Wednesday, July 1, 2009

Kalaulah aku seorang (sebuah?) gaban.

Kereta Toyota Camry warna hitam tu masuk ke laluan aku tanpa memberikan isyarat. Sebenarnya dari gerak gerinya dan firasat ilmu ladunni, aku sudah dapat mengagak kereta tersebut akan memasuki lorong aku. Tapi kali ini, tidak seperti hari-hari yang berlalu, aku tekad untuk mempertahankan hakku apa nak jadi, jadilah..aku tidak akan memberikan ruang kepadanya. aku langsung tidak memperlahankan kelajuan kenderaan berwarna hitamku dan terus berada dilorong aku dan menggenggam erat stereng.



GEDeganGGG..kreetttt!!



bunyi besi berlanggaran dan bergeselan kedengaran hampir 5 saat. Aku memberhentikan kenderaanku lebih kurang 10 meter dihadapan. Aku kemudian turun dan melangkah gagah ke arah kereta Camry tersebut, tanpa memberikan salam atau salutasi, aku terus menampar muka pemandu kereta toyota camry hitam tersebut. dia cuba melawan, tanpa memberikan sebarang ruang, aku hayunkan sikuan 90 darjah ala ong bak ke bibirnya. disusuli dengan tendangan padu maut peringkat membelah bumi menerjah tetulang rusuk pemandu Toyota Camry yang sudah hampir sakarat lantaran hentakan sikuku yang menggilincirkan tulang femurnya . Aku bercadang untuk menghabisi beliau dengan kepitan lutut ketam yang dipadankan dengan hikmat sikuan berganda yang aku pelajari secara bersanad dari Tony Jaa, tapi aku hentikan niat tersebut kerana setelah mendapati beliau bukanlah sebahagian dari ahli keluarga geng mamak Kudeta.



Tetapi amarahku terlalu sukar dipadamkan hari itu, tak tahulah kenapa, mungkin bahana kekecewaan akibat kegagalan Chelsea mendapat bintang Brazil Kaka atau disebabkan keputusan bodoh SPR mengadakan proses penamaan calon pilihanraya Manek Urai pada hari bekerja. Aku terus mendapatkan bekalan logistik di dalam kenderaanku. Pedang hikmat, Gaban Blade aku keluarkan, yang sudah sekian lama tersimpan sejak Gaban mengambil keputusan pencen VSS dan lebih suka berhikmat sebagai posmen di kampung beliau di Shiiburo, Kobe, Jepun selepas gagal dalam subjek Matematik lantaran PPSMI.


Sekali lagi aku menuju ke arah kenderaan Camry Hitam tersebut, perlahan-lahan mengangkat Gaban Blade yang seberat 157kg tersebut, lalu dengan segenap kuasa yang dikumpulkan di dalam pembuluh-pembuluh darahku aku menghayunkan Gaban Blade ke arah Toyota Camry tersebut...



bam..Krak..krikkk..!!!



Kereta buatan Jepun memerlukan aku menggunakan kekuatan peringkat ke-3 untuk memberikan impak kepada tubuhnya kenderaan tersebut. Kalau kancil dah lama aku gigit. Sesaat kemudian dicelah-celah api yang memercik jelas kelihatan Toyota Camry yang terputus dua di bahagian tengah..kemudiannya aku terus menetak bahagian enjin kereta tersebut tanpa sepicis rasa belas kasihan..Baammm!! Minyak hitam terpercik ke arahku. Aku menghidunya..Shell? ada lagi rupanya manusia yang bersekongkol dengan yahudi dengan tidak memboikot barangan buatan Amerika?

Aku terus menghujani kenderaan Toyota Camry tersebut dengan hayunan Gaban Blade dengan aura pelangi hitam peringkat ke-7. Ia terbelah 5 . Aku rasa cukup berpuas hati..hari ini aku dapatkan melampiaskan rasa marah aku kepada mereka yang tidak tahu menghormati undang-undang negara.

Pemandu Toyota Camry tersebut masih terbaring di tepi jalan tanpa berkutik. Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke kenderaan hitamku sambil diiringi lagu Thriller nyanyian arwah Michael Jakcson



* alangkah bestnya kalau aku boleh jadikan kejadian di atas menjadi realiti. Aku dah naik fed-up dengan pemandu-pemandu yang tidak tahu menggunakan lampu isyarat untuk menukar lorong.

6 comments:

`S3R4CURlYl4` said...

`aku sokong.. kerana aku jg mcm haris.. fed-up dgn pemandu yg ntah mcm mana boleh lulus test jpj..

gopenghagen said...

cikgu,
mungkin subjek "bagaimana menggunakan lampu isyarat yang hanya terletak di hujung jari kamu" tidak termasuk dalam silibus kelas memandu.

Mas Mohd Yunus said...

semakin aku takut untuk mengambil lesen kerete ni...huuhuhuhu

gopenghagen said...

mas,
ko kena carik drebar la..hahah

laxmana said...

hahaha! hahaha! hahaha!

tabik spring !!!

wa sulah cakap, wa punya bapak, bikin ini funfair, untuk lu olang suka suka... tapi, lu olang, suka suka, bikin ini funfair, macam lu olang punya bapak punya... haiyaa!!!

wacha!!!

-RAJ-
the long lost blogger... hehe

xara said...

woh.. ganasnya.