Thursday, April 23, 2009

Sibuk

maaf, sudah beberapa hari gagal untuk mengisi sesuatu yang baru dalam blog ini. Kesibukan menghambat aku hari-hari kebelakangan ini. Memenuhi tanggungjawab kerja, politik, kerja sosial, menghabisi assignment untuk diploma kepimpinan islam aku, ditambah dengan tanggungjawab dua rumah, Ipoh dan Bidor (isteri aku masih satu....). Dalam 2-3 bulan ni aku akan mendaftar pulak kat satu kolej swasta, nak ambil diploma perbankan islam. nasib baik aku tak submit borang permohonan Master lagi...

InsyaAllah ada masa n idea nanti aku tulis la sesuatu kat blog ni. ni aku postkan satu komen dari cikgu aku. Kalau seorang anok kelate boleh menyedari masalah di sabah, apakah kita anak sabah masih mahu terus membuta dan membisu?

Haris,
Selain masalah pengenalan diri banyak lagi masalah yang memerlukan kepada penyelesaian yang tuntas. Antaranya:

1. Penghayatan terhadap agama Islam. Ini yang paling asas. Di SMK Sandakan, aku pernah mendidik seorang pelajar yang bernama Charles. Bila aku tanya akan agamanya, dia hanya menjawab dengan pandangan mata yang menampakkan kekeliruan. Lalu kawan di sebelahnya memberitahu: "Kadang-kadang dia pergi masjid pada hari Jumaat, kadang-kadang dia pergi gereja pada hari Ahad". Rupa-rupanya dia dilahirkan dalam keluarga yang bercampur-aduk, ibunya Muslim, manakala ayahnya seorang Kristian.Aku juga pernah mendidik seorang pelajar yang bernama Siti Aishah, Azlina Awang, Irwan Haji Osman, tapi semuanya Kristian. Bila diselidiki, mereka dilahirkan sebagai muslim, tetapi kehancuran rumah tangga ibu bapa mereka menyebabkan mereka jauh tergelincir. Irwan, si pelajar Kristian ini pandai baca Quran, katanya pernah khatam Muqadam, seorang pelajar yang cemerlang, begitu hormat akan guru-guru, tetapi sayangnya telah beralih kiblat.

2. Masalah pengenalan diri; masalah yang tipikal. Banyak anak didikku yang mempunyai masalah ini. Yang datang dari kawasan Kinabatangan, Pamol, Penanggah, Suan Lamba, Gomantong (sekadar menyebut beberapa nama tempat terpencil), mereka bermasalah untuk mengutip pengenalan diri lantaran ibu bapa yang buta huruf dan tidak tahu bahawa hidup di muka bumi ini ada peraturannnya. Ada masalah peneganalan diri yang kadang-kadang nampak melucukan, tetapi amat menyaklitkan hati: ayah dan ibu mempunyai IC biru, abang dan kakak juga punya IC biru, tetapi "aku" tidak layak untuk memperoleh IC walau apa warna sekalipun. Terlalu aneh!

3. Masalah kewangan dan ekonomi yang menghimpit; banyak juga anak didikku yang terpaksa menyembelih masa depan mereka lantaran masalah kewangan. Ada guru yang tidak memahami, lalu saban hari menuntur agar dibayar yuran sekolah dan juga yuran peperiksaan. Jumlahnya terlalu besar bagi "baliau" yang hanya menjadi buruh kasar di kem2 pembalakan. Apabila si guru selalu menyebut2 di depan kelas tentang yuran dan pembayaran yang tertunggak, maka si pelajar ini berasa malu, lalu mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. Ada yang sempat aku pujuk, Alhamudillillah, meneruskan persekolahan seperti biasa. Ada juga,dalam diam aku melunaskan yuran mereka (pembaca blog ini sahaja yang tahu akan rahsia ini sebab aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa, kerana bagiku itu adalah JIHAD kepada anak bangsa, tetapi ramai juga yang terus menjauhkan diri.

4. Matador, Rambo, Kitaro dan entah apa-apa lagi.

5. Perkauman dan Assabiyah yang terlalu tinggi. Sekitar '97 (kalau aku indak silap) Bugis dengan Suluk "bertempur" di BDC, TB Ward dan Kg Forest. Dan masing2 berbangga dengan suku kaum masing2, bukan hanya dalam kalangan pelajar, malah guru2 tempatan pun sama. AKu hanya mengeleng-gelengkan kepala...

Lalu Haris, aku selalu berpesan kepada mana-mana anak didikku yang berkesempatan, bila sudah berkemampuan dan berilmu, berbaktilah kepada anak bangsa sendiri. Ubahlah nasib rakan seagama dengan kita, tak kira Bugis, Suluk, Sungai, Bajau, Cocos, dan entah apa-apa lagi. Di Telupid, masih ada lagi anak-anak yang berkaki ayam pergi ke sekolah, sedangkan situasi itu hanya berlaku pada tahun 60-an sahaja di bumi semananjung.

Haris, berjuanglah!

No comments: