Thursday, June 25, 2009

membantu sesama muslim adalah kewajipan setiap yang mengaku muslim. tidak kiralah apa jua jenis bantuan yang dirasakan mampu diberikan, hulurkanlah walau sedikit. atas sedikit kesedaran, aku selalu berusaha membeli di kedai yang dimiliki oleh orang Islam, atau paling kurang membeli barangan muslim di kedai yang bukan Islam.

tapi kadang-kadang rasa fed-up sebab bayak kejadian yang aku rasakan pertolongan tu akhirnya menyusahkan aku balik. contohnya beberapa minggu lepas aku belilah produk buatan muslim kat satu kedai sahabat ni. Beli roti arab, mee kuning dan beberapa keperluan dapur lain. didorong oleh keinginan memasak roti arab, aku confident je panaskan kuali, pastu bukaklah plastik roti arab tu. aik...hijau beb..aku ingat inti ke apa, bila tengok betul-betul dah berkulat..aku saborkan hati, dah bukan rezeki nak wat camner. kang kalau aku paksa makan gak, kena keracunan makanan ke, sembelit ke, paru-paru berair ke..aku gak susah. begitulah hatiku berbisik menyedapkan sedikit perasaan aku.

takde jodoh makan roti arab pun xperlah, makan mee goreng pun jadik. sayur, fishball yang siap dipotong aku ketepikan jap, buka plastik pembungkus mee, apsal bau macam racun tikus ni? expired gak ke?makkk..ni pun dah xleh makan. rase macam nak pulangkan balik je barang-barang tu, tapi memandangkan agak jauh, aku halalkan jer lerrr..

disebabkan gema kebuluran semakin berdegup kencang di dalam perut aku, aku buka plak sardin. ni sebelum potong bawang, aku buka tin dulu. manalah tahukan sardin tu basi ke, dah bercendawan ke. Alhamdulillah, sardin tu masih bley makan.

" aik..tadi rase macam masak roti arab n mee goreng, apsal jadik sardin?' orang rumah aku bertanya.

"entah..evolusi kot.."

tu satu. ni ada satu lagi episod duka dalam perantauan aku membantu usahawan melayu. aku wat tiga pasang baju kemeja sebelum Pilihanraya kecil bukit gantang. disebabkan nak tolong orang Islam, melayu, pastu satu parti plak, aku hantorler ke kedai abang ni. kalau kira-kira memang jauh gak arr dari rumah tapi sebab borther ni je aku tahu orang Melayu yang buka kedai jahit kat area situ, aku hantor gak.

Korang tau tak apa jadik? ni Nizar dah angkat sumpah jadik ahli parlimen, dah kena halo pun sekali, sepasang baju lagi baju aku tak siap. apa kejadahnya yob, sepasang sebulan baru nak siap? ni ada lagi sepasang, ari tu kata dah potong, ni tak call aku lagi datang ambil..aku rasa abang ni mengambil iktibar dari pepatah 'sehari selembar benang, lama-lama jadi kain'. kalau betullah, bulan rejab tahun depanlah baru aku dapat merasa baju baru.

tapi bukan semua peniaga islam macam tu. ramai yang profesional dalam urusan perniagaan dan benar-benar menjaga kualiti perkhidmatan mereka. Sebab perniagaan ni satu ibadah, jadi kenalah buat betul-betul, ye tak? InsyaAllah pengalaman pahit yang sering aku hadapi, tidak akan menggoyah prinsip aku " Buy Muslim Product 1st"

Wednesday, June 24, 2009

Kesedaran baru

menulis blog umpama mencipta cerpen (cerita pendek) atau certot (cerita kontot). perlukan idea, ilham yg boleh didapati dari kehidupan seharian, atau dari imaginasi, atau mimpi dan juga masa silam. Semua ini akan disatukan menjadi cerita dengan plot yang pelbagai. Beza dngan cerpen, kadang2 posting dalam blog tidak memerlukan mukaddimah ataupun penutup yang konvensional. Sering juga ada bloggers yamg menulis sesuatu yang tidak ada makna, sekadar mahu memberikan persoalan utnuk pengunjung.

membaca buku Karya Nan Indah, tulisan akhi Faisal tehrani, memberikan aku kesedaran yang lama hilang. kadang2 bertanya kenapa idea seringkali tandus atau tidak bermaya. malahan sering juga posting yang ditulis tanpa nyawa dan hilang makna.

bila dikaitkan dengan kaedah penulisan cerpen, perkara pertama yang aku sedari adalah tujuan menulis. Sebagai seorang muslim, tujuan utama adalah membawa idea Islam kepada pembaca. Idea tentang ketuhanan harus dibawa dalam pelbagai bentuk dan tidak terikat dengan gaya penulisan khutbah atau kuliah. Tulislah apa sahaja, samada mahu mencapai langit dengan falsafasah freud atau Syeikh Nuruddin, mahu menulis mengenai seni muzika, seni teater atau apa sahaja, namun pangkalnya kesedaran bahawa tulisan itu dibuat atas dasar tanggungjawab seorang muslim.

kemudiannya barulah idea itu diterjemahkan dalam bentuk literal tanpa menggugah atau melonggarkan ciri-ciri sastera yang bermutu. Atau boleh sahaja mengenepikan tradisi sastera lama dengan menggunakan ayat-ayat hidup atau ayat-ayat SMS. yang penting mesej yang diwacanakan mampu menarik dan difahami. Menarik ribuan pelawat sehari tidak membawa makna apa-apa kalau kosong tanpa nyawa Islam, ataupun sarat padat dengan mesej islami, sehingga hampir tidak difahami.

mungkin kesedaran itu akan memberikan idea yang mencurah-curah selepas ini kepada aku?

Monday, June 22, 2009

Sajak Untuk Syuhada ISA

Sajak ini adalah karya seni Rahmat Haron..sebuah karya yang membuat jiwa menangis mengenangkan korban-korban jiwa pada syuhada Memali yang menentang penangkapan tanpa bicara



[Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.]

Hari itu Selasa malang, hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah.
setelah malap cahaya lokap, panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari,
negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah, enggan ditahan tanpa kesetaraan
enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia
penjara tanpa bicara-warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.

sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah.
merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba,
tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya mentah kedarah para petani dan buruh mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah

iya mereka hanya himpunan orang-orang kampung;
para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah
tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.

Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional, tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional
mereka - Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis_Syaitan_Act - I SA
ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras
penguasa pujanya Iblis kuasa
penguasa sembahnya Syaitan rasuah
penguasa berkuku besi pelindungnya ISA_Iblis Syaitan Act

Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasa
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang Iblis dan Syaitan,
akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara,

Pemerintah ketagihan kuasa
dadahnya wang dan harta
pemimpin khayal dengan serakah
erat sayangnya pada angkuh memaksa
rapat kasihnya pada sombong memeras
begitu dalamnya cinta kuasa memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata .

ISA gari yang merantai kejujuran,
ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri, keluarga tercinta
ISA adalah tangisan
ISA adalah ketakutan

Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggi
perjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicara
pengorbanan nyawa demi merdeka
dari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasa
dan November adalah bulan cukup hitam, sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling, siong kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murba
ketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri,
di balas kereta perisai dan senjata
Memali adalah sejarah melawan ISA
paling berani
merdeka semangat Ibrahim Libya dibalas peluru
gegak gempita tembakan
adalah sendu kesedihan

maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringan
gugur empat belas orang pejuang
syahid menuntut keadilan
melawan penahanan tanpa bicara

akal penguasa putus budinya
dan dacing timbang berat sebelah tidak seimbang
rasa hati telah kabur, pudar dan terhakis
benang-benang kusut
fikiran hanyut
keyakinan tak dapat dikoyakkan kuasa
merah mengalir darah merdeka
korban ISA dan kekejaman negara
syahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilan
BN merampas kebahagian keluarga, mencabut nyawa suami dan ayah, para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa


BN membunuh kemerdekaan
BN membunuh hak asasi manusia
BN membunuh kebebasan
BN membunuh kesetaraan
BN membunuh kesaksamaan

BN telah membunuh:
1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

Thursday, June 11, 2009

Entry xde mood.

lama x update blog, seperti alasan2 copy paste dari bloggers lain, xde idea, sibuk, x line internet..aku? aku xde mood untuk berblog, mungkin sebab minggu ni minggu cuti sekolah, jadik tumpuan banyak kat babies yg jarang jumpa.

kalau pergi ke blog politik, semua sedang bercakap pasal kerajaan perpaduan. kalau pegi bab artis, ramai yg tengah geram dengan akil hayy, kalau yg minat sukan, semua dah slowdown, sbb liga2 eropah tengah break, nak citer pasal worlcup pun, x berapa into lagik. tema2 ni menjadi tema2 paling popular di kalangan rakyat malaysia. tu tak masuk yang bab2 lucah dan separa lucah lagi.

aku jarang sentuh pasal politik dalam blog aku, bukan sebab aku tak minta politik, aku amat meminati politik and im considering myself as politician kecil-kecilan. dan topik yang paling hot pasal politik hari ini adalah berkenaan dengan kerajaan perpaduan yang katanya dicetuskan oleh presiden pas.

secara teorinya, kerajaan perpaduan adalah impian semua rakyat. mana ada rakyat yang xnak kepada keamanan, pemimpin2 parti politik leh salam2 duk mengopi semeja sambil memuji2 parti orang lain. dengan adanya kerajaan perpaduan rakyat berasa yakin kerajaan akan stabil dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kebajikan rakyat. tapi itu semua teori ja.

realitinya dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, perbezaan pandangan adalah nyawa kepada sistem ni. kalau dah semua setuju, xyahlah ada piliharaya dak? semua pakat angguk je.

bezanya kat malaysia ni org tak berapa suke kalau korang x setuju dengan kerajaan, kalau ko tak setuju dengan kerajaan , otomatik korang dilabel pembangkang. dan selalunya layanan kepada pmbangkang ni layanan 3rd class. dilayan spt pndatang asing nak minta ubat kat hospital kerajaan.

kerajaan perpaduan ni tak perlu wujud, yang perlu ditekankan adalah rasa hormat kerajaan sedia ada kepada mereka yang tidak sependapat dengan mereka. beri hak sebagai warganegara, bukannya menafikan dan memberikan reaksi balas dendam kepada rakyat ataupun parti yg tidak menyokong dorang.

jadik bila ada orang yang tak setuju dengan kerajaan perpaduan, aku cukup faham. ni nak berpadu atas dasar apa ni? melayu? Islam?

kalau nak berpadu atas dasar melayu, boleh blahla.. kalau betul2 sayangkan melayu, takde melayu yang merempat dalam negara ni. xde melayu yang dinafikan hak sebagai rakyat hanya sebb dia tak sokong umno, xde melayu yang tak dapat hak milik tanah walaupun dah merdeka lebih 50 tahun, xde melayu yang dihalau dan dirobohkan rumah mereka oleh tokeh bangsa asing atas restu pemimpin melayu?

Islam? tengok bini najib pon dah tahu tahap Islam dorang ni kat mana.

sekian.