Monday, July 27, 2009

Kau kata kau susah?

Artikel ini tulisan Sdr. Azamin Amin, wartawan Harakah..buat insan-insan yang sering menangisi penderitaan..khususnya untuk aku..


Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.

“Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini…?” kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.

“Jika ada duit, adik nak makan apa?” tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.

“Roti canai...” jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.

Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.

Tidur untuk menahan lapar

Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.

Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.

“Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih,” kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu…hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.

Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.

Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti ‘Ah Long’, menjadi pengawal keselamatan dan ‘house-keeping’ di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.

Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan ‘kerja’, namun saya tolak kerana menjadi ‘pusher’ dan jual paket-paket ganja, jadi ‘bouncer’ di kelab malam dan upah ‘menarik’ kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

‘Tak boleh sembahyang Jumaat!’

Saya bekerja di bahagian ’script processing’ dan ‘data entry’. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.

“Kenapa baru balik? Pergi mana?” jerkahnya.

“Sembahyang. Hari inikan Jumaat,” saya jelaskan dengan santun.

“Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!”katanya tidak puas hati.

Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan ’solat’ di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim ‘bersidai’.

“Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!” kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.

Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang “Remiser” mengambil saya berkerja sebagai “Asistant” di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza – bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.

Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.

Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.

“Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat,” ingat mereka kepada saya.

Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya…

“Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka.”

Ya, begitulah juga dengan saya…hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.

Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka…

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.

Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia…itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.

Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: “Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu.”

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah ‘menyelamatkan’ saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.

Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.

Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.

Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya…

Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.

Saya bersabar menunggu detik itu…

Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :

” Mmm…sedap..”

Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk ‘mencarik-carikkan’ nurani saya.

Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena……

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.

Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama ‘universiti terbaik’ hidup kita selama ini.

Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.

Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.

Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya” (Al-Baqarah: 286)

Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.

Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.

Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.

Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga ‘frust’ dan tewas. Kecewa umpama ‘mati’ sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.

Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, ‘menghidupkan’ saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.

Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.

Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.

Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.

Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang…

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).” (Al-Baqarah: 155-156).

Dari.. Azamin Amin

ape? fatwa?

Woii..tanye mufti perak, apa fatwa buat ghope ini?


Wednesday, July 22, 2009

Siri Bercakap Dengan Gaban II -Special untuk Budak Ipoh Timur

" Bounjour!comment allez-vous ?!"
Sape pulak yang sound aku pepagi tahap tahajud dalam bahasa Perancis ni?

"ça va comme ci comme ça. Merci" aku jawab baik-baik aja. Acuh tak acuh.

" Comment vous ?" aku tanya nama dia.

"hahah..Je suis désolé ,Je Gaban.." gaban? apa kejadahnya dia cakap Perancis plak? Hari tu bukan main tak nak belajar bahasa Inggeris, bila masa plak dia belajar bahasa perancis ni?

"Vous êtes libre ?" Gaban bertanya kalau aku ada masa layan panggilan dia. Kalau ikut hati mau je aku offkan telefon bimbit buatan cina ni. Tapi mengenangkan dia anak yatim piatu, aku layan je.

" Oui- je suis libre "

" Excusez moi,vous parlez Francais ?" dia tanya kalau aku boleh bercakap bahasa perancis. Bahasa orang asli Senoi yang duduk Malaysia pun aku tak reti, aphal aku nak belajar bahasa perancis.

"Je ne comprends pas .Je suis désolé" Bahasa perancis aku tunggang langgang. Aku takde masalah besar nak cakap bahasa perancis ni, masalahnya orang perancis yang susah nak faham. Jadi lebih baik guna bahasa melayu kan. Kalau bukan kita guna bahasa Melayu, takkan Nelson Mandela pulak nak guna.

"Cakap melayu la bang. Apa cert ni bang, call gua pagi-pagi buta ni?"

" hahah..sorilah..aku nak tanya, tempat mike gerhana dah start ke? " Gaban tanya aku.

" Gerhana apa kejadahnya pukul 3 pagi ni..matahari pun tak timbul lagi " Aku dah angin satu badan. Dia ni tak belajar ke pasal perbezaan zon masa. Ni mesti subjek Geografi ambil dalam bahasa Inggeris ni.

" laaa..iyeke?..sori beb..sori"

"tapi apa pun, tahniahlah team Malaysia boleh menang tipis ngan MU hari tu, serius aku cakap, aku dah mimpi Rajagopal jual kacang putih balik sebab kena pecat pas MU belasah Malaysia 14-0" Gaban mengalih tajuk. Cover malu la tu.

" ahh..MU bukan ada apa-apa pun bang, team cap ayam je. Lawan Malaysia U-23 pun pakai Giggs. Nampak sangat tak hebat" Aku bagi statement yang boleh membakar Budak Ipoh Timur.
" Ko cakap baik-baik sikit. kalah tipis tu kira ok. Ko tengok Umno, kalah 65 undi kat Manek Urai pun dorang seronok" Sah. mamat ni mesti geng Setan merah. Budak-budak MU ni memang sensitif bab-bab team bola dorang ni. Uji Rashid betul la.

"ok lah bang, kalau takde apa-apa lagi gua nak solat tahajud ni" Aku bagi alasan corner baring kat Gaban supaya dia faham aku malas layan bab-bab bola pukul 2-3 pagi ni. Lebih-lebih pasal MU, takde pahala pun.

"ok..ok..Au revoir et à bientôt" Dia cakap bye.

"Ui.."

Aku tarik balik gebar bagi melindungi tubuhku dari serangan angin sejuk Air-cond 2hp bilik aku. Pagi tu aku mimpi indah..Ferguson ambil Amri Yahya main ngan MU. huh..kodi betul!

Tuesday, July 14, 2009

PPSMI

Gambar-gambar ini aku ambil sendiri ketika bersama-sama puluhan ribu rakyat yang hadir dalam perhimpunan membantah PPSMI. Bagi mereka yang tak tahu atau memilih untuk tidak tahu dan berpura-pura jahil. Mungkin gambar-gambar ini tidak ada kudis bagi kamu, tapi bagi kami ini adalah persaksian kami, bahawa kami pernah berjuang untuk bahasa kami. Kamu, nasionalis-nasionalis melayu kononnya, kamu mahu terus berdondang sayang, berjoget lambak, bermakyong atau mahu berdangdut, itu hak kamu, kerana aku tahu cuma itu yang kamu faham tentang melayu. Oh ya..nama saya bukan melayu, tapi saya tetap Islam
















Thursday, July 9, 2009

Siri bercakap dengan gaban.

Trrr..trrrr..

Telefon tangan jenama Nokia buatan cina ( yang ori yahudi punya..) bergetar. Aku lihat wajah seseorang (sesebuah ?) yang aku kenal muncul di skrin telefon tangan Nokia buatan Cina tersebut.

"komban wa.." suara garau terdengar di hujung talian memberi ucap selamat petang dalam bahasa jepun loghat Kobe.

" Konban wa. Gaban chan!..ogenki desu ka?" aku balik bertanya khabar kepada makhluk tuhan yang sudah sekian lama menyepikan diri di pergunungan Rokko di daerah Kita-ku, salah satu daerah dari 9 daerah atau ku di Kobe.

" okagesamade genki desu ..arigato gozaimasu" seperti biasa dia menjawab baik. Dia ni memang fit orangnya. Beliau tetap memilih berjalan kaki dari pekan Motomachi ke Sannomiya walaupun boleh menggunakan keretapi dari Stesyen Shinkansen Shin berhampiran rumah beliau. Jauh tu beb..aku ada gak tanya-tanya apa rahsia kekuatan dia, tongkat ali ke, kopi janda ke , ke pakai susuk ? Tapi dia bagitau aku dia cuma guna minyak anti-karat 4WD bagi mengelakkan besi-besi badan dia dari berkarat..ermmm..aku lupa dia ni separuh robot.

"Hisashiburi eso ne.." aku bertanya ke mana dia menghilang.
"haha..sumaimasen..doomo sumimasen..watashi busy" aik ..dah pandai cakap omputeh orang tua ni. hari tu gagal math sebab PPSMI terus merajuk. tak nak jadi gaban, nak jadi posmen je.
Korang ni aku cakap Jepun korang paham ke? takpe..takpe..sebab negara kita belum lagi melaksanakan PPSMJ (jepun ) aku faham. aku cerita dalam bahasa melayu gaya SMS k ek?






Gaban injured masa lawan mamat ni. Mamat ni memang ganas, mata pun ada 6 bijik.

Aku dengan gaban ni sebenarnya macam adik beradik. Kira macam dia terhutang budi gaklah dengan family aku. Hari tu, masa dia jadik Polis angkasa Gaban lagi, lepas fight dengan seekor raksasa lipan dia injured. masa tu dalam tahun 1998, tak silap aku tahun tu Ryutaro Hishamori ke Keizo Obuchi jadi Perdana Menteri dorang. Bukan tak tahu Jepun ni, kalau PM tu tak perform dorang sack je. Takde macam sesetengah negara tu, dah naik semput pun orang simpan jadi PM lagi. Tapi walaupun dorang ni sering bertukar PM, tak pernah lagi aku dengar dorang tukar dasar pembelajaran dorang ke bahasa Inggeris ke, Russia ke , Perancis ke. Dari zaman Meiji dorang memang meggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains. Maju je aku tengok..








gaban memang class..injured pun bleh senyum lagi. respek arr lu bang

dipendekkan cerita, masa tu ekonomi Jepun tak berapa stabil. Selepas kejatuhan pasaran saham dan permainan manipulasi tukaran wang oleh george soros, dorang takde budget nak baiki badan si gaban ni. Masa tu dorang kena tanggung ultraman lagi, Surya Perkasa Hitam lagi tu bukan kecil-kecil tu. Sekali rabak bahu Ultraman Ace, baper juta yen dorang nak pakai ganti baju dia tu je. Belum bil hospital, insurans, tu rumah-rumah yang kena langgar dek ultraman, tu semua duit tu. Sebab tu Power Rangers dorang sub ke kat Amerika buat. Masa tu gaban ni kira disisihkan la. ada member dia bagitau kat Malaysia ada tukang urut patah seliuh ni, tu yang dia datang Malaysia tu. So dalam masa dia terbang dalam keadaan cedera parah tu, dia ditakdirkan landing kat kebun durian bapak aku. Bapak aku kesian punya pasal bawalah dia balik rumah.

Ingat-ingat aku ada 6 bulan dia duk ngan kitorang. Sempatlah raya puasa ngan raya haji sekali tahun tu. masa dia duduk ngan kitorang mak bapak akulah jaga. Bapak aku bawa dia gi workshop, kimpal badan dia yang rabak, pastu cat sikit-sikit, ganti skru kepala lutut dia dan macam-macam lagilah. Last sekali aku dapat tahu bapak aku hantar dia pegi tukang urut batin, buat apa tak tau . mak aku toksah cakaplah, sayang dia kat gaban ni macam anak sendiri. Korang perasan tak dalam episod 44, gaban ada pakai baju melayu, tu mak aku jahit tu.

Masa tu aku ada gak dakwah-dakwah dia masuk Islam, ajar ngaji dia sikit-sikit, ajar fardhu ain dan fardhu kifayah sikit-sikit. Bapak aku ingat nak hantar dia pegi Sekolah Agama Rakyat, tapi tak sempat, SAR tu tutup sebab kerajaan dah tak bagi bantuan. Yang ada sekolah St. mary's, haa..tu kerajaan bagi la. tapi hidayah dari Allah, nak paksa-paksa pun tak bleh kan. Aku tak tahulah pastu dia masuk Islam ke tak kan. Aku cuma mampu berdoa...

" aphal call bang?" aku tanya.






Gaban Blade yang dalam simpanan aku selama ini.

"err..gaban blade yang teman bagi pinjam hari tu ada lagi ke kat mike..?"

"ada..nak balik ke?"

"kalau ada lagi nak ler..aku kire-kire nak meneruskan karier teman sebagai polis gaban cawangan trafik" dia menjawab perlahan.

"bagus tu bang..mat-mat rempit pun dah ramai sangat ni..kalau libas ngan gaban blade ni, boleh pupus sikit dorang" aku bagi cadangan bernas kat en. gaban.

" oh bukan..bukan..teman percaya mat rempit ni hanya boleh dididik dengan pendekatan agama, bukan kekerasan ataupun hukuman" dia memberikan pandangan penuh dengan unsur tarbiyyah dan pengkaderan.

"habis tu, nak buat pisau sembelih ke..haha" aku cuba buat lawak spontan.

"bukan..bukan..tahun 2012 teman ingat nak ambil exam balik la. nak buat permohonan kenakan pangkat. mike pun tahu kan dorang dah mansuh PPSMI" dia memberikan kewajaran.

"takpe..takpe nanti saya poskan guna Poslaju" aku memberikan janji.

" arigato..arigato gozaimasu..err..kalau ada belacan ke, budu ke..ko selit la sekali ye"

"ok..ok..no hal, buli bah kalau kau. tapi kalau saya gi Kobe karang jangan lupa belanja okonomyaki dan yakisoba kat kedai yukisaki tepi istana Himeji tu." aku membalas.

" boleh..ghoshimpai naku. Doozo, uchi easobi ni kite kudasai" Gaban memberikan jaminan dan menjemput saya ke rumah beliau.

" Goryooshin ni yoroshiku. mata aimashoo " dia menitipkan salam pada mak bapak aku.

" ok..mata aimashoo" aku memberi ucap selamat tinggal.

"err..Haris san..pegi Manek urai?" dia bertanya sebelum sempat aku memutuskan talian.

" tak pegi kot. Ikon aku, Ust, nasha tak pegi..jadi tidak bermaknalah kalau pergi tiada bertemu dengan beliau" Aku memberi alasan yang kukuh.

" ooo..ok..arigato..Assalamualaikum." Klik.

Talian terputus. Namun persoalan menerjah ke otak aku. Gaban dah masuk Islam ke?

Wednesday, July 1, 2009

Kalaulah aku seorang (sebuah?) gaban.

Kereta Toyota Camry warna hitam tu masuk ke laluan aku tanpa memberikan isyarat. Sebenarnya dari gerak gerinya dan firasat ilmu ladunni, aku sudah dapat mengagak kereta tersebut akan memasuki lorong aku. Tapi kali ini, tidak seperti hari-hari yang berlalu, aku tekad untuk mempertahankan hakku apa nak jadi, jadilah..aku tidak akan memberikan ruang kepadanya. aku langsung tidak memperlahankan kelajuan kenderaan berwarna hitamku dan terus berada dilorong aku dan menggenggam erat stereng.



GEDeganGGG..kreetttt!!



bunyi besi berlanggaran dan bergeselan kedengaran hampir 5 saat. Aku memberhentikan kenderaanku lebih kurang 10 meter dihadapan. Aku kemudian turun dan melangkah gagah ke arah kereta Camry tersebut, tanpa memberikan salam atau salutasi, aku terus menampar muka pemandu kereta toyota camry hitam tersebut. dia cuba melawan, tanpa memberikan sebarang ruang, aku hayunkan sikuan 90 darjah ala ong bak ke bibirnya. disusuli dengan tendangan padu maut peringkat membelah bumi menerjah tetulang rusuk pemandu Toyota Camry yang sudah hampir sakarat lantaran hentakan sikuku yang menggilincirkan tulang femurnya . Aku bercadang untuk menghabisi beliau dengan kepitan lutut ketam yang dipadankan dengan hikmat sikuan berganda yang aku pelajari secara bersanad dari Tony Jaa, tapi aku hentikan niat tersebut kerana setelah mendapati beliau bukanlah sebahagian dari ahli keluarga geng mamak Kudeta.



Tetapi amarahku terlalu sukar dipadamkan hari itu, tak tahulah kenapa, mungkin bahana kekecewaan akibat kegagalan Chelsea mendapat bintang Brazil Kaka atau disebabkan keputusan bodoh SPR mengadakan proses penamaan calon pilihanraya Manek Urai pada hari bekerja. Aku terus mendapatkan bekalan logistik di dalam kenderaanku. Pedang hikmat, Gaban Blade aku keluarkan, yang sudah sekian lama tersimpan sejak Gaban mengambil keputusan pencen VSS dan lebih suka berhikmat sebagai posmen di kampung beliau di Shiiburo, Kobe, Jepun selepas gagal dalam subjek Matematik lantaran PPSMI.


Sekali lagi aku menuju ke arah kenderaan Camry Hitam tersebut, perlahan-lahan mengangkat Gaban Blade yang seberat 157kg tersebut, lalu dengan segenap kuasa yang dikumpulkan di dalam pembuluh-pembuluh darahku aku menghayunkan Gaban Blade ke arah Toyota Camry tersebut...



bam..Krak..krikkk..!!!



Kereta buatan Jepun memerlukan aku menggunakan kekuatan peringkat ke-3 untuk memberikan impak kepada tubuhnya kenderaan tersebut. Kalau kancil dah lama aku gigit. Sesaat kemudian dicelah-celah api yang memercik jelas kelihatan Toyota Camry yang terputus dua di bahagian tengah..kemudiannya aku terus menetak bahagian enjin kereta tersebut tanpa sepicis rasa belas kasihan..Baammm!! Minyak hitam terpercik ke arahku. Aku menghidunya..Shell? ada lagi rupanya manusia yang bersekongkol dengan yahudi dengan tidak memboikot barangan buatan Amerika?

Aku terus menghujani kenderaan Toyota Camry tersebut dengan hayunan Gaban Blade dengan aura pelangi hitam peringkat ke-7. Ia terbelah 5 . Aku rasa cukup berpuas hati..hari ini aku dapatkan melampiaskan rasa marah aku kepada mereka yang tidak tahu menghormati undang-undang negara.

Pemandu Toyota Camry tersebut masih terbaring di tepi jalan tanpa berkutik. Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke kenderaan hitamku sambil diiringi lagu Thriller nyanyian arwah Michael Jakcson



* alangkah bestnya kalau aku boleh jadikan kejadian di atas menjadi realiti. Aku dah naik fed-up dengan pemandu-pemandu yang tidak tahu menggunakan lampu isyarat untuk menukar lorong.