Wednesday, April 15, 2009

sehari

Hari isnin lepas aku turun KL. Aku decide guna bas sebab aku rasa tak larat bawa kereta sorang2 gi KL dalam keheningan seperempat malam. park kereta kat medan gopeng pastu amik bas ekspress kul 5. aku kena attend satu simposiom pasal perbankan Islam dan kena sampai sebelum kul 8. ada beberapa peristiwa sepanjang perjalanan aku yg membuatkan aku rasa kalau kita nak buat Islam kat malaysia ni, dalam keadaan sekarang memang susah.

yang aku bengang sangat bukan psal apa. ni cerita pasal drebar bas ekpress transnasional ni lah. ada ke patut dia tak berhenti utk solat subuh. bas tu bertolak kul 5 pagi, sampai KL dalam kul 7.30, sepatutnya dia budget la berhenti mana2 solat dulu,,ye tak..ni dengan muka tak berdosa dia bley bawa bas tu. yang pelik takde sorang pun yang sound mamat ni, pastu ucap terima kasih lak. aku igt mamat ni nak berhenti la kat R&R sg. buloh, so aku tak tanyalah dia nak berhenti ke tak, tapi rupe2nyer dia perderas jugak masuk KL, sbb takut jammed katanya. jammed takut, dengan tuhan leh negotiate plak pasal solat2 ni. nasib baik aku amik wudhu'. bl;eh la kau solat duduk, yanga len tu? sanggup ke dia tanggung dosa semua penumpang tak solat tu..hampeh tol.

pastu masa program pasal perbankan islam tu, aku rasa moleklah. walaupun aku baru tahu, perbankan Islam yang kita guna sekarang ni, memang tak follow syariat dan banyak perkara yg masih berbau konvensional. tapi yg sedihnya bila tang makan plak kena berdiri. bercakap soal muamalat tu ok dah, smpai tang adab makan ni tak jaga sket..

jadik dipendekkan cerita, masa balik tu aku ambik train KTM. trauma, sbb tadi tengok accident bas ekpress masa lalu bukit beruntung. aku ingt dalam tren selama ni ada musolla, rupenyer takde. kalau tandas boleh buat, xkan tmpat utk solat susah benor nak diadakan..ye tak. tapi sebab aku musafir blehla aku jamak. macam mana kalau perjalanan tu memakan masa pnjang..mana dorang nak solat?

peristiwa sehari tu benar2 menginsafkan aku, betapa dalam sbuah negara yg manjoritinya orang islam, pengamalan islam itu masih terlalu sukar sebenarnya.

2 comments:

Cikgu Metal said...

Haris,
Dulu, semasa masih lagi belajar di UM, bas xpreslah yang menjadi pengangkutan rasmi dari KB ke KL. Seingat saya, selama hampir 4 tahun menggunakan bas xpres, saya tidak pernah ketinggalam untuk bersolat Subuh. Kadang-kala bas tersebut terlambat kerana rosak, tetapi pemandunya tetap memastikan para penumpangnya boleh bersolat. Pernah kami semua solat di tepi sebatang jalan raya kerana kelewatan.
Dan semua pemandu bas xpres tersebut ialah orang-orang Kelantan. Dan mungkin inilah sebabnya mengapa dacing senget sampai sekarang masih lagi terkial-kial untuk mengerhanakan bulan purnama di tanah serendah sekebun bunga! Tetapi di bumi Perak terpaksa menunggu hampir 50 tahun untuk bulan memunculkan dirinya...sebab pemandu bas xpresnya lebih takut akan kesesakan jalan raya daripada perintah Yang Maha Kuasa.

sandakanorigins said...

tu la psal cikgu, bukan nak kate apa, tpi majoriti yg dalam bas tu pun org Islam, tu yg lagi haru tu