau nak test air kencing ke, test HIV ke atau test mengandung, tu memang takyah belaja. Tapi yang lain kena belajar baru test, jadi proses pembelajaran itu pastinya memerlukan seorang guru. Tak kiralah guru tu guru BM ke, guru PJ ke, guru memandu ke, guru memasak ataupun guru silat.

Masa jadik budak sekolah dulu takdelah kita fikir sangat kepentingan guru ni. kalau cikgu takde lagi kita seronok. keseronokan akan bertambah kalau guru yang tak masuk tu guru yang poyo, gedebe ataupun kita tak siap kerja rumah, punyalah bersyukur, sampai siap ada yg nazar kalau cikgu tak masuk kelas. tapi bila dah besor ni, akal pun cerdik sikit baru kita tahu yang guru ni sebenarnya penting, kalau takde guru kita takkan jadik apa yang kita jadik pada hari ini.

Kalau kelas aku, ada sorang cikgu yang paling ditakuti sekaligus tidak digemari, Cikgu Roslan Ahmad. Muka cikgu ni giler jarang senyum, kalau senyum pun senyum mcam senyuman komunis dalam drama lepas perang ngan askar, pastu dapat bunuh askar. kalau kerja rumah tak siap, siaplah punggung korang, ada gile budak besor macam kitorang kena rotan kat punggung, leh mandul wooo..paling best biler dia suruh berdiri atas meja. best dapat tengok awek berdiri atas meja...macam buat catwalk pun ada.tapi sebab dia garang dan tak sentimental, mnyebabkan pelajr tak leh main-main subjek dia. semua tetiba jadik pandai. semua kerja rumah tetiba siap. kira boleh tahan jugaklah daulat cikgu ni. tak silap aku, subjek Pengajian Am yg dia ajar, semua lulus.

aku akan tulis lagi pasal cikgu-cikgu lain, sebab setiap guru ada feel dia masing-masing. ada yang ajar sampai nangis-nangis, ada yang baca je, ada yang tulis papan hitam tu tak henti-henti, belum jenis yang maki hamun je. tapi berkat guru-guru ni ramai yg berjaya, budak-budak tingkatan 6 SMK sandakan batch 98 ramai yang berjaya. kalau tak berjaya dari segi akademik pun, at least takde lagik yg aku dengar jadi pencuri, perompak, penyamun, buang anak atau jadi ahli parti politik yang rasuah atau MB haram.

3 comments:

Cikgu said...

Haris,
ada rahsianya mengapa cikgu Roslan buat macam tu. Rahsianya ialah dia teramat tak mahir kertas pengajian am 2 tu. Jenuh ler aku "menyekolahkan" dia, tapi tak juga pandai-pandai. Last sekali, dia mengambil pendekatan keras macam komunis zaman darurat. Bila dia buat macam tu, kamu semua takut untuk bertanya dalam kelas. Jadi, tak perlulah dia menjawab persoalan-persoalan yang dia sendiri tak tahu. Kalau tak nanti, kantoilah yang dia tak tahu.

Ini dia bagi tahu sendiri sama aku. Syyyy....kau jangan kasi tau sama orang lain ha! Ni rahsia besar!!!

Cikgu Metal said...

Haris,
ada rahsianya mengapa cikgu Roslan buat macam tu. Rahsianya ialah dia teramat tak mahir kertas pengajian am 2 tu. Jenuh ler aku "menyekolahkan" dia, tapi tak juga pandai-pandai. Last sekali, dia mengambil pendekatan keras macam komunis zaman darurat. Bila dia buat macam tu, kamu semua takut untuk bertanya dalam kelas. Jadi, tak perlulah dia menjawab persoalan-persoalan yang dia sendiri tak tahu. Kalau tak nanti, kantoilah yang dia tak tahu.

Ini dia bagi tahu sendiri sama aku. Syyyy....kau jangan kasi tau sama orang lain ha! Ni rahsia besar!!!

gopenghagen said...

wargkakaka..patut muka tegang semacam je..