Tuesday, April 28, 2009

Cina Islam

korang pernah terbayang, masa baca tahlil kat rumah melayu, orang cina yang lead?

pernah terbayang, yang baca talkin kat kubur melayu imam bangsa cina?

korang pernah pernah jadik makmum blkng sorang cina mualaf?

ni yang berlaku pada aku dalam dua kejadian dua mnggu lepas. muktamar dewan pemuda pas kawasan gopeng dirasmikan oleh sdr K.Y Tiang Abdullah. dia ni exco pemuda pas perak n setiausaha khas MB sah perak. aku sebak sedikit bila dia baca ayat-ayat al-quran dan memberi ucapan dalam bahasa melayu yang pelat cina. bukan apa, Allah Maha Besar, menciptakan manusia dari berbilang kaum dan bangsa, alangkah indahnya kalau lebih ramai cina yang menerima Islam sebagai aqidah mereka di negara kita. alangkah janggalnya aku melihat dalam puluhan manusia melayu, seorang cina mengajarkan Islam kepda mereka. dalam sedu aku panjatkan doa, agar lebih ramai lagi bangsa bukan melayu menjadi pemimpin Islam di negara ini..kerana Melayu sudah mula menanggalkan pakaian agama dan nilai mereka, mereka lebih berbangga dgn fesyen dan budaya luar, walaupun fesyen itu memaksa mereka berbogel.

dan aku bertanya, mengapa dalam 50 tahun negara ini diperintah oleh BN, tidak ramai org cina yang memeluk Islam? mungkin dakwah kita tidak sampai kepada mereka..

Orang cina ini resamnya adalah membaca..namun malangnya apabila mereka berjinak2 mahu membaca al-quran ada mufti yang mengatakan itu haram, ada puak yg melaporkan ke pihak berkuasa , kata mereka adalah berdosa dan satu jenayah bila kafir membaca ayat2 al-quran.
apakah mereka lupa, dalam 50 tahun pmerintahan mereka, berapa kerat dari sahabat2 mereka mampu membacakan al-quran dan terjemahannya.

tiada yang hina apabila seorang cina kafir membaca ayat al-quran dgn fasahah dan tajwid yang tak betul, kerana jutaan lagi melayu buta al-quran. yang hina, yang haram dan berdosa..adalah mereka yang menafikan perintah perlaksanaan undang2 Allah yang terpahat di dalam al-quran

Thursday, April 23, 2009

Sibuk

maaf, sudah beberapa hari gagal untuk mengisi sesuatu yang baru dalam blog ini. Kesibukan menghambat aku hari-hari kebelakangan ini. Memenuhi tanggungjawab kerja, politik, kerja sosial, menghabisi assignment untuk diploma kepimpinan islam aku, ditambah dengan tanggungjawab dua rumah, Ipoh dan Bidor (isteri aku masih satu....). Dalam 2-3 bulan ni aku akan mendaftar pulak kat satu kolej swasta, nak ambil diploma perbankan islam. nasib baik aku tak submit borang permohonan Master lagi...

InsyaAllah ada masa n idea nanti aku tulis la sesuatu kat blog ni. ni aku postkan satu komen dari cikgu aku. Kalau seorang anok kelate boleh menyedari masalah di sabah, apakah kita anak sabah masih mahu terus membuta dan membisu?

Haris,
Selain masalah pengenalan diri banyak lagi masalah yang memerlukan kepada penyelesaian yang tuntas. Antaranya:

1. Penghayatan terhadap agama Islam. Ini yang paling asas. Di SMK Sandakan, aku pernah mendidik seorang pelajar yang bernama Charles. Bila aku tanya akan agamanya, dia hanya menjawab dengan pandangan mata yang menampakkan kekeliruan. Lalu kawan di sebelahnya memberitahu: "Kadang-kadang dia pergi masjid pada hari Jumaat, kadang-kadang dia pergi gereja pada hari Ahad". Rupa-rupanya dia dilahirkan dalam keluarga yang bercampur-aduk, ibunya Muslim, manakala ayahnya seorang Kristian.Aku juga pernah mendidik seorang pelajar yang bernama Siti Aishah, Azlina Awang, Irwan Haji Osman, tapi semuanya Kristian. Bila diselidiki, mereka dilahirkan sebagai muslim, tetapi kehancuran rumah tangga ibu bapa mereka menyebabkan mereka jauh tergelincir. Irwan, si pelajar Kristian ini pandai baca Quran, katanya pernah khatam Muqadam, seorang pelajar yang cemerlang, begitu hormat akan guru-guru, tetapi sayangnya telah beralih kiblat.

2. Masalah pengenalan diri; masalah yang tipikal. Banyak anak didikku yang mempunyai masalah ini. Yang datang dari kawasan Kinabatangan, Pamol, Penanggah, Suan Lamba, Gomantong (sekadar menyebut beberapa nama tempat terpencil), mereka bermasalah untuk mengutip pengenalan diri lantaran ibu bapa yang buta huruf dan tidak tahu bahawa hidup di muka bumi ini ada peraturannnya. Ada masalah peneganalan diri yang kadang-kadang nampak melucukan, tetapi amat menyaklitkan hati: ayah dan ibu mempunyai IC biru, abang dan kakak juga punya IC biru, tetapi "aku" tidak layak untuk memperoleh IC walau apa warna sekalipun. Terlalu aneh!

3. Masalah kewangan dan ekonomi yang menghimpit; banyak juga anak didikku yang terpaksa menyembelih masa depan mereka lantaran masalah kewangan. Ada guru yang tidak memahami, lalu saban hari menuntur agar dibayar yuran sekolah dan juga yuran peperiksaan. Jumlahnya terlalu besar bagi "baliau" yang hanya menjadi buruh kasar di kem2 pembalakan. Apabila si guru selalu menyebut2 di depan kelas tentang yuran dan pembayaran yang tertunggak, maka si pelajar ini berasa malu, lalu mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. Ada yang sempat aku pujuk, Alhamudillillah, meneruskan persekolahan seperti biasa. Ada juga,dalam diam aku melunaskan yuran mereka (pembaca blog ini sahaja yang tahu akan rahsia ini sebab aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa, kerana bagiku itu adalah JIHAD kepada anak bangsa, tetapi ramai juga yang terus menjauhkan diri.

4. Matador, Rambo, Kitaro dan entah apa-apa lagi.

5. Perkauman dan Assabiyah yang terlalu tinggi. Sekitar '97 (kalau aku indak silap) Bugis dengan Suluk "bertempur" di BDC, TB Ward dan Kg Forest. Dan masing2 berbangga dengan suku kaum masing2, bukan hanya dalam kalangan pelajar, malah guru2 tempatan pun sama. AKu hanya mengeleng-gelengkan kepala...

Lalu Haris, aku selalu berpesan kepada mana-mana anak didikku yang berkesempatan, bila sudah berkemampuan dan berilmu, berbaktilah kepada anak bangsa sendiri. Ubahlah nasib rakan seagama dengan kita, tak kira Bugis, Suluk, Sungai, Bajau, Cocos, dan entah apa-apa lagi. Di Telupid, masih ada lagi anak-anak yang berkaki ayam pergi ke sekolah, sedangkan situasi itu hanya berlaku pada tahun 60-an sahaja di bumi semananjung.

Haris, berjuanglah!

Thursday, April 16, 2009

IC?

aku ada sorang kawan, budak pandai. cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum. best studentlah. keputusan exam STPM mmg superb, kalau minta mana2 course pun xde masalah. tapi dia tak bleh nak lanjutkan pelajaran, dia kena stop sampai takat tu . sebab dia xde IC..

benda ni adalah perkara biasa dan sering berlaku di sabah. ramai pelajar yang cemerlang dari segi akademik gagal untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana masalah dokumen pengenalan diri.

dorang ni bukan pendatang, cuma mak bapak dorang je yg pndatang. dorang adalah anak2 yang lahir di bumi bertuah ini, tapi nasib mereka malang kerana tidak dilahirkan bersama-sama sebuah kewarganegaraan.

berbeza dengan rakan2 yg mempunyai IC, keberadaan mereka sebagai warga tempatan menyebabkan sindrom 'pribumi malas' melingkari budaya hidup mereka. rasa selesa menyebabkan deria pergelutan untuk kecemerlangan menjadi lemah. ramai yang tidak mampu untuk bersaing dengan pelajar2 dari bangsa pendatang. aku tak kata semua....

akhirnya timbul prasangka dan prejudis apabila bilangan pelajar dari bangsa pendatang melebihi jumlah pelajar warga pribumi di IPT. itupun selepas ditolak sebilangan mereka yang tidak mempunyai IC

aku pun tak tahu apa penyelesaian bagi masalah ini. anak2 cemerlang ini akhirnya mensia-siakan atau lebih tepat disia-siakan potensi mereka. apakah ada lagi harapan bagi masa depan mereka...atau mereka meneruskan kehidupan sebagai gelandangan...

Wednesday, April 15, 2009

wa salute la

shuffle..org dulu2 panggil breakdance. kalau tnya budak2 skrng confirm dorng lebih tahu pasal shuffle dari hukum tajwid. kalau pegi mana2 pun nampak budak2 muda tgh menari shuffle.kadang2 best gak performance dorang, tapi banyk yg aku geli. muka ganas giler, tapi menari tepi jalan, apa barang beb.


zaman aku, breakdance dah mati, rap pun dah x berapa dah. masa tu lagu2 eddie hamid tgh naik. giler lentok, kalau nyanyi sekali dgn emosi, leh menangis woo..band2 mcm UK's, slam, scoin, spoon dll mmg leh carik makan masa tu. nyanyi jiwang sket, pastu wat muka sedey, air mata mcm nak leleh, confirm leh jual album.tpi kalau dengar lagu2 tu balik, leh tergelak sorang2. punyalah poyo lirik dia.


masa kat sekolah dulu ada gak beberapa mkhluk yg layan muzik ni. masa tu aku mmg tak into sgt bab2 muzik mainstream ni. paling mainstream pun aku pernah layan OAG..hahah..tu mainstream ke? nirvana (masa tu curt cobain baru mati), snakepit, cromok, as-sahar, megadeath , tu kumpulan2 yang kadng2 aku dengar gak lagu dia, tu pun sbb roomate aku kutu metal.


bagi aku, muzik ni cuma alternatif hiburan. kalau ko rasa muzik lebh mendamaikan dari bacaan ayat al-quran, lantaklah..tpi yg pening bila ada plak yg jadikan muzik ni sebagai cara hidup dorang. tu yg ada smpai amik punk, metal, blackmetal sebgai agama dorang. yang pkai baju ala2 penyanyi rap, ghotic, makan sampah, cakp mencarut, sbb nak menghayati muzik aliran dorang. yang ni jenis mmg fanatik giler, snggup mati demi muzik yg dorang perjuangkan. dlu satu masa kat malaysia pun ada..geng 4U2C vs KRU..macam hampeh..ntah apa2.




tapi x semua pengaruh muzik ni x elok. kalau korang tengok lagu otai2 nasyid macm raihan, rabbani, qathrunnada, dorang pun bawa budaya islamik melalui muzik. kopiah, baju melayu, muzik islami, ni adalah pengaruh dari muzik dorang.



sbb tu aku support sgt saranan tuan guru nik aziz utk mnjadikan muzik sebagai saluran utk dakwah. bila geng2 otai rock mcm amy, renggo, eto, akil (ni org kmpung aku ni..hahah) dekat dgn PAS, tuan guru mengalu2kan kehadiran dorang. bahkan tuan guru sampai tangkap lelehlah bila amy nyanyikan lagu rock berunsur ketuhanan.


kata tuan guru " saya nak orang tengok dalam PAS semua ada..tok guru buat cara tok guru..penyanyi rock buat cara penyanyi..yang penting semua menyeru kepada Islam../

sehari

Hari isnin lepas aku turun KL. Aku decide guna bas sebab aku rasa tak larat bawa kereta sorang2 gi KL dalam keheningan seperempat malam. park kereta kat medan gopeng pastu amik bas ekspress kul 5. aku kena attend satu simposiom pasal perbankan Islam dan kena sampai sebelum kul 8. ada beberapa peristiwa sepanjang perjalanan aku yg membuatkan aku rasa kalau kita nak buat Islam kat malaysia ni, dalam keadaan sekarang memang susah.

yang aku bengang sangat bukan psal apa. ni cerita pasal drebar bas ekpress transnasional ni lah. ada ke patut dia tak berhenti utk solat subuh. bas tu bertolak kul 5 pagi, sampai KL dalam kul 7.30, sepatutnya dia budget la berhenti mana2 solat dulu,,ye tak..ni dengan muka tak berdosa dia bley bawa bas tu. yang pelik takde sorang pun yang sound mamat ni, pastu ucap terima kasih lak. aku igt mamat ni nak berhenti la kat R&R sg. buloh, so aku tak tanyalah dia nak berhenti ke tak, tapi rupe2nyer dia perderas jugak masuk KL, sbb takut jammed katanya. jammed takut, dengan tuhan leh negotiate plak pasal solat2 ni. nasib baik aku amik wudhu'. bl;eh la kau solat duduk, yanga len tu? sanggup ke dia tanggung dosa semua penumpang tak solat tu..hampeh tol.

pastu masa program pasal perbankan islam tu, aku rasa moleklah. walaupun aku baru tahu, perbankan Islam yang kita guna sekarang ni, memang tak follow syariat dan banyak perkara yg masih berbau konvensional. tapi yg sedihnya bila tang makan plak kena berdiri. bercakap soal muamalat tu ok dah, smpai tang adab makan ni tak jaga sket..

jadik dipendekkan cerita, masa balik tu aku ambik train KTM. trauma, sbb tadi tengok accident bas ekpress masa lalu bukit beruntung. aku ingt dalam tren selama ni ada musolla, rupenyer takde. kalau tandas boleh buat, xkan tmpat utk solat susah benor nak diadakan..ye tak. tapi sebab aku musafir blehla aku jamak. macam mana kalau perjalanan tu memakan masa pnjang..mana dorang nak solat?

peristiwa sehari tu benar2 menginsafkan aku, betapa dalam sbuah negara yg manjoritinya orang islam, pengamalan islam itu masih terlalu sukar sebenarnya.

Friday, April 10, 2009

From bukit gantang with love

sorila korang..aku lama x hapdet blog aku. bz skek. maklumlah kami kat perak baru lepeh "pesta mee udang". pasni aku rasa 3 keturunan udang2 kat kual sepetang tu pupus. mau makan 3-4 tahun gak baru ada udang besor. mana idaknya dari perlis hingga ke sabah, datang melantak mee udang. idak pulak deme mencari roti canei ke, nasik lemak jande ke. ni sarapan pagi, lunch, membawa ke makan malam, mee udang jugak dimengketedarah deme.

nak cerita pasal PRK bukir gantang pun xde idea, aku rasa semua bloggers dah cerita pasal PRK p.059 tu. ada yg cerita pasei pengundi hantu, orang pas yg makin ramei, puteri umno yg montok2, jadik aku xnak lah tambah lagi, kome cariklah sendirik cerita tu.

cume aku nak berkabor pasei disiplin orang pas, espclly di upu kuala terong, bawah dun trong. walaupun deme kalah, tapi aku respek ke deme. petang abis je tempoh mengundi, tgh lepak makan nasi lemak awek lawa dgn ketua urusan ulama' gopeng n ustaz ali, aku tgok deme dah start cabut bndera Aku sbnrnya niat nak pose ari tu, tpi ramei sgt mnggoda aku nak blnja makan, terpksa la aku merelakan diri ku dibelanja). pengiraan belum start lagik, keputusan pun x tau, tapi deme dah bersihkan semua bndera n poster calon pas. ni lah org pas, tak sior deme ke kemegahan. tatkala org len sibuk menempel di markaz ayor kuning, deme tanpa apa2 imbuhan sukarela mmbersihkan kawasan. termasuklah aku tgok geng2 kelab penyokong pas.

n masa aku round2 (keja aku meround je ari tu ) pusat pengundian, aku terjumpa dgn YB dr. zulkifli, dia turut merayu undi di pusat pengundian dewan org ramai kg. tebok. respek kume kat dia, kerja bergelumang, berpaneh terik dgn ahli2 pas yg lain. malam plak dia tido pkai toto je kat masjid. walaupun ada sesetgh pimpinan pas yg dtng dgn perarakan keta2 besor, sapa aateh keta je, tpi lantak deme la, aku bukan kerja utk deme. cumernya kalau boleh turunkan la level tu sket.

aku x smpt nak snap gmbor ari tu, tertnggal dalam keta. cume kami sebagai petugas pas khususnya legal team merasa amat dihargai apabila YAB DS nizar sudi utk bertemu kami ptang tu, dan kami merupakan org pertama yg nizar temui slps kemgetahui kemenangan PAS. aku postla sebijik gambor kat sini.


gambar legal team pas dari kelantan,johor, perak, selangor dan seperti biasa aku mewakili sabah bergambor bersama DS Nizar.

Thursday, April 2, 2009

Penamaan Calon

Gambar-gambar menarik pada penamaan calon P.059 di blog ni. respek la lu brader
Penamaan Calon


Wednesday, April 1, 2009

Ape ke heinya?

Aku pun tak tahu apa sebenarnya mesej yang umno ni nak bawa..ni star of david, lambang yahudi. pasni ada plak ler yg rajin nuduh org pas yang buat.