Wednesday, September 2, 2009

Virus Selesema Anjing Laut H3N8 lebih berbahaya

Trinidad & Tobago - Kementerian Kesihatan Dan Kesuburan Keluarga telah mengeluarkan amaran kepada rakyatnya mengenai penularan penyakit Selesema Anjing Laut atau Selesama H3N8. Beberapa jangkitan dilaporkan berlaku di beberapa bahagian negara Caribbean tersebut dengan bandar Sangre Grande dan St. Augustine paling teruk terjejas.

Menteri Kesihatan Dan Kesuburan keluarga Trinidad & Tobago, John Moorings menyatakan bahawa pihaknya sedang memantau dengan teliti perkembangan penularan virus tersebut dan bersedia untuk megumumkan harga kawalan bagi kapas yang digunakan untuk menutup lubang hidung yang dipercayai mampu mencegah penyakit ini dari merebak.

" Kita mengharapkan agar peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga kapas buat masa ni. Mamak kedai runcit depan rumah saya bagi information semalam yang dorang terpaksa menaikkan harga kapas setelah bekalan tidak mencukupi" jawab beliau ketika ditanya mengenai bekalan kapas yang sukar didapati di negara tersebut.

Menteri Hal-ehwal Dapur & Kedai Runcit , Edward Tesco pula menafikan kerajaan akan mengedarkan kapas percuma kepada rakyat.
" Mana boleh. Kerajaan takde peruntukan untuk itu. Sambutan hari kemerdekaan pun pakai baju tahun lepas. Lagipun rakyat kenalah bersama-sama kerajaan menanggung beban. Kita kan satu Malaysia " Ujar beliau ketika ditemui dalam majlis berbuka puasa di salah sebuah hotel lima bintang di sini.

Mary Jalil , Pengarah Hospital Umum Santa Flora menyatakan pentingnya pemeriksaan awal bagi mengesan tanda-tanda jangkitan.
" lebih lambat pesakit dirawat, kemungkinan untuk sembuh hampir mustahil " Kata beliau.

Beliau juga menjelaskan walaupun penyakit selesema H3N8 ini tidak membunuh, tapi ia akan menyebabkab pesakit mengalami gangguan mental dan kehilangan ingatan yang kronik.

Antara tanda-tanda penyakit ini ialah kegagalan sistem otak untuk mengawal pergerakan tangan dan kaki, sehingga kadang-kadang menyebabkan pesakit bersorak, menjerit dan menendang-nendang diluar kawalan. Ia juga turut menyebabkan pesakit kehilangan kawalan terhadap lisan mereka sehingga mengeluarkan perkataan yang sukar difahami dan kadangkala mencarut dalam bahasa Jawa halus.




Salah seorang pesakit H3N8 yang kronik sedang memijak dan menendang kepala lembu sambil diperhatikan kaum keluarganya yang turut dijangkiti penyakit berkenaan- Gambar ehsan Sinar cawangan Trinidad & Tobago.

Apabila ditanya mengenai kejadian sekumpulan pesakit yang disahkan menghidap H3N8 menendang kepala lembu di Rio Claro kelmarin, Dr. Mary menyatakan ia adalah simptom biasa yang ditunjukkan oleh pesakit tahap kronik dan kemungkinan jika tidak dirawat mereka juga akan selepas ini menendang kepala khinzir pula.

Walaubagaimanapun, Menteri Tarian dan Akademi Nyanyian, Thomas Piatu menegaskan kerajaan kemungkinan besar tidak akan membenarkan penggunaan perkataan Selesama Anjing Laut bagi merujuk penyakit berkenaan dan hanya membenarkan ianya dirujuk sebagai virus H3N8 bagi menjaga sensitiviti kaum tertentu.

3 comments:

x said...

hahaha..
lu memang best la bro..
kakakah

meor-name-depan-ku said...

lu ni orang 'gopeng' ke?

tapi tgk gaye cam orang sabah...


salam blog....penuh keamanan

Anonymous said...

sory nk tanya....di sabah ada anjing laut ke??dan ada beberapa org kwn sy yg b.asal dr sabah mengatakan anjing laut juga dikenali sbg belakang laut disana..dan masyarakat sabah menganggap anjing laut ini sebagai setan..betul ke??mengapa anjing laut digelar dan dianggap seperti itu??