Monday, November 30, 2009

pecah

perpecahan dalam sejarah perjuangan Islam bukan perkara baru, meneroka dan menerjah kembali sejarah akan menemukan kita dengan kisah-kisah perit pertembungan sesama mereka yang mengaku memperjuangkan agama. para sahabat selepas kewafatan rasulullah juga tidak terlepas dari perbezaan dan pembentukan puak-puak berdasarkan aliran pemikiran. lihat sahaja pertentangan idea di antara abu bakar dan umar, antara ali dan muayiwah, othman dan sebilangan besar sahabat-sahabat. namun apa yang kita yakini perbezaan pandangan dan idea mereka adalah berasaskan ilmu, walaupun tidak dinafikan sebagai manusia biasa sudah pastinya ada kelemahan yang membawa kepada penentangan dari pihak-pihak lain.
sejarah juga menukilkan betapa khilafah Islam menemui ajal akibat perpecahan dan permusuhan sesama mereka. kehancuran khilafah muawiyah, abbasiah, fatimiyah, dan juga uthmaniah banyak disebabkan oleh perpecahan dalaman dan faktor kekuatan musuh amat sedikit menjadi akibat keruntuhan empayar Islam.
didalam gerakan Islam pasca khilafah, perpecahan dan perbedaan pendekatan juga menular di dalam jemaah, ikhwanul muslimin, jamiat Islami, parti refah dahulunya milli salamet, nahdatul ulama ataupun muhammadiyah adalah gerakan-gerakan Islam yang terpaksa melalui proses pemurnian dan pembersihan dalaman. tidak sedikit pimpinan tertinggi mahupun ahli yang tidak melepasi tanzim ini, malahan ada yang membawa diri dan terus berdiri di pihak yang pernah mereka musuhi ketika di dalam jemaah dahulu.
Parti Islam Semalaysia (PAS), sebegai sebuah gerakan Islam tidak terlepas dari melalui proses saringan ini. Malahan sejarah menukilkan betapa pimpinan yang mengasaskan pas sendiri hanyut di dalam proses ini. presiden pas, timbalan presiden, ketua dewan ulama', ketua pemuda pusat hanyalah sebahagian dari sejarah yang perit itu.
Tetapi denyut nadi perjuangan Islam di dalam pas tidak mati dengan gugurnya nama-nama besar itu, malahan semakin laju dan berdegup kencang bagai genderang mahu perang. proses ini telah berjaya mematangkan pas sehingga mampu bangkit dari kekecewaan demi kekecewaan dalam pilihanraya untuk menjadi parti yang mengetuai 3 buah negeri. malahan pas hampir mempunyai kekuatan yang sama dengan bn yang ditunjangi oleh komponen kerajaan.
kemenangan yang diperolehi di dalam pilihanraya ke-12 rupa-rupanya adalah ujian dari Allah untuk sekali lagi memproses isi kandungan jemaah ini. bahtera yang tenang belayar di lautan dalam, rupa-rupanya telah reput dimamah usia dibahagian terasnya. anak-anak kapal yang dahulu sanggup bersusah payah bermandi keringat dan darah demi agama, terkesima melihat orang atasan kapal sibuk membina kapal baharu dari kekayaan yang mula bertimbun. tidak kurang juga khabar angin yang bertiup ada yang mahu meminta bantuan dari kapal lanun atas dasar persaudaraan laut dan dari daratan yang sama.
mujurlah nakhodanya terus teguh dan tegap di huluan kapal, memacu bahtera walaupun kelam di hadapan semakin hitam, ombak membadai menggulung ganas, angin dan air bercampur menjadi pembunuh yang kejam. tuan guru nik aziz terus kukuh mempertahankan kapal yang terbina atas dasar aqidah dan tidak sama sekali terpalit dengan agenda bangsa mahupun suku.
kalau sejarah boleh berbicara pastinya sudah lama ia berbisik pada telinga kita, betapa ia akan datang kembali. kalau dulu bahana dan gelombang proses pembersihan ini menghanyutkan kepimpinan tertinggi pas, tiada apa yang mustahil kali ini proses itu akan berulang.
kalau akidah islamiyah yang menjadi tiang seri perjuangan ini dikompromikan dengan anutan nasionalisme dan kebangsaan, maka tunggulah saatnya kehancurang datang menimpa. sebelum kehancuran itu tiba, pembuat onar dan makar walau apa pun jawatan dan kedudukannya harus melalui proses pembersihan. kalau mereka lulus, kita akan angkat mereka jauh lebih tinggi dari sebelumnya, tapi kalau mereka gagal, maka perjuangan ini tidak pernah mengenal erti belas pada munafik dalam perjuangan.
kalau gelombang kali ini terus membadai dan menghempas bahtera sehingga retak dua, tiga, lima atau seribu, maka itulah lumrah yang harus diterima. persoalannya ke mana hala tuju anak-anak kapal yang setia dengan bai'ah untuk terus bersama Islam. mahu bersama dengan kapal lanun yang mewah dan gagah bersama-sama sebahagian bekas atasan , dan terus melaungkan perjuangan agama walaupun pada bahtera lanun yang noda, atau terus berpaut pada pecahan-pecahan kapal dengan doa agar daratan datang memanggil, agar bisa membina bahtera baru atas dasar yang dibai'ah bersama.

Monday, November 9, 2009

Persepsi

Ada 2 jenama biskut coklat yang berbeza, kedua-duanya mengatakan jenama mereka adalah biskut coklat yang asli dan terbaik. Mereka juga mendakwa bahawa jenama yang satu lagi adalah jenama tiruan dan mungkin berbahaya kepada kesihatan jika dimakan.


Jenama biskut coklat yang pertama adalah jenama yang sekian lama menjadi pilihan pengguna. Dengan melabur sekian banyak wang bagi tujuan pengiklanan, promosi dan juga rangkaian pemasaran yang luas, jenama biskut coklat mereka agak sukar digugat oleh jenama lain. Walaubagaimanapun , baru-baru ini satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pakar pemakanan dari sebuah institut kesihatan mendapati bahan-bahan yang digunakan oleh jenama ini tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan. Malahan dikhuatiri bahan yang digunakan diragui status halalnya. Ini telah menyebabkan penjualan produk mereka merudum dengan drastik malahan beberapa kilang mereka di beberapa buah negeri terpaksa ditutup. Untuk lebih mudah kita panggil jenama coklat ini sebagai 1Malaysia Chocolate Biscuits atau ringkasnya 1MCB.


Jenama yang satu lagi adalah pesaing kepada 1MCB sejak sekian lama. Mereka juga mendakwa biskut coklat mereka adalah yang terbaik, asli dan dibuat dari bahan-bahan yang tidak berbahaya serta dijamin status halalnya. Ini disokong oleh kakitangan dan pekerja mahir dalam bidang koko, nutrisi makanan, panel syariah dalam bidang makanan dan juga pekerja-pekerja bawahan yang komited. Walaubagaimanapun jenama ini sukar untuk menembusi pasaran utama kerana kekurangan promosi serta rangkaian pemasaran yang agak terhad. Mereka menamakan jenama biskut coklat mereka Biskut Coklat Kebajikan : Satu Ummah, Satu biskut Coklat. ( BCK).


Menyedari saingan yang semakit hebat dari jenama BCK, 1MCB telah melancarkan projek penjenamaan semula atau re-branding bagi produk mereka. Mereka telah mengeluarkan sejumlah besar peruntukan untuk membaiki imej mereka dengan melancarkan pek bungkusan baru yang lebih mesra pengguna, kerjasama dengan badan-badan kebajikan dengan menaja program-program mereka, memberi peruntukan kepada NGO-NGO kepenggunaan dan bersifat Islamik , disamping iklan dan promosi yang lebih agresif dan mensasar kepada semua golongan. Kajian terbaru yang dijalankan menunjukkan indeks kepercayaan pengguna kepada 1MCB melonjak dan hampir menyamai rekod jualan sebelum isu berkenaan kandungan produk mereka terbongkar.

Menyedari tentang pentingnya makanan halal kepada pembinaan insan, beberapa cendikiawan muslim telah mengeluarkan kritikan kepada pengurusan BCK kerana kegagalan mereka mengambil tindakan pro-aktif bagi menyaingi 1MCB. Malahan ada yang sampai ke tahap menggesa agar CEO BCK meletak jawatan dan memberikan laluan kepada pegawai-pegawai yang lebih berkelayakan. Namun saranan tersebut telah diselar oleh sekumpulan pegawai dan kakitangan yang kebanyakannya mempunyai latar belakang dalam industri biskut coklat seperti CEO yang mempunyai kelulusan sarjana dalam bidang Penyediaan Makanan Berasaskan Koko. Mereka menyanggah pendapat tersebut kerana ia datang dari cendikiawan dalam bidang pembuatan sarung tangan getah dan agak mustahil mempunyai pengetahuan dalam industri biskut coklat.

CEO dan beberapa pegawai tertinggi BCK juga menolak saranan dari pelbagai pihak untuk mereka meletak jawatan. Fakta yang dikemukakan mereka adalah mereka yakin dengan jenama yang ada sekarang, dan mereka juga tidak meragui tentang bahan dalam biskut coklat mereka. Apa yang penting bagi mereka adalah bahan itu asli, sihat dan halal, isu jenama, promosi atau pembungkusan tidak penting. Mereka juga menegaskan bahawa pekerja-pekerja mereka adalah terdiri dari mereka yang ikhlas bekerja untuk kemajuan industri koko dan tidak pernah mempersoalkan tentang pengurusan apatah lagi soal bonus dan gaji.

Pihak BCK juga mendakwa semua kritikan terhadap produk mereka adalah dirancang oleh 1MCB untuk memburuk-burukkan produk mereka dan saranan yang dibuat oleh golongan cendikiawan adalah berniat jahat, biadap, dan berkemungkinan adalah agen 1MCB.

Pada mereka persepsi pengguna tidak penting, yang fardhu adalah mencari yang halal, dan mereka meyakini produk mereka adalah satu-satunya produk halal dan 100% buatan Melayu-Muslim.

Tuesday, October 27, 2009

Ramai yang bertanya tentang pandangan saya berkaitan dengan isu kenyataan Tuan Guru Nik Aziz untuk mengadakan Muktamar Khas untuk menangani sikap sesetengah pimpinan PAS yang dilihat pro-umno. Secara terbuka saya katakan walau ada sesetengah pandangan yang memperkecilkan kemampuan tuan guru dari dalam dan luar parti, saya akan tetap mempertahankan pendirian tuan guru. saya sayangkan PAS, tapi saya mencintai Islam lebih dari segalanya. Allah bersama Tuan Guru Nik Aziz.

Thursday, October 22, 2009

Monday, October 19, 2009

Batu Gajah..lu orang memang best

tengok orang datang macam nak buat umrah semalam aku dah cuak. kalau ikutkan anggaran kitorang, paling ramai pun dalam 6000 orang ja datang, campur dengan bebudak sekali. tapi semalam jumlah kehadiran double dari jumlah target. ikut jadual program bermula pukul 12 dengan ceramah-ceramah dulu, tapi pukl 11.30 orang ramai dah buat muka lapar, terpaksa makan-makan didahulukan, jangankan ucapan nak doa makan tak sior dema tunggu. kang kalau dibior deme tunggu, riso berlaku rusuhan.

Alhamdulillah dalam pukul 2 hampir semua makanan dan minuman dah licin. lemang. soto, sate, nasi himpit, kuah kacang, rendang, bihun sup, cendol, keropok lekor semua menemui 'ajal' semalam. malam tadi kitorang masak 10 kawah nasik minyak, dalam satu kawah tu ada dalam 60 kilo, korang kiralah sendiri berapa ratus kilo nasi habis semalam. tak sia-sia masak sampai ke subuh. sesuap pun aku tak dan nak rasa nasi minyak tu. ni gambar-gambar sebagi bukti
ramainya hamba Allah yang hadior semalam.
ni baru mula, kerusi dah tak cukup.

makcik-makcik ni aku syak tengah gosip pasal akil hayy

:uiii sedap cendoi ni

:benda free memang la sedap

otai-otai gopeng sedang bermuzakarah dengan YDP. dengar khabar dorang tunggu sampai habis ari semalam , tak puas hati tak dapat duit raye kabornya. perangai cam bebudak

ni kalau YB midah tengok ni, menggelupur dia

Berlagak budak-budak ni, lesen pun tadak lagi. korang tak turun 24hb, gua rempit depan rumah korang.

Tuesday, October 6, 2009

Bahaya Dari Bagan Pinang

Port Dickson - Persatuan Bomoh Patah & Santau semalaysia (Bohsau) memberi amaran kepada masyarakat tempatan dan pengunjung di Bagan Pinang tentang sebilangan dari penduduk di situ yang mengamalkan ilmu 'penderas lima'. Pengamal ilmu ini dikatakan mampu mencederakan mangsanya dengan hanya mencuit atau menyentuh lembut permukaan kulit mangsa dan boleh menyebabkan mangsa mengalami lebam-lebam, patah tengkuk, muntah-muntah, koyak tisu lembut dan kesukaran bernafas.



Jurucakap Bohsau Pawang Isa Samek, menyatakan mangsa yang tidak mendapatkan rawatan segera berisiko untuk mengalami kecacatan otak yang kekal seterusnya boleh mengakibatkan maut sekiranya kecederaan dalaman yang dialami serius.


" bule mampuih jang. bondo ni jangan dibuek main, kang tak pasal-pasal ekau tergolek tongah jalan" kata beliau. Beliau juga menasihati mangsa untuk mendapatkan rawatan dari hospital di kuala Lumpur, kerana hospital Port Dickson tidak mempunyai kepakaran merawat penyakit yang sukar dilihat dengan mata kasar ini.



Seorang mangsa, Raj Manikam A/L Nana Manikan mendakwa telah dicuit oleh 9 orang lelaki ketika sedang beratur mendapatkan nasi kandar yang diberikan secara percuma sempena perayaan deepavali.


" tenguk..tenguk..saya punya tungkuk juga ada sakit. ini lebam, sana lebam..ayoyo..ayoyo..amma.." kata beliau ketika dikejarkan ke hospital selepas menikmati nasi kandar di sini semalam. Beliau yang juga ketua Persatuan Kompang Melayu Sejati Bagan Pinang berjanji untuk membuat laporan rasmi ke Persatuan Peniaga Nasi Kandar Seseremban kerana kegagalan mereka memberikan perlindungan kepada pelanggan yang datang ke kedai mereka.



Tengok betul-betul kat sini, ni bukan lemak ni, ni bengkak ni. tengok yang hitam kat sini, eh kat sini, eh sini pun ada. Seorang sepupu Raj Manikan sedang menunjukkan bukti beliau dicuit dibahagian leher.


Ditanya sama adakah beliau tahu siapa dalang disebalik kejadian tersebut, beliau tanpa berselindung menuduh ahli-ahli dari Persatuan Peniaga Masakan Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, dan lain-lain atau ringkasnya 1Malaysia food.

" dia worang tarak puas ati sama saya sebab makan ini kedai. itu saya punya sukalah, mau makan ka, mau minum ka, saya punya suka mana mau. bulan puasa pun saya ada makan, apa salah" tegas beliau.



seorang rakan beliau, Subra Jaacob juga mendakwa cuba dicuit tapi terselamat kerana memakai pakaian tebal.

" i nasib baik you, dia ouls nak sentuh, tapi mak tak bagi, kalau tak , mak tak tahu la..eee ngeri akak" beliau dikatakan menemani Raj Manikan ketika kejadian berlaku.



Walaubagaimanapun wakil dari 1malaysia food menafikan dengan tegas tuduhan tersebut.

" mano ado dicuek orang budak golap tu. kalau dicuek orang sini, tak lobam dor..mampuih teruih". jurucakap 1malaysia food yang tidak mahu dikenali itu memberitahu wakil Berita Heran ketika ditemui sedang menyembelih seekor lembu di belakang restoran miliknya.

Friday, September 18, 2009

Wednesday, September 16, 2009

Tuesday, September 15, 2009

Lu jangan nak mengaku bugis la Najib

Dalam suasana hubungan yang kurang enak dengan Indonesia, ramai yang merasakan kerajaan Malaysia seolah-olah terlalu 'lembut' dengan sikap kerajaan dan rakyat Indonesia. Tapi bila aku terbaca artikel tulisan Yusuf Kalla, timbalan presiden indonesia, baru aku tahu, kenapa Malaysia kelihatan ' lembut'

Begitu juga dengan saya, selama terjun ke dunia politik saya tidak pernah melepas karakter bugis saya yang blak-blakan, dan sering dianggap kurang santun bagi mereka yang sangat menghargai etiket. Tapi itulah saya, saya sering mengatakan kepada teman-teman, jangan paksa saya jadi orang jawa. Menjadi orang bugis dan berkarakter keras kadang berguna juga. Waktu menyelesaikan kasus ambalat untuk pertama kalinya, saat itu saya menggunakan gaya diplomasi ala Bugis yang anda tidak dapatkan dalam literature strategi diplomasi. Waktu itu saya ke Malaysia bertemu dengan Perdana Menteri yaitu Najib. Saat itu ia ditemani oleh 5 Menteri dan saya juga ditemani oleh 5 Menteri plus Dubes kita. Saat pertemuan itu


saya bilang ke Najib “ Najib…Ambalat itu masalah sensitive, itu bisa membuat kita perang. Kalau kita perang, belum tentu siapa yang menang. Tapi satu hal yang mesti you ingat, di Malaysia ini ada 1 juta orang Indonesia, 1000 orang saja saya ajari Bom, dan mereka Bom ini gedung-gedung di Malaysia maka habislah kalian”

Saat itu pak Najib kaget, dia sadar sebagai sesama Bugis, ancaman saya bukan hanya gertakan belaka. Dia bilang ke saya “pak Jusuf, tidak bisa begitu

Saya bilang ke dia “makanya mari kita berunding, terus terang saya kadang tidak suka sama you punya Negara, Buruh-buruh Ilegal dari Indonesia ditangkapi kayak binatang, sedangkan majikannya tidak

ditangkap, padahal kalau ada buruh Ilegal maka tentu ada juga majikan illegal. Setiap ada Ilegal loging pasti orang Malaysia yang ambil, begitu ada kebakaran hutan mereka marah-marah, padahal hampir sepanjang tahun mereka menghirup udara segar yang dihasilkan oleh hutan-hutan di Indonesia, satu bulan saja ada kabut asap mereka marah marah. Dan juga setiap ada ledakan Bom di Indonesia selalu orang Malaysia dalangnya”

Waktu itu Pak Dubes langsung bisiki saya “Pak, Ini sepertinya sudah melewati batas diplomasi”

Saya langsung bilang ke dia “kau kan Dubes, yah sudah kau perbaikilah mana yang lewat”

Setelah itu, untuk menunjukkan ketidak sukaan saya kepada Malaysia saya menolak menginap di Kuala

Lumpur, saya bilang saya mau menginap di kampong Bugis di Johor sana. Akhirnya pak Najib ikut juga saya ke sana. Di atas mobil, dalam perjalanan menuju Johor Pak Najib Bilang ke saya “ Kayaknya bapak terlalu keras tadi waktu berunding”
Saya cuman bilang ke dia “kamu kan juga orang Bugis, kenapa kau tidak keras juga tadi?” mendengar itu dia cuman ketawa saja.

Malamnya di Johor, kita makan malam dan nyanyi-nyanyi, mengundang Siti Nurhaliza, sampai jam 1 malam dan kita ngantuk. Keesokan paginya kita main golf, dan saat itu juga masalah Ambalat selesai. Dengan gaya Diplomasi ala Bugis, saya tidak perlu memakai bahan yang sudah disiapkan oleh DEPLU semua spontanitas saja. Dan sampai sekarang kalau ada tentara Malaysia datang lagi di Ambalat, saya tinggal telpon Najib “Hey Najib, jangan lagi kau kirim, you punya tentara ke Ambalat, kita bisa perang nanti”


baca artikel penuhnya disini .

Thursday, September 10, 2009

Rogol!




Hutan dara
Anak dara
diperkosa
pembela?
sang penjaga?
Sedang bersenggama dengan lembu kepala!
tribute untuk anak-anak bangsa penan
ipoh 10/09/09

Emel dari Seorang warga Sandakan - Sabahdaily

Dear Editor,

THAT is the new definition for SESB! For the benefits all the Sabahan especially people in Sandakan, all of you should resign immediately as NONE of you, NONE of you knows what you are doing! Wait, there is one thing you can be proud of yourself though, under your "excellent" management, you have got Sandakan not only into the Malaysia Record Book but also the Guiness World Record for the followings:

1) The city with the most frequent power outage in the world

2) The city with the longest power outage in the world

See, you still deserve some credits! My foot!

People in Sandakan has suffered enough under all your management, please, if you still have some self pride or dignity left, resign immediately, leave your job to someone who can do better than you. People in Sandakan has been very patient and I think most of us are kind hearted and forgiven but NOT ANYMORE!!!!

All of you only knows how to talk and give all sort of excuses but no action. Promises after promises, but problem still exists, WHY? Why are we the only town in the country has to suffer like this? Why do we still need to pay the bill when you can't even provide consistent service? and don't you dare asking for increase in rate, that is rediculous and outrageous!

For all the INCONVENIENCES you created and the hardship we suffered in Sandakan, on behalf of people in Sandakan, I am demanding your hopeless company to :

1) Rebate in full, all the electricity bill for last six months for every single household and business company in Sandakan

2) Provide a unit of Generator Set for every single household and business company in Sandakan, free of charge.

3) Apologise to all the people in Sandakan in all the newspapers in Sabah in full page, with all your Directors and Managers pictures.

"We are living in a hopeless city, powered by a hopeless company, managed by a bunch of hopeless people!"

Last but not least, I will ensure this email is read by everyone in Sandakan and Sabah who has email address, all the ministers concerned, all the newspapers and I am expecting a reply from the MD of SESB on the date of your resignation.



FELIX KAH

A very, very unhappy resident in Sandakan

Tuesday, September 8, 2009

kalau jumpa muka mamat2 ni, korang tahu apa nak buat


The Return of Akhil


Ni aphal Akhil nak buat ceramah malam raya ni? tak bakor lemang ke Kil? apa-apapun kalau gua x balik kampung, gua datang la.


Friday, September 4, 2009

Siakap Senohong

Mak aku kata " Siakap senohong, gelama ikan duri, kalau pandai berbohong lama-lama jadi pencuri"
Tapi bagi aku " Siakap senohong, gelama ikan duri, mesti pandai bohong, kalau nak jadi menteri"




Harga petrol RON97 naik 20 sen

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 12 Mei - Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.

Langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.

Ia bagi menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas tarikh berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan termasuk yang berkuasa tinggi tidak perlu risau dengan kenaikan RON97 kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan minyak RON95.


Harga minyak naik?
31/08/2009 11:32am

OLEH ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa portal berita seperti Malaysia-instinct.com telah pun mula memaparkan mengenai peningkatan harga minyak itu sejak semalam.

- Utusan

Wednesday, September 2, 2009

Virus Selesema Anjing Laut H3N8 lebih berbahaya

Trinidad & Tobago - Kementerian Kesihatan Dan Kesuburan Keluarga telah mengeluarkan amaran kepada rakyatnya mengenai penularan penyakit Selesema Anjing Laut atau Selesama H3N8. Beberapa jangkitan dilaporkan berlaku di beberapa bahagian negara Caribbean tersebut dengan bandar Sangre Grande dan St. Augustine paling teruk terjejas.

Menteri Kesihatan Dan Kesuburan keluarga Trinidad & Tobago, John Moorings menyatakan bahawa pihaknya sedang memantau dengan teliti perkembangan penularan virus tersebut dan bersedia untuk megumumkan harga kawalan bagi kapas yang digunakan untuk menutup lubang hidung yang dipercayai mampu mencegah penyakit ini dari merebak.

" Kita mengharapkan agar peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga kapas buat masa ni. Mamak kedai runcit depan rumah saya bagi information semalam yang dorang terpaksa menaikkan harga kapas setelah bekalan tidak mencukupi" jawab beliau ketika ditanya mengenai bekalan kapas yang sukar didapati di negara tersebut.

Menteri Hal-ehwal Dapur & Kedai Runcit , Edward Tesco pula menafikan kerajaan akan mengedarkan kapas percuma kepada rakyat.
" Mana boleh. Kerajaan takde peruntukan untuk itu. Sambutan hari kemerdekaan pun pakai baju tahun lepas. Lagipun rakyat kenalah bersama-sama kerajaan menanggung beban. Kita kan satu Malaysia " Ujar beliau ketika ditemui dalam majlis berbuka puasa di salah sebuah hotel lima bintang di sini.

Mary Jalil , Pengarah Hospital Umum Santa Flora menyatakan pentingnya pemeriksaan awal bagi mengesan tanda-tanda jangkitan.
" lebih lambat pesakit dirawat, kemungkinan untuk sembuh hampir mustahil " Kata beliau.

Beliau juga menjelaskan walaupun penyakit selesema H3N8 ini tidak membunuh, tapi ia akan menyebabkab pesakit mengalami gangguan mental dan kehilangan ingatan yang kronik.

Antara tanda-tanda penyakit ini ialah kegagalan sistem otak untuk mengawal pergerakan tangan dan kaki, sehingga kadang-kadang menyebabkan pesakit bersorak, menjerit dan menendang-nendang diluar kawalan. Ia juga turut menyebabkan pesakit kehilangan kawalan terhadap lisan mereka sehingga mengeluarkan perkataan yang sukar difahami dan kadangkala mencarut dalam bahasa Jawa halus.




Salah seorang pesakit H3N8 yang kronik sedang memijak dan menendang kepala lembu sambil diperhatikan kaum keluarganya yang turut dijangkiti penyakit berkenaan- Gambar ehsan Sinar cawangan Trinidad & Tobago.

Apabila ditanya mengenai kejadian sekumpulan pesakit yang disahkan menghidap H3N8 menendang kepala lembu di Rio Claro kelmarin, Dr. Mary menyatakan ia adalah simptom biasa yang ditunjukkan oleh pesakit tahap kronik dan kemungkinan jika tidak dirawat mereka juga akan selepas ini menendang kepala khinzir pula.

Walaubagaimanapun, Menteri Tarian dan Akademi Nyanyian, Thomas Piatu menegaskan kerajaan kemungkinan besar tidak akan membenarkan penggunaan perkataan Selesama Anjing Laut bagi merujuk penyakit berkenaan dan hanya membenarkan ianya dirujuk sebagai virus H3N8 bagi menjaga sensitiviti kaum tertentu.

Wednesday, August 26, 2009

Menteri UMNO lawan hukum Allah, ada fatwa?

Semalam seorang menteri rambut merah mengucapkan Alhamdulillah kerana hukuman Allah tidak dapat dilaksanakan..cibai! Kalau hukum Allah pun tak dapat dilaksanakan di bulan ramadhan oleh puak-puak umno ni, boleh percaya lagike ada sekelumit keinginan di hati bangsa umno untuk melaksanakan hukuman Allah selagi mereka memerintah?

Yang peliknya setakat ni takde sorangpun mufti yang berani keluarkan fatwa atau sekurang-kurangnya komen terhadap kenyataan menteri rambut merah ni.


Kenyataan Menteri Rambut Merah

KUALA LUMPUR (AFP) - - Malaysia said Tuesday a caning sentence handed to a Muslim model for drinking beer would be reviewed, because it was "too harsh" and could damage the nation's reputation.

Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, was found guilty of drinking at a hotel nightclub and sentenced by a religious court last month, making her the first woman to face caning under Islamic law in Malaysia.

She won a surprise reprieve Monday when she was detained and then abruptly released by religious officials who had planned to take her to a jail where she was to undergo the thrashing.

Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Abdul Jalil said the chief judge of a state Sharia appeals court had ordered the sentence to be deferred pending the review.

"The overriding view was that the sentence meted out was too harsh and is not commensurate with the offence," she said.

"We are equally concerned not only for Kartika Sari, but also for the fact that this one particular case could have damaged the image of Malaysia in its fair and just implementation of the Sharia law."

Prime Minister Najib Razak earlier Tuesday urged Kartika to appeal the sentence, which has generated unwelcome headlines and jeopardised Malaysia's image as a moderate Muslim-majority nation.

"I believe the authorities concerned are sensitive on this matter and realise the implications of this case," he said.

"I feel the person concerned should appeal to the state authorities and not be so willing to accept the punishment."

But the mother-of-two, who has stared down religious authorities by challenging them to cane her in public, again refused and said that if the courts wanted to back down they should do so openly.

"I won't file any appeal," she said in a telephone interview with AFP. "Carry on and cane me, don't waste my time."

Kartika said she had sought the advice of a judge and a religious scholar in her family's home state of Perak, who advised her to "calm down and keep quiet for the time being" while legal authorities discussed her fate.

Human rights group Amnesty International has urged Malaysia to abolish the "cruel and degrading punishment."

The conservative Islamic party PAS said Tuesday however that religious authorities should not be deterred by pressure from civil society groups, and that the thrashing should go ahead immediately.

"It would be good for Kartika if the sentence can be carried out now if she is ready to accept it, because this is the holy month of Ramadan and she will be more remorseful," PAS Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi told AFP.

Malaysia, a multicultural country with large Chinese and Indian communities, has a dual-track legal system and sharia courts can try Muslims for religious and moral offences.

Although alcohol is widely available, it is forbidden for Muslim Malays, who make up 60 percent of the population. They can be fined, caned, or jailed for up to three years but prosecutions are extremely rare.

Kartika's case comes as the government of Selangor state, which surrounds the capital Kuala Lumpur, debates the availability of alcohol.

State legislator Hassan Mohammad Ali said Tuesday that mosque officials had been given the power to arrest Muslims who drink alcohol and violate other Islamic laws.

"The new policy allows these individuals to arrest Muslims who are caught drinking alcohol, who don't fast during the fasting month of Ramadan and many other violations of Islam including prostitution," he told AFP.

"However, we urge these new authorities not to be overzealous in carrying out their duties... as the idea of the law is to instill an Islamic way of life for Muslims and not to create fear for Muslims and non-Muslims."

____________________________________________________________________________________


Penjelasan Tentang Hukum Minum Arak


Hukum hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan secara mutlak oleh Allah Ta'ala sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadits-hadits (shahih). Hukuman hudud adalah hak Allah Ta'ala yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh pula diubahsuai dan dipinda.

Hukuman hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun - rujuk Al-Baqarah, ayat 229.

Kesalahan-kesalahan yang WAJIB dikenakan hukuman hudud ialah::

1) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i'tiqad kepercayaan.

2) Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.

3) Qazaf atau menuduh orang berzina, iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya (seperti mengatakan anak zina dan sebagainya), DAN tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

4) Minum arak atau minuman yang memabukkan, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.

5) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta dari jagaan atau milikan tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milikan tuannya.

6) Merompak, iaitu keluar seseorang atau sekumpulan orang yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

7) Penderhaka (Bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada Ulul Amr (pemerintah Islam) yang menjalankan syariah Islam dan hukum-hukum Allah.

HUKUM MINUM ARAK (KHAMAR)

Minum arak, hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firmannya:-

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. - Surah al-Ma''idah: 90

Semalam seorang menteri rambut merah mengucapkan Alhamdulillah kerana hukuman Allah tidak dapat dilaksanakan..cibai! Kalau hukum Allah pun tak dapat dilaksanakan di bulan ramadhan oleh puak-puak umno ni, boleh percaya lagike ada sekelumit keinginan di hati bangsa umno untuk melaksanakan hukuman Allah selagi mereka memerintah?

Yang peliknya setakat ni takde sorangpun mufti yang berani keluarkan fatwa atau sekurang-kurangnya komen terhadap kenyataan menteri rambut merah ni.


HUKUMAN ORANG YANG MINUM ARAK(KHAMAR)

Dalam qanun jinayah Syar'iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:-

Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. - Riwayat Muslim.

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN KAREEM

RAMADHAN KAREEM


KULLU 'AAM WA ANTUM BIKHAIR

Thursday, August 13, 2009

Ust Asri Rabbani meninggal dunia

Asri Rabbani jatuh dan meninggal dunia
-
Thu | Aug 13, 09 | 11:37:50 am MYT
KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Vokalis utama kumpulan Rabbani Mohamad Asri Ibrahim meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Harakahdaily

Wednesday, August 12, 2009

Wajah pembela Islam versi umno

Gua tak nak cakap banyak..lu orang tengok..lu pikirlah sendiri!

Tuesday, August 4, 2009

Ong Bak versi Silat

Impak Minima -vs- Rempit to Bagan Serai


Ahad lepas aku join program Pemuda Bubarkan DUN di Bagan Serai. Dalam pukul 7.30 aku gerak ke hadapan hotel Hillcity , tempat yang dijanjikan bebudak Gopeng nak kumpul sebelum berkonvoi ke B. Serai. Aku ingat aku dah lambat, tapi bila sampai baru dua orang tersengih-sengih mengalu-alukan kehadiran aku. aku cuba merawat kelukaan dengan tersengih balik dan memotivasikan diri dengan ungkapan orang putih "better late then never".
sebahagian dari pemuda gopeng berposing sebelum ke Bagan serai
gambar ihsan : ajijoi (tukang ambil gambar)

pukul 8.00, ada dalam 40 orang dah berkumpul, ramai yang bermuka sembab, sebab tak cukup tidur kerana menghadiri protes anti-ISA semalam kat KL. aku tengok ada muka-muka yang x berapa kenal, muka macam pecah rumah pun ada. Dorang ni mmg contract ambil tender-tender demo, gaduh, tampal poster dan kerja-kerja keras untuk PAS. kalau jemput program rohani-rohani sket, meggelupur deme.

Kitorang bergerak ke Pej. Perhubungan Negeri dalam kul 8.15, tapi bila sampai ada sebiji je kereta. Aku dah agak, ni semua mesti stock janji Melayu termasuklah budak Ipoh Timur, patut PAS tak bagi bertanding kat situ. Untuk mengisi masa lapang kitorang menyerang kedai mamak kat Medan Istana. Terkejut gak aku tengok muka mamak tu bila geng-geng baju hitam menyerbu kedai dia. Kalau dibior lama hari tu, abis roti canai mamak ari tu kami je kerjalan.

Entah macam mana, dorang suruh aku lead konvoi, dahlah satu mesyuarat pun aku tak datang. Las sekali aku bagi tahu, ikut suka koranglah, yg penting korang sampai. Aku ingt geng gopeng yang paling ganas ari tu, tapi bila geng batu gajah sampai, aku insaf betapa bersiviknya pemuda gopeng. Pemuda batu gajah hadir dengan geng motor rempit, semua jenis fesyen pun ada, rambut merah, rantai berkilau, bersubang, ni kalau Ust. Hadi tengok ni, terus dirombaknya portfolio lajnah tarbiyyah ni. Tapi apedehal, sekurang-kurangnya dorang ni tak ambil rasuah. Lagipun KP aku pun dulu kaki rempit gak, sekali ngan KP batu gajah. tapi bila dah tarbiyyah masuk PAS ni, dorang boleh berubah. Mudah-mudahan budak-budak rambut merah yang join kitorang hari tu, diberikan hidayah untuk menjadi pejuang Islam suatu hari nanti...

Kitorang bergerak dan masuk ke highway dari Jalan Kuala Kangsar, kuar je sket highway ada mamat ni over corner baring terus terjerombab ke jalan. Tapi dia bangun sama laju dengan masa dia jatuh, pastu buat muka Khairy Jamaluddin bila ke boo ngan geng-geng PAS kat bukit gantang. Kalau ikut plan asal kitorang akan keluar melalui Tol taiping Utara, tapi mcam mana entah kereta yang lead tu, En. Bakar bersama Spectra 5nya terlajak, terpaksalah kitorang kuar ikut tol bukit merah.
Hari tu ada satu roadblock sebelum sampai ke tempat program di Masjid Tinggi. Risau gak budak-budak motor tu kena tahan, dahlah muka memang confirm menjiwai dunia rempit, tpi alhamdulillah pihak pemuda b.serai dah sediakan satu mamat utk 'melarikan" budak-budak ni ikut jalan bendang tanpa melalui sekatan polis tu. bila sampai program dah start.

Aku tak masuk dalam pun, aku takat jenguk-jenguk je, dalam dewan dah penuh ngan baju hitam, macam gig blackmetal zaman aku bujang dulu. kalau masuk ni confirm payah nak keluar, jadi aku memutuskan utk lepak ngan geng-geng gopeng kat luar sambil menghirup udara yang dipenuhi aroma kari daging disulami dengan asap-asap rokok pelbagai jenama.
Walaupun ada yang mengkritik design baju kami cam PSM, tapi tetap sold-out hari tu. Kira hari tu memang hari anak mudalah. Cuma satu je aku tengok pasal pengisian. Penganjur program kenalah fikir pengisian program pemuda ni kenalah berbeza dengan program orang-orang dah expired atau overdue. kalau sama je programnya, balik-balik ceramah, mana maunya. bagilah kelainan sikit dalam penyampain, mcam teater ke, tayangan video ke, konsert ke, barulah ada perbezaan dengan program-program biasa. sebab aku tengok bebudak yang 'terperangkap' dalam dewan tu, macam nak nangis je minta keluar bila sorang-sorang berucap.
sebab aku bawa budk-budak Song Choon hari tu aku balik awal, pukul 3.00 aku dah chow. InsyaAllah sekiranya momentum budak2 muda diteruskan macam ni, x mustahil umno akan tinggal batu nisan kat perak ni.

Monday, July 27, 2009

Kau kata kau susah?

Artikel ini tulisan Sdr. Azamin Amin, wartawan Harakah..buat insan-insan yang sering menangisi penderitaan..khususnya untuk aku..


Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.

“Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini…?” kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.

“Jika ada duit, adik nak makan apa?” tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.

“Roti canai...” jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.

Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.

Tidur untuk menahan lapar

Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.

Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.

“Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih,” kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu…hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.

Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.

Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti ‘Ah Long’, menjadi pengawal keselamatan dan ‘house-keeping’ di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.

Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan ‘kerja’, namun saya tolak kerana menjadi ‘pusher’ dan jual paket-paket ganja, jadi ‘bouncer’ di kelab malam dan upah ‘menarik’ kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

‘Tak boleh sembahyang Jumaat!’

Saya bekerja di bahagian ’script processing’ dan ‘data entry’. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.

“Kenapa baru balik? Pergi mana?” jerkahnya.

“Sembahyang. Hari inikan Jumaat,” saya jelaskan dengan santun.

“Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!”katanya tidak puas hati.

Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan ’solat’ di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim ‘bersidai’.

“Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!” kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.

Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang “Remiser” mengambil saya berkerja sebagai “Asistant” di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza – bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.

Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.

Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.

“Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat,” ingat mereka kepada saya.

Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya…

“Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka.”

Ya, begitulah juga dengan saya…hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.

Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka…

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.

Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia…itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.

Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: “Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu.”

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah ‘menyelamatkan’ saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.

Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.

Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.

Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya…

Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.

Saya bersabar menunggu detik itu…

Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :

” Mmm…sedap..”

Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk ‘mencarik-carikkan’ nurani saya.

Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena……

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.

Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama ‘universiti terbaik’ hidup kita selama ini.

Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.

Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.

Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya” (Al-Baqarah: 286)

Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.

Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.

Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.

Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga ‘frust’ dan tewas. Kecewa umpama ‘mati’ sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.

Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, ‘menghidupkan’ saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.

Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.

Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.

Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.

Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang…

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).” (Al-Baqarah: 155-156).

Dari.. Azamin Amin

ape? fatwa?

Woii..tanye mufti perak, apa fatwa buat ghope ini?


Wednesday, July 22, 2009

Siri Bercakap Dengan Gaban II -Special untuk Budak Ipoh Timur

" Bounjour!comment allez-vous ?!"
Sape pulak yang sound aku pepagi tahap tahajud dalam bahasa Perancis ni?

"ça va comme ci comme ça. Merci" aku jawab baik-baik aja. Acuh tak acuh.

" Comment vous ?" aku tanya nama dia.

"hahah..Je suis désolé ,Je Gaban.." gaban? apa kejadahnya dia cakap Perancis plak? Hari tu bukan main tak nak belajar bahasa Inggeris, bila masa plak dia belajar bahasa perancis ni?

"Vous êtes libre ?" Gaban bertanya kalau aku ada masa layan panggilan dia. Kalau ikut hati mau je aku offkan telefon bimbit buatan cina ni. Tapi mengenangkan dia anak yatim piatu, aku layan je.

" Oui- je suis libre "

" Excusez moi,vous parlez Francais ?" dia tanya kalau aku boleh bercakap bahasa perancis. Bahasa orang asli Senoi yang duduk Malaysia pun aku tak reti, aphal aku nak belajar bahasa perancis.

"Je ne comprends pas .Je suis désolé" Bahasa perancis aku tunggang langgang. Aku takde masalah besar nak cakap bahasa perancis ni, masalahnya orang perancis yang susah nak faham. Jadi lebih baik guna bahasa melayu kan. Kalau bukan kita guna bahasa Melayu, takkan Nelson Mandela pulak nak guna.

"Cakap melayu la bang. Apa cert ni bang, call gua pagi-pagi buta ni?"

" hahah..sorilah..aku nak tanya, tempat mike gerhana dah start ke? " Gaban tanya aku.

" Gerhana apa kejadahnya pukul 3 pagi ni..matahari pun tak timbul lagi " Aku dah angin satu badan. Dia ni tak belajar ke pasal perbezaan zon masa. Ni mesti subjek Geografi ambil dalam bahasa Inggeris ni.

" laaa..iyeke?..sori beb..sori"

"tapi apa pun, tahniahlah team Malaysia boleh menang tipis ngan MU hari tu, serius aku cakap, aku dah mimpi Rajagopal jual kacang putih balik sebab kena pecat pas MU belasah Malaysia 14-0" Gaban mengalih tajuk. Cover malu la tu.

" ahh..MU bukan ada apa-apa pun bang, team cap ayam je. Lawan Malaysia U-23 pun pakai Giggs. Nampak sangat tak hebat" Aku bagi statement yang boleh membakar Budak Ipoh Timur.
" Ko cakap baik-baik sikit. kalah tipis tu kira ok. Ko tengok Umno, kalah 65 undi kat Manek Urai pun dorang seronok" Sah. mamat ni mesti geng Setan merah. Budak-budak MU ni memang sensitif bab-bab team bola dorang ni. Uji Rashid betul la.

"ok lah bang, kalau takde apa-apa lagi gua nak solat tahajud ni" Aku bagi alasan corner baring kat Gaban supaya dia faham aku malas layan bab-bab bola pukul 2-3 pagi ni. Lebih-lebih pasal MU, takde pahala pun.

"ok..ok..Au revoir et à bientôt" Dia cakap bye.

"Ui.."

Aku tarik balik gebar bagi melindungi tubuhku dari serangan angin sejuk Air-cond 2hp bilik aku. Pagi tu aku mimpi indah..Ferguson ambil Amri Yahya main ngan MU. huh..kodi betul!

Tuesday, July 14, 2009

PPSMI

Gambar-gambar ini aku ambil sendiri ketika bersama-sama puluhan ribu rakyat yang hadir dalam perhimpunan membantah PPSMI. Bagi mereka yang tak tahu atau memilih untuk tidak tahu dan berpura-pura jahil. Mungkin gambar-gambar ini tidak ada kudis bagi kamu, tapi bagi kami ini adalah persaksian kami, bahawa kami pernah berjuang untuk bahasa kami. Kamu, nasionalis-nasionalis melayu kononnya, kamu mahu terus berdondang sayang, berjoget lambak, bermakyong atau mahu berdangdut, itu hak kamu, kerana aku tahu cuma itu yang kamu faham tentang melayu. Oh ya..nama saya bukan melayu, tapi saya tetap Islam
















Thursday, July 9, 2009

Siri bercakap dengan gaban.

Trrr..trrrr..

Telefon tangan jenama Nokia buatan cina ( yang ori yahudi punya..) bergetar. Aku lihat wajah seseorang (sesebuah ?) yang aku kenal muncul di skrin telefon tangan Nokia buatan Cina tersebut.

"komban wa.." suara garau terdengar di hujung talian memberi ucap selamat petang dalam bahasa jepun loghat Kobe.

" Konban wa. Gaban chan!..ogenki desu ka?" aku balik bertanya khabar kepada makhluk tuhan yang sudah sekian lama menyepikan diri di pergunungan Rokko di daerah Kita-ku, salah satu daerah dari 9 daerah atau ku di Kobe.

" okagesamade genki desu ..arigato gozaimasu" seperti biasa dia menjawab baik. Dia ni memang fit orangnya. Beliau tetap memilih berjalan kaki dari pekan Motomachi ke Sannomiya walaupun boleh menggunakan keretapi dari Stesyen Shinkansen Shin berhampiran rumah beliau. Jauh tu beb..aku ada gak tanya-tanya apa rahsia kekuatan dia, tongkat ali ke, kopi janda ke , ke pakai susuk ? Tapi dia bagitau aku dia cuma guna minyak anti-karat 4WD bagi mengelakkan besi-besi badan dia dari berkarat..ermmm..aku lupa dia ni separuh robot.

"Hisashiburi eso ne.." aku bertanya ke mana dia menghilang.
"haha..sumaimasen..doomo sumimasen..watashi busy" aik ..dah pandai cakap omputeh orang tua ni. hari tu gagal math sebab PPSMI terus merajuk. tak nak jadi gaban, nak jadi posmen je.
Korang ni aku cakap Jepun korang paham ke? takpe..takpe..sebab negara kita belum lagi melaksanakan PPSMJ (jepun ) aku faham. aku cerita dalam bahasa melayu gaya SMS k ek?






Gaban injured masa lawan mamat ni. Mamat ni memang ganas, mata pun ada 6 bijik.

Aku dengan gaban ni sebenarnya macam adik beradik. Kira macam dia terhutang budi gaklah dengan family aku. Hari tu, masa dia jadik Polis angkasa Gaban lagi, lepas fight dengan seekor raksasa lipan dia injured. masa tu dalam tahun 1998, tak silap aku tahun tu Ryutaro Hishamori ke Keizo Obuchi jadi Perdana Menteri dorang. Bukan tak tahu Jepun ni, kalau PM tu tak perform dorang sack je. Takde macam sesetengah negara tu, dah naik semput pun orang simpan jadi PM lagi. Tapi walaupun dorang ni sering bertukar PM, tak pernah lagi aku dengar dorang tukar dasar pembelajaran dorang ke bahasa Inggeris ke, Russia ke , Perancis ke. Dari zaman Meiji dorang memang meggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains. Maju je aku tengok..








gaban memang class..injured pun bleh senyum lagi. respek arr lu bang

dipendekkan cerita, masa tu ekonomi Jepun tak berapa stabil. Selepas kejatuhan pasaran saham dan permainan manipulasi tukaran wang oleh george soros, dorang takde budget nak baiki badan si gaban ni. Masa tu dorang kena tanggung ultraman lagi, Surya Perkasa Hitam lagi tu bukan kecil-kecil tu. Sekali rabak bahu Ultraman Ace, baper juta yen dorang nak pakai ganti baju dia tu je. Belum bil hospital, insurans, tu rumah-rumah yang kena langgar dek ultraman, tu semua duit tu. Sebab tu Power Rangers dorang sub ke kat Amerika buat. Masa tu gaban ni kira disisihkan la. ada member dia bagitau kat Malaysia ada tukang urut patah seliuh ni, tu yang dia datang Malaysia tu. So dalam masa dia terbang dalam keadaan cedera parah tu, dia ditakdirkan landing kat kebun durian bapak aku. Bapak aku kesian punya pasal bawalah dia balik rumah.

Ingat-ingat aku ada 6 bulan dia duk ngan kitorang. Sempatlah raya puasa ngan raya haji sekali tahun tu. masa dia duduk ngan kitorang mak bapak akulah jaga. Bapak aku bawa dia gi workshop, kimpal badan dia yang rabak, pastu cat sikit-sikit, ganti skru kepala lutut dia dan macam-macam lagilah. Last sekali aku dapat tahu bapak aku hantar dia pegi tukang urut batin, buat apa tak tau . mak aku toksah cakaplah, sayang dia kat gaban ni macam anak sendiri. Korang perasan tak dalam episod 44, gaban ada pakai baju melayu, tu mak aku jahit tu.

Masa tu aku ada gak dakwah-dakwah dia masuk Islam, ajar ngaji dia sikit-sikit, ajar fardhu ain dan fardhu kifayah sikit-sikit. Bapak aku ingat nak hantar dia pegi Sekolah Agama Rakyat, tapi tak sempat, SAR tu tutup sebab kerajaan dah tak bagi bantuan. Yang ada sekolah St. mary's, haa..tu kerajaan bagi la. tapi hidayah dari Allah, nak paksa-paksa pun tak bleh kan. Aku tak tahulah pastu dia masuk Islam ke tak kan. Aku cuma mampu berdoa...

" aphal call bang?" aku tanya.






Gaban Blade yang dalam simpanan aku selama ini.

"err..gaban blade yang teman bagi pinjam hari tu ada lagi ke kat mike..?"

"ada..nak balik ke?"

"kalau ada lagi nak ler..aku kire-kire nak meneruskan karier teman sebagai polis gaban cawangan trafik" dia menjawab perlahan.

"bagus tu bang..mat-mat rempit pun dah ramai sangat ni..kalau libas ngan gaban blade ni, boleh pupus sikit dorang" aku bagi cadangan bernas kat en. gaban.

" oh bukan..bukan..teman percaya mat rempit ni hanya boleh dididik dengan pendekatan agama, bukan kekerasan ataupun hukuman" dia memberikan pandangan penuh dengan unsur tarbiyyah dan pengkaderan.

"habis tu, nak buat pisau sembelih ke..haha" aku cuba buat lawak spontan.

"bukan..bukan..tahun 2012 teman ingat nak ambil exam balik la. nak buat permohonan kenakan pangkat. mike pun tahu kan dorang dah mansuh PPSMI" dia memberikan kewajaran.

"takpe..takpe nanti saya poskan guna Poslaju" aku memberikan janji.

" arigato..arigato gozaimasu..err..kalau ada belacan ke, budu ke..ko selit la sekali ye"

"ok..ok..no hal, buli bah kalau kau. tapi kalau saya gi Kobe karang jangan lupa belanja okonomyaki dan yakisoba kat kedai yukisaki tepi istana Himeji tu." aku membalas.

" boleh..ghoshimpai naku. Doozo, uchi easobi ni kite kudasai" Gaban memberikan jaminan dan menjemput saya ke rumah beliau.

" Goryooshin ni yoroshiku. mata aimashoo " dia menitipkan salam pada mak bapak aku.

" ok..mata aimashoo" aku memberi ucap selamat tinggal.

"err..Haris san..pegi Manek urai?" dia bertanya sebelum sempat aku memutuskan talian.

" tak pegi kot. Ikon aku, Ust, nasha tak pegi..jadi tidak bermaknalah kalau pergi tiada bertemu dengan beliau" Aku memberi alasan yang kukuh.

" ooo..ok..arigato..Assalamualaikum." Klik.

Talian terputus. Namun persoalan menerjah ke otak aku. Gaban dah masuk Islam ke?

Wednesday, July 1, 2009

Kalaulah aku seorang (sebuah?) gaban.

Kereta Toyota Camry warna hitam tu masuk ke laluan aku tanpa memberikan isyarat. Sebenarnya dari gerak gerinya dan firasat ilmu ladunni, aku sudah dapat mengagak kereta tersebut akan memasuki lorong aku. Tapi kali ini, tidak seperti hari-hari yang berlalu, aku tekad untuk mempertahankan hakku apa nak jadi, jadilah..aku tidak akan memberikan ruang kepadanya. aku langsung tidak memperlahankan kelajuan kenderaan berwarna hitamku dan terus berada dilorong aku dan menggenggam erat stereng.



GEDeganGGG..kreetttt!!



bunyi besi berlanggaran dan bergeselan kedengaran hampir 5 saat. Aku memberhentikan kenderaanku lebih kurang 10 meter dihadapan. Aku kemudian turun dan melangkah gagah ke arah kereta Camry tersebut, tanpa memberikan salam atau salutasi, aku terus menampar muka pemandu kereta toyota camry hitam tersebut. dia cuba melawan, tanpa memberikan sebarang ruang, aku hayunkan sikuan 90 darjah ala ong bak ke bibirnya. disusuli dengan tendangan padu maut peringkat membelah bumi menerjah tetulang rusuk pemandu Toyota Camry yang sudah hampir sakarat lantaran hentakan sikuku yang menggilincirkan tulang femurnya . Aku bercadang untuk menghabisi beliau dengan kepitan lutut ketam yang dipadankan dengan hikmat sikuan berganda yang aku pelajari secara bersanad dari Tony Jaa, tapi aku hentikan niat tersebut kerana setelah mendapati beliau bukanlah sebahagian dari ahli keluarga geng mamak Kudeta.



Tetapi amarahku terlalu sukar dipadamkan hari itu, tak tahulah kenapa, mungkin bahana kekecewaan akibat kegagalan Chelsea mendapat bintang Brazil Kaka atau disebabkan keputusan bodoh SPR mengadakan proses penamaan calon pilihanraya Manek Urai pada hari bekerja. Aku terus mendapatkan bekalan logistik di dalam kenderaanku. Pedang hikmat, Gaban Blade aku keluarkan, yang sudah sekian lama tersimpan sejak Gaban mengambil keputusan pencen VSS dan lebih suka berhikmat sebagai posmen di kampung beliau di Shiiburo, Kobe, Jepun selepas gagal dalam subjek Matematik lantaran PPSMI.


Sekali lagi aku menuju ke arah kenderaan Camry Hitam tersebut, perlahan-lahan mengangkat Gaban Blade yang seberat 157kg tersebut, lalu dengan segenap kuasa yang dikumpulkan di dalam pembuluh-pembuluh darahku aku menghayunkan Gaban Blade ke arah Toyota Camry tersebut...



bam..Krak..krikkk..!!!



Kereta buatan Jepun memerlukan aku menggunakan kekuatan peringkat ke-3 untuk memberikan impak kepada tubuhnya kenderaan tersebut. Kalau kancil dah lama aku gigit. Sesaat kemudian dicelah-celah api yang memercik jelas kelihatan Toyota Camry yang terputus dua di bahagian tengah..kemudiannya aku terus menetak bahagian enjin kereta tersebut tanpa sepicis rasa belas kasihan..Baammm!! Minyak hitam terpercik ke arahku. Aku menghidunya..Shell? ada lagi rupanya manusia yang bersekongkol dengan yahudi dengan tidak memboikot barangan buatan Amerika?

Aku terus menghujani kenderaan Toyota Camry tersebut dengan hayunan Gaban Blade dengan aura pelangi hitam peringkat ke-7. Ia terbelah 5 . Aku rasa cukup berpuas hati..hari ini aku dapatkan melampiaskan rasa marah aku kepada mereka yang tidak tahu menghormati undang-undang negara.

Pemandu Toyota Camry tersebut masih terbaring di tepi jalan tanpa berkutik. Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke kenderaan hitamku sambil diiringi lagu Thriller nyanyian arwah Michael Jakcson



* alangkah bestnya kalau aku boleh jadikan kejadian di atas menjadi realiti. Aku dah naik fed-up dengan pemandu-pemandu yang tidak tahu menggunakan lampu isyarat untuk menukar lorong.

Thursday, June 25, 2009

membantu sesama muslim adalah kewajipan setiap yang mengaku muslim. tidak kiralah apa jua jenis bantuan yang dirasakan mampu diberikan, hulurkanlah walau sedikit. atas sedikit kesedaran, aku selalu berusaha membeli di kedai yang dimiliki oleh orang Islam, atau paling kurang membeli barangan muslim di kedai yang bukan Islam.

tapi kadang-kadang rasa fed-up sebab bayak kejadian yang aku rasakan pertolongan tu akhirnya menyusahkan aku balik. contohnya beberapa minggu lepas aku belilah produk buatan muslim kat satu kedai sahabat ni. Beli roti arab, mee kuning dan beberapa keperluan dapur lain. didorong oleh keinginan memasak roti arab, aku confident je panaskan kuali, pastu bukaklah plastik roti arab tu. aik...hijau beb..aku ingat inti ke apa, bila tengok betul-betul dah berkulat..aku saborkan hati, dah bukan rezeki nak wat camner. kang kalau aku paksa makan gak, kena keracunan makanan ke, sembelit ke, paru-paru berair ke..aku gak susah. begitulah hatiku berbisik menyedapkan sedikit perasaan aku.

takde jodoh makan roti arab pun xperlah, makan mee goreng pun jadik. sayur, fishball yang siap dipotong aku ketepikan jap, buka plastik pembungkus mee, apsal bau macam racun tikus ni? expired gak ke?makkk..ni pun dah xleh makan. rase macam nak pulangkan balik je barang-barang tu, tapi memandangkan agak jauh, aku halalkan jer lerrr..

disebabkan gema kebuluran semakin berdegup kencang di dalam perut aku, aku buka plak sardin. ni sebelum potong bawang, aku buka tin dulu. manalah tahukan sardin tu basi ke, dah bercendawan ke. Alhamdulillah, sardin tu masih bley makan.

" aik..tadi rase macam masak roti arab n mee goreng, apsal jadik sardin?' orang rumah aku bertanya.

"entah..evolusi kot.."

tu satu. ni ada satu lagi episod duka dalam perantauan aku membantu usahawan melayu. aku wat tiga pasang baju kemeja sebelum Pilihanraya kecil bukit gantang. disebabkan nak tolong orang Islam, melayu, pastu satu parti plak, aku hantorler ke kedai abang ni. kalau kira-kira memang jauh gak arr dari rumah tapi sebab borther ni je aku tahu orang Melayu yang buka kedai jahit kat area situ, aku hantor gak.

Korang tau tak apa jadik? ni Nizar dah angkat sumpah jadik ahli parlimen, dah kena halo pun sekali, sepasang baju lagi baju aku tak siap. apa kejadahnya yob, sepasang sebulan baru nak siap? ni ada lagi sepasang, ari tu kata dah potong, ni tak call aku lagi datang ambil..aku rasa abang ni mengambil iktibar dari pepatah 'sehari selembar benang, lama-lama jadi kain'. kalau betullah, bulan rejab tahun depanlah baru aku dapat merasa baju baru.

tapi bukan semua peniaga islam macam tu. ramai yang profesional dalam urusan perniagaan dan benar-benar menjaga kualiti perkhidmatan mereka. Sebab perniagaan ni satu ibadah, jadi kenalah buat betul-betul, ye tak? InsyaAllah pengalaman pahit yang sering aku hadapi, tidak akan menggoyah prinsip aku " Buy Muslim Product 1st"

Wednesday, June 24, 2009

Kesedaran baru

menulis blog umpama mencipta cerpen (cerita pendek) atau certot (cerita kontot). perlukan idea, ilham yg boleh didapati dari kehidupan seharian, atau dari imaginasi, atau mimpi dan juga masa silam. Semua ini akan disatukan menjadi cerita dengan plot yang pelbagai. Beza dngan cerpen, kadang2 posting dalam blog tidak memerlukan mukaddimah ataupun penutup yang konvensional. Sering juga ada bloggers yamg menulis sesuatu yang tidak ada makna, sekadar mahu memberikan persoalan utnuk pengunjung.

membaca buku Karya Nan Indah, tulisan akhi Faisal tehrani, memberikan aku kesedaran yang lama hilang. kadang2 bertanya kenapa idea seringkali tandus atau tidak bermaya. malahan sering juga posting yang ditulis tanpa nyawa dan hilang makna.

bila dikaitkan dengan kaedah penulisan cerpen, perkara pertama yang aku sedari adalah tujuan menulis. Sebagai seorang muslim, tujuan utama adalah membawa idea Islam kepada pembaca. Idea tentang ketuhanan harus dibawa dalam pelbagai bentuk dan tidak terikat dengan gaya penulisan khutbah atau kuliah. Tulislah apa sahaja, samada mahu mencapai langit dengan falsafasah freud atau Syeikh Nuruddin, mahu menulis mengenai seni muzika, seni teater atau apa sahaja, namun pangkalnya kesedaran bahawa tulisan itu dibuat atas dasar tanggungjawab seorang muslim.

kemudiannya barulah idea itu diterjemahkan dalam bentuk literal tanpa menggugah atau melonggarkan ciri-ciri sastera yang bermutu. Atau boleh sahaja mengenepikan tradisi sastera lama dengan menggunakan ayat-ayat hidup atau ayat-ayat SMS. yang penting mesej yang diwacanakan mampu menarik dan difahami. Menarik ribuan pelawat sehari tidak membawa makna apa-apa kalau kosong tanpa nyawa Islam, ataupun sarat padat dengan mesej islami, sehingga hampir tidak difahami.

mungkin kesedaran itu akan memberikan idea yang mencurah-curah selepas ini kepada aku?

Monday, June 22, 2009

Sajak Untuk Syuhada ISA

Sajak ini adalah karya seni Rahmat Haron..sebuah karya yang membuat jiwa menangis mengenangkan korban-korban jiwa pada syuhada Memali yang menentang penangkapan tanpa bicara



[Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.]

Hari itu Selasa malang, hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah.
setelah malap cahaya lokap, panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari,
negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah, enggan ditahan tanpa kesetaraan
enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia
penjara tanpa bicara-warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.

sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah.
merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba,
tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya mentah kedarah para petani dan buruh mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah

iya mereka hanya himpunan orang-orang kampung;
para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah
tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.

Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional, tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional
mereka - Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis_Syaitan_Act - I SA
ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras
penguasa pujanya Iblis kuasa
penguasa sembahnya Syaitan rasuah
penguasa berkuku besi pelindungnya ISA_Iblis Syaitan Act

Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasa
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang Iblis dan Syaitan,
akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara,

Pemerintah ketagihan kuasa
dadahnya wang dan harta
pemimpin khayal dengan serakah
erat sayangnya pada angkuh memaksa
rapat kasihnya pada sombong memeras
begitu dalamnya cinta kuasa memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata .

ISA gari yang merantai kejujuran,
ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri, keluarga tercinta
ISA adalah tangisan
ISA adalah ketakutan

Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggi
perjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicara
pengorbanan nyawa demi merdeka
dari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasa
dan November adalah bulan cukup hitam, sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling, siong kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murba
ketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri,
di balas kereta perisai dan senjata
Memali adalah sejarah melawan ISA
paling berani
merdeka semangat Ibrahim Libya dibalas peluru
gegak gempita tembakan
adalah sendu kesedihan

maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringan
gugur empat belas orang pejuang
syahid menuntut keadilan
melawan penahanan tanpa bicara

akal penguasa putus budinya
dan dacing timbang berat sebelah tidak seimbang
rasa hati telah kabur, pudar dan terhakis
benang-benang kusut
fikiran hanyut
keyakinan tak dapat dikoyakkan kuasa
merah mengalir darah merdeka
korban ISA dan kekejaman negara
syahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilan
BN merampas kebahagian keluarga, mencabut nyawa suami dan ayah, para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa


BN membunuh kemerdekaan
BN membunuh hak asasi manusia
BN membunuh kebebasan
BN membunuh kesetaraan
BN membunuh kesaksamaan

BN telah membunuh:
1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

Thursday, June 11, 2009

Entry xde mood.

lama x update blog, seperti alasan2 copy paste dari bloggers lain, xde idea, sibuk, x line internet..aku? aku xde mood untuk berblog, mungkin sebab minggu ni minggu cuti sekolah, jadik tumpuan banyak kat babies yg jarang jumpa.

kalau pergi ke blog politik, semua sedang bercakap pasal kerajaan perpaduan. kalau pegi bab artis, ramai yg tengah geram dengan akil hayy, kalau yg minat sukan, semua dah slowdown, sbb liga2 eropah tengah break, nak citer pasal worlcup pun, x berapa into lagik. tema2 ni menjadi tema2 paling popular di kalangan rakyat malaysia. tu tak masuk yang bab2 lucah dan separa lucah lagi.

aku jarang sentuh pasal politik dalam blog aku, bukan sebab aku tak minta politik, aku amat meminati politik and im considering myself as politician kecil-kecilan. dan topik yang paling hot pasal politik hari ini adalah berkenaan dengan kerajaan perpaduan yang katanya dicetuskan oleh presiden pas.

secara teorinya, kerajaan perpaduan adalah impian semua rakyat. mana ada rakyat yang xnak kepada keamanan, pemimpin2 parti politik leh salam2 duk mengopi semeja sambil memuji2 parti orang lain. dengan adanya kerajaan perpaduan rakyat berasa yakin kerajaan akan stabil dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kebajikan rakyat. tapi itu semua teori ja.

realitinya dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, perbezaan pandangan adalah nyawa kepada sistem ni. kalau dah semua setuju, xyahlah ada piliharaya dak? semua pakat angguk je.

bezanya kat malaysia ni org tak berapa suke kalau korang x setuju dengan kerajaan, kalau ko tak setuju dengan kerajaan , otomatik korang dilabel pembangkang. dan selalunya layanan kepada pmbangkang ni layanan 3rd class. dilayan spt pndatang asing nak minta ubat kat hospital kerajaan.

kerajaan perpaduan ni tak perlu wujud, yang perlu ditekankan adalah rasa hormat kerajaan sedia ada kepada mereka yang tidak sependapat dengan mereka. beri hak sebagai warganegara, bukannya menafikan dan memberikan reaksi balas dendam kepada rakyat ataupun parti yg tidak menyokong dorang.

jadik bila ada orang yang tak setuju dengan kerajaan perpaduan, aku cukup faham. ni nak berpadu atas dasar apa ni? melayu? Islam?

kalau nak berpadu atas dasar melayu, boleh blahla.. kalau betul2 sayangkan melayu, takde melayu yang merempat dalam negara ni. xde melayu yang dinafikan hak sebagai rakyat hanya sebb dia tak sokong umno, xde melayu yang tak dapat hak milik tanah walaupun dah merdeka lebih 50 tahun, xde melayu yang dihalau dan dirobohkan rumah mereka oleh tokeh bangsa asing atas restu pemimpin melayu?

Islam? tengok bini najib pon dah tahu tahap Islam dorang ni kat mana.

sekian.